Bab 33
O.R.K.I.D
(Ombak rindu kita indah desirannya)
… tunggu aku kembali
Aku
mengeringkan rambut yang basah selepas lama aku bersiram di bilik mandi.
Seronok benar seharianku bersama Dhani. Mujurlah dengan mandi, aku boleh
mengurangkan sedikit lelahku. Mungkin kerana terlalu banyak menghabiskan masa
di luar. Setakat ini, kelibat Dhani masih belum muncul-muncul ke bilik. Mungkin
dia sedang menghabiskan sisa-sisa waktu di ruang tamu hadapan. Kalauku tidak
salah menghitung, esok atau lusa dia akan balik meninggalkanku.
Ah…
pasti hari-harikukan jadi sunyi.
“
Yang..” sapa Dhani dari muka pintu.
Aku
yang sedari tadi sibuk mengenangkan dirinya di depan cermin mula berpaling
memandang suamiku itu.
“
Ya?” soalku.
“
Abang ada special for you di luar. Cepat sikit bersiap.. okay..” pesannya
sebelum menutup kembali daun pintu.
Aku
menggeleng-geleng perlahan.
Suamiku
ini, ada-ada saja!
Sungguhpun
begitu, hatiku bagai digaru-garu untuk tahu apa yang disediakannya di luar.
Pantas, aku mencapai sikat dan merapikan rambutku yang hanya separas bahu itu.
Kemudian aku perlahan-lahan menuju ke pintu dan bilik untuk mendapatkan suamiku
itu.
Aneh..
kenapa gelap?
Kulihat
hanya garisan anak panah ‘glowing in dark’ yang ada diletakkan di
lantai. Susunannya seperti sedang menunjukkan ke arah sesuatu.
“
Abang?” panggilku perlahan.
Bimbang
juga hatiku menanti responnya namun hampa. Dhani tidak bersuara. Aku yakin, dia
pasti sedang tertawa nakal menantiku di satu sudut kerana dia sememangnya tahu
aku amat takut berada di dalam gelap sendirian.
“
Janganlah buli Sara macam ni..” sambungku lagi meraih simpatinya.
Yang
kudengar, dia tertawa!
“
Alah.. ikut arrow tu…” balasnya
dalam sisa tawa nakalnya. Mahu tak mahu, aku mengikut saja arahannya
sehinggalah aku ternampak dia sedang berdiri di hadapan jendela yang betul-betul
menghadap pemandang pada menara Eiffel.
Hatiku
tersentuh!
Di
hadapanku ada sebuah meja kecil separas lutut sahaja dan Dhani tersenyum
menantiku di situ. Di atasnya ada terpasang beberapa batang lilin bersama
sekuntum mawar putih. Ada sepiring kek coklet dan segelas susu juga di situ.
Dhani…
Aku
menghampiri suamiku itu perlahan-lahan mengikut arah cahaya yang suram dengan
perasaan bercampur-baur. Sesungguhnya, aku memang tersentuh dengan perbuatan
Dhani ini. Bersama senyuman, dia menghulurkan tangannya kepadaku. Tapi, aku
tidak menyambut malahan aku memeluknya pula. Dengan perasaan kasih dan sayang
yang tiada tara.
“
Thank you..” bisikku dalam pelukan.
Dhani
yang pada awalnya terpinga-pinga dengan reaksiku terus saja membalas pelukan.
“
You deserve..” balasnya bersahaja seraya menarik tanganku untuk duduk di
situ berhadapan dengan meja kecil itu. Di hadapanku ada sepotong kek coklet
yang sentiasa menjadi kegemaranku itu. Tanpa menunggu arahannya, aku pantas
mencapai garpu dan mencuitnya dan menikmati kelazatan coklet cair yang dingin
itu di hadapan pemandangan menara Eiffel yang dilimpahi berbagai neon itu.
Suasana
yang sempoi dan ringkas itu terasa romantik. Meskipun dingin dengan udara yang
dihembus penghawa dingin namun aku tetap merasa hangat dalam ruang kasihnya.
Dhani
merangkul bahuku.
Aku
tertawa manja. Bahagia benar di sisinya.
“
Happy?” soalnya.
Aku
mengangguk.
“
very much..” balasku sambil terus menyuap coklet itu. Dhani kemudian
menyuakanku segelas susu dingin.
Aku
menyambut dan menghirupnya dengan gembira.
Habis
menikmati hidangan kasihnya, aku melentokkan kepala ke bahu kanannya. Bagai
terus terhidu-hidu wangian Dhani yang selalu menjadi igauanku kala aku jauh
darinya. Kami berdua menyaksikan pemandangan indah di hadapan kami tanpa suara.
Yang terdengar hanyalah degupan hatiku dan hatinya.
Lama
kami dalam keadaan begitu sebelum rintik-rintik salju putih menarik perhatianku
dan membuatkan aku bersuara.
“
Wah… its snowing…” ucapku perlahan bagai tidak percaya dengan apa yang
kulihat.
Kucupan
Dhani tanpaku duga singgah ke pipi kiriku. Aku menjelingnya manja.
“
Abang ni..” tegurku seraya memukul manja bahunya.
Dhani
ketawa bersahaja.
“
Comel sangat sayang abang ni..” usiknya.
Aku
mencebik.
“
Yang…” panggil Dhani mengusik konsentrasiku yang asyik melihat rintik-rintik
salju dingin itu.
Aku
menggumam.
Dia
menyentuh daguku. Dia ingin aku bertentangan wajah dengannya yang nampak tenang
selalu itu. Anak matanya, menjadi sasaran pandanganku. Bersinar cinta yang
terlalu dan subur menjadi. Di balik suramnya cahaya malam diterangi lilin itu
menjadi saksi renungan matanya dan mataku.
“
I’m gonna leave you…” dia bersuara tenang.
Aku
mengetap bibir, tersentuh dengan ungkapan itu. Aku bukan tidak tahu akan hal
itu tetapi aku tidak mahu mengingat kenyataan itu kerana dia perlu kembali
bertugas di awan biru.
Aku
menunduk.
“
I leave you with my love, don’t worry…” sambungnya namun aku masih tidak
berkutik, tidak membalas ungkapannya. Aku tenggelam dalam suasana yang
tiba-tiba saja menyentuh hatiku itu.
“
Abang akan selalu rindu Sara.. Abang akan selalu sayang Sara dan anak kita…”
bisiknya sambil menyentuh perutku yang masih belum nampak benar perubahannya
walaupun figuraku berubah sudah.
Aku
tanpa menduga menitiskan airmata. Aku merasa syahdu tiba-tiba. Bukan kerana dia
akan pergi jauh padaku tetapi kerana cintanya benar-benar membara padaku. Sesungguhnya,
perwira abah ini sangat menyayangiku. Aku benar-benar rasa bertuah menjadi
isterinya.
Ya
TUHAN.. jalan KAU beri, sungguh aku bahagia!
“
Sara janji dengan abang eh..” pintanya yang tiba-tiba mengusap airmataku.
Aku
mengangguk meskipun aku belum tahu janji apa yang ingin dia aku kotakan.
“
Sara jaga diri.. Jaga anak kita.. Jaga sayang Sara dan jaga cinta kita…”
bisiknya mendatar.
Aku
tidak terbendung rasa sedih dengan pesanannya itu. Butir bicaranya, seakan
ingin pergi jauh dan tidak ingin kembali padaku. Seharusnya, Dhani tidak
menyentuh soal hatiku ke dasar yang paling dalam. Seharusnya, Dhani tidak menitip
pesanan yang menggusar benteng hatiku.
Seharusnya Dhani
tidak begitu!
Aku memeluk
erat suamiku itu. Seakan-akan terasa membara sama cinta di hatiku ini untuknya.
“ Sara tak
akan berpaling dari abang. Sara dah jatuh sayang pada abang. Sara dah jatuh
cinta pada abang. Sara dah pertaruhkan baik buruk hidup Sara pada abang.. Sara
tak akan sia-siakan ikatan kita. Sara tidak akan tinggalkan abang. Sara tidak
akan lukakan hati abang..” luahku dengan penuh perasaan dalam pelukannya
bersama linangan airmata.
Aku tidak
hirau lagi perlu berahsia dengan isi hatiku padanya. Dhani memang layak tahu
segala apa yang tersirat di dadaku ini.
“ Walau
abang tak minta Sara janji, Sara tetap akan setia…” sambungku sambil merenung
ke dalam anak matanya yang sarat cinta buatku. Aku yang merasakannya dan aku
tahu cinta di matanya itu buatku.
Hanya aku
dan anakku!
Dhani
mengorak senyuman. Tersentuh jauh ke sudut hatiku yang paling jauh. Dia mengucup
ubun-ubunku dengan penuh kasih.
“ I love
you Sara.. and will always love you sampai
bila-bila…”
Suara Dhani
yang bernada rintihan, sekali lagi mengguris sekeping hati.
0 ulasan:
Catat Ulasan