Bab 5
Aku,
isterimu…
“ Demi
Allah.. aku bahagia menjadi isterimu..”
“
Maaflah kalau awak sudah terlalu lama menunggu..” pintaku kepada pemuda yang
sedari tadi menanti kedatanganku bersama Zaqwan. Aku akui aku terlewat tapi aku
bukannya sengaja. Aku memang berniat untuk menghantar Zaqwan pulang semula ke
rumah ayahnya selepas Maghrib tadi tapi aku tersasar waktu lantaran Kak Syazy
mahu aku menemaninya membeli barangan dapur kerana suaminya, Abang Rizal berada
di luar negara untuk menghadiri seminar. Bukannya Kak Syazy tidak pandai
membeli sendiri tapi lantaran Kak Syazy yang jarang kutemui itu, tidak salah
kiranya memenuhi permintaannya.
“
Tak apalah…” balasnya sambil menyambut huluran barangan Zaqwan. Aku berasa
kekok pulak ketika berhadapan dengannya kerana rasa bersalah membuatkan dia
tertunggu-tunggu.
“
Mak dan ayah saya tak ada..” khabarnya kepadaku. Mungkin dia perasan diriku
yang seperti sedang tercari-cari.
“
Oh.. sampaikan saja salam Auni..” balasku dan sudah kira-kira mahu kembali
semula ke kereta. Aku sempat mendengar Zaqwan memanggil-manggil namaku dan
kusempat jua mendengar ustaz muda itu memujuk anaknya.
Aku
mengetap bibir bila mendengar Zaqwan sudah mula mahu menangis pula. Dengan
segera aku menghampiri Amirul semula. Zaqwan turun dari dukungan ayahnya dan
memelukku pulak. Aku jadi salah tingkah dengan reaksi Zaqwan ini.
“
Sayang.. tinggallah dengan walid..” pujukku sambil membalas pelukannya.
Sesekali aku cuba memandang Amirul yang masih berdiri tegak di hadapanku.
Pandangannya membuatkan aku rasa lain.
Keterlaluankah
sudah aku kepada anaknya sehingga Zaqwan seperti tidak mahu kembali kepada
ayahnya sendiri?
“ Wan, sini
sama walid..” panggil Amirul dalam nada memujuk.
Aku
berusaha jua meleraikan rangkulan dan ingin mengembalikan Zaqwan kepada Amirul
dengan nada memujuk. Apalah tahu si kecil dengan maksudku tapi aku tiada hak
lebih kepada Zaqwan yang membolehkan aku membawanya kembali bersamaku. Mahu tak
mahu, Zaqwan kembali jua kepada ayahnya namun dalam wajahnya yang sudah merajuk
dan seperti ingin menangis lagi.
Aku
tersenyum kecil melihat celoteh anaknya itu. Dalam suasana itu, kami dikejutkan
dengan kedatangan sebuah kereta mewah yang memasuki pekarangan rumah milik
Amirul. Cahayanya menyilaukan mata yang memandang. Aku sekadar membatu di sisi
keretaku dan sempatku dengan pemuda itu mengeluh. Aku sekadar menanti si
pemandu keluar. Sebaik saja si pemandu itu keluar, aku yang tadinya membatu itu
terpana.
Cantik
wanita itu dan pantas kulihat Zaqwan memaling wajah pula. Kuperhatikan wanita
itu seluruhnya. Dari penampilan dan segala raut wajahnya, tetap mencuri
perhatianku.
“ Saya
balik dululah..” pintaku kepada Amirul kerana reaksi wanita yang sudah mula
menghampiriku itu kurang menyenangkan.
“ Kenapa
tergesa-gesa?” soal wanita itu, mematikan hasratku. Pantas aku menoleh bila dia
mula menghulur tangan yang nampak tidak ikhlas saja.
Aku
beristighfar di dalam hati. Takutku pula aku hanya bersangka buruk pula nantinya.
“ So
Amirul.. bakal orang rumah baru?” soalnya sinis. Tanpa salam, tanpa mesra.
Amirul kulihat hanya diam namun wajahnya berubah tegang. Aku di situ bertambah
resah kerana aku seperti dapat meneka bahawa wanita yang ada di depanku ini
adalah bekas isterinya.
“ Cakap
biarlah beralas…” tegurnya.
Aku kian
rasa kurang selesa. Aku tidak suka aku pula yang bakal menjadi topik pergaduhan
antara mereka yang aku rasakan bila-bila saja akan tercetus.
“ Apa hajat
awak datang?” soal Amirul dingin.
Kudengar
wanita yang memperkenalkan namanya sebagai Zatul itu ketawa sinis. Lain benar
responnya dengan pertanyaan itu.
“Takkan
jumpa anak saya pun tak boleh?” balas semula dan kali ini beserta jelingan
mautnya memandangku.
Aku pula
semakin tidak suka dengan suasana itu.
“ Sejak
bila pulak awak tiba-tiba ingat pada Zaqwan?” balas Amirul pula. Kali ini
nampak seperti mereka ingin bertengkar. Aku kasihan pada Zaqwan yang nyatanya
masih lagi berpaling, enggan memandang wajah ibunya. Zaqwan seperti tidak suka
pada dengan kehadiran wanita itu.
Apakah anak
sekecil itu tahu erti benci?
“ Kenapa?
Awak dah termakan hasutan perempuan ni?” marahnya tiba-tiba sambil menuding
jari kepadaku.
Aku
tersentak.
“ Awak
jangan ingat senang nak rampas anak saya. Saya yang lahirkan dia. Saya yang
berhak!”
Keadaan
semakin panas jadinya. Aku yang tidak tahu-menahu kisah antara mereka pula kini
menjadi sasaran.
“ Beginilah
puan… Kalau puan terasa hati, saya minta maaf..” pintaku sesopan yang boleh
kerana tidak mahu wujud sengketa pula. Sedangkan tidak terlintas sedetik pun di
hatiku untuk merampas anaknya.
“ Jangan
nak berlagak baik!” tengkinglah lagi. Seolah-olah, aku ini tidak ada airmuka
untuk dijaga.
“ Zatul,
jangan melampau! Bukan salah dia kalau zaqwan tak mahukan awak lagi…” pertahan
Amirul yang tadi sekadar diam mendengar amarah bekas isterinya itu.
“ eh, awak
bolehlah cakap begitu sebab awak memang nak beristeri baru!” balas Zatul, dan
kali ini suaranya bagi suntikan bias menusuk hatiku.
Aku pantas
memandang Amirul yang sepertinya kelihatan sedang berusaha menahan sabar
melihat kelancangan bekas isterinya itu.
“ Saya tak
berniat pun nak jadikan dia isteri!”
Kata-kata
Amirul seakan menghempas hatiku ke batu. Kenyataan itu seperti satu hukuman
berat yang entah kenapa, sekeping hatiku seakan-akan tidak mahu menerima
angkuhnya kata-kata pemuda itu.
“ Sekarang
belum, esok-esok…” perli Zatul selamba tanpa dia menghabiskan hujung bicaranya.
“ Saya
balik dulu..” ucapku sedikit kasar lantaran menahan rasa dengan wanita yang
nampaknya seperti cemburu kepadaku itu. Tanpa menunggu jawapan aku terus masuk
ke dalam kereta dan memecut keluar dari situ. Dari cermin sisi aku masih
memandang mereka yang bertelagah. Hatiku dipagut kasihan melihat Zaqwan yang
menjadi mangsa saksi pergaduhan ayah dan ibunya.
Apalah erti
si kecil itu melihat kesedihan di usianya yang sebegitu?
Aku
melepaskan keluhan berat. Aku nampak seperti orang bodoh dalam kelompok itu
sedangkan aku tahu niatku hanya untuk mengeratkan silaturahim saja. Memang
sudah takdir agaknya, menemukan aku dengan bekas isteri Amirul dalam keadaan
begitu. Kata-katanya kedengaran melampau dan sungguh, aku rasa kalau sabarku
diujinya lagi, aku pasti akan meledak amarahku.
Ya Allah..
kenapa masih wujud keretakan rumahtangga yang nyatanya menjadikan si kecil
mangsa ibubapa yang tidak
bertanggungjawab?
Aku benar-benar
kasihan kepada Zaqwan. Aku tidak mahu dia membesar dengan persekitaran yang aku
yakin, boleh menyebabkan jiwa si kecil itu tertekan. Untuk berdepan dengan
masalah pemuda itu pula, aku tidak sanggup. Mungkin benar kata Kak Syazy, untuk
berhati-hati berkawan bersama Amirul. Mungkin Kak Syazy yang sudah lama
berkawan dengan Amirul sudah masak dengan situasi seperti itu. Mungkin kak
Syazy juga sudah lali dan kuat untuk menerima segala kata-kata yang menyakitkan
hati itu.
Inikah yang
Kak Syazy maksudkan agar tidak retak lagi sekeping hatiku?
1 ulasan:
zatul nie dia yg curang dulu tpi sibuk nak datang balik pada amirul n zaqwan
Catat Ulasan