Bab 34
O.R.K.I.D
(Ombak rindu kita indah desirannya)
… tunggu aku kembali
Hari ini
aku sudah sarat rindu pada Dhani walaupun baru saja dia pergi. Beberapa minit
yang lalu aku baru saja menamatkan kuliah yang pertama. Meskipun agak janggal
dengan suasana yang nyatanya lain dari sesi pembelajaran yang pernah aku hadiri,
namun aku bersyukur. Aku dapat jua atasi dengan baik dan menyeronokkan. Di
sinilah, aku berkesempatan berkenalan dengan seseorang yang sudah boleh kugelar
kawan. Dia sangat mesra dan pandai
mengambil hati.
“ Maisara…”
Aku yang
pada awalnya mula berbalas mesej dengan Dhani mengkhabarkan aku baru habis
kuliah itu terus memandang Amiraa di sebelahku.
“ Ya?”
Dia
tersengih.
“ Siapa
tu?” soalnya tanpa kuduga.
Aku yang
pada mulanya tidak mengerti dengan maksud pertanyaannya sekadar mengerutkan
dahi.
“ Siapa?”
soalku semula tidak mengerti.
Dia
menjelingku.
“ Alah…
seseorang dengan awak berbalas mesej tersengih sendiri tu..” usiknya tanpa
selindung.
Aku ketawa
mendengar ucapannya itu.
“ ni
husband I lah..” balasku dengan bahagia kerana bagiku, tidak perlu aku berahsia
padanya tentang statusku kepada Amiraa kerana aku yakin, dia seorang yang baik
dan boleh dipercayai.
Dia
mengajak aku menuju ke Kafe untuk menikmati minum pagi meskipun sudah lewat
waktu ke angka 11 pagi. Pagi itu, aku mengenakan baju sejuk yang sangat tebal
memandangkan salji turun meskipun tidak lebat. Cuaca sangat sejuk dan kalau aku
terlalu lama berada di luar, mungkin aku akan terasa menggigil kedinginan.
“ I ingat
awak ni belum kahwin…” sambung Amiraa lagi setelah kami kembali duduk pada meja
yang telah kami pilih awal sebelum kami mengambil menu yang sudah disediakan.
Dia menghulurkan minuman coklet panas kepadaku dan aku menyambut dengan
senyuman. Aku menyimpan telefon bimbitku ke dalam beg kuliahku yang sederhana
besar setelah menghantar pesanan kepada suamiku itu tentang aktivitiku yang
sedang ingin menikmati juadah.
“ Kenapa
boleh macam tu?” soalku padanya sambil mengunyah sandwich.
Amiraa
melepas tawa kecil.
“ Lagak tu
macam orang bercinta. Tersengih memanjang…” perlinya nakal seraya tertawa.
Aku
tersenyum malu.
“ Dan…
insya Allah.. 5 bulan lagi, i jadi mummy..” sambungku lagi dengan gembira.
Mata Amiraa
bersinar. Mungkin dia terkejut dengan berita yang aku sampaikan.
“Wah..
tahniah.. dah berapa lama awak berkahwin?”
Aku
mengerutkan dahi cuba menghitung usia perkahwinan kami.
“ kalau tak
silap, hampir dua tahun..”
“ Pilihan
sendiri?”
Aku
tersentak dengan pertanyaannya itu. Berubah keruh wajahku walaupun aku tahu
Amiraa tidak salah menanyakan soalan itu.
Aku
menggeleng perlahan.
“ Mesti ada
kisah menarikkan?” soalnya lagi, kali ini nadanya perlahan. Mungkin dia perasan
dengan perubahan pada wajahku itu.
Aku
menggaris senyuman kelat.
“ sangat
menarik..” balasku lantas tertawa.
“ tak nak
cerita?”
Aku
menggeleng. Sengaja mengusiknya. Kulihat Amiraa yang ada di depanku ini mula
menarik muka.
“ buruklah
rupa awak tu…” usikku, sengaja mengundang ceria. Kafe itu sesekali riuh dengan
gelak tawa kami.
“ I putus
tunang sebelum I kahwin dengan Dhani..” aku mula bercerita. Dalam suara yang
tertahan. Aku tidak tahu kenapa aku senang sekali bercerita kisahku kepada
Amiraa. Mungkin kerana dia nampak mesra dan peramah itu kali. Mukadimah yang
aku sampaikan itu membuatkan pandangan Amiraa tidak lepas memandangku. Aku
sengaja melewat-lewatkan masa sambil menghirup coklet panas. Sengaja mengusik
ketekunannya mendengar ceritaku.
“ Dah tu?”
soalnya penuh minat dan tidak sabar.
Aku tertawa
kecil melihat responnya.
“ Abah
kahwinkan kami…”
Aku dan
Amiraa tiba-tiba diam.
Bertukar
hening suasana seketika.
Mungkin
kerana nada suaraku yang tadinya ceria berkongsi cerita berubah nada.
“ tapi
sekarang awak bahagiakan?” soal Amiraa bersahaja.
Aku
menggaris senyuman ikhlas.
“ Sangat
bahagia..” balasku membetulkan sedikit ayat pertanyaannya.
“Syukur…”
Aku
mengangguk.
“ Dia sangat
baik.. lebih baik dari bekas tunangan saya..” balasku lagi penuh perasaan.
Amiraa
tertawa kecil.
“ bestnya
dapat husband macam tu…”
Aku
mengangguk lagi. Dalam seronoknya kami bersembang-sembang tentang hal peribadi
itu, aku merasa seperti ada sepasang mata sedang memerhatikan kami. Aku cuba
untuk tidak peduli. Mungkin ia hanya perasaanku saja. Mungkin jua pelajar
senior yang tertarik pada kawan baruku ini.
Bukankah
Amiraa ini cantik?
Ya mungkin
saja!
“ Awak
macamana?”
Amiraa
sekadar mengangkat bahu.
“ Aik..
kenapa tu?” soalku ingin tahu. Amiraa nampak macam malas bercerita.
“ biasa
sajalah..” balasnya.
Aku ketawa.
“ kenapa?”
“ tunggu si
dia masuk meminang lagi…”
Aku
mengangguk-angguk.
“ ibu pesan
lepas habis belajar nil ah..” sambungnya seakan tidak suka pada hasrat ibunya
yang mahukan dia habis belajar dulu dan baru melangsungkan perkahwinan. Kata
Amiraa, mereka sudah lama berkawan dan bercinta. Sudah mencecah empat tahun.
Hendak bertunang, dia takut pada dugaan. Sedikit sebanyak ceritanya menghentam
hatiku dengan memori-memori kenangan lama yang menyakitkan meskipun aku sedar
dia bukan berniat begitu.
“ Tak
apalah.. lagipun, tinggal beberapa bulan lagi..” pujukku.
Dia
mengangguk.
“ anyway..
suami you kerja apa?”
“ driver..”
balasku bersahaja.
Amiraa memandangku
bagaikan tidak percaya. Melihat wajahnya begitu nampak comel. Teserlah lesung
pipit kirinya. Aku melepaskan tawa.
“ driver
di langit biru..” sambungku lagi, masih berkias dengannya.
Kulihat dia
terlopong.
“ wah..
pilot eh?” soalnya lagi dengan teruja.
Aku
mengangguk.
“ mesti handsome..”
sambungnya dan tertawa kemudian. Nakal saja bunyinya mengusikku.
“ pandai
abah awak pilih..”
Aku
tersengih.
“ selalulah
kena tinggal?”
Aku
mengangguk. “ sudah terlalu biasa…”
Amiraa
tersenyum.
“ kenapa
awak putus tunang dulu eh?”
Soalan cepu
emasnya tidak terduga. Aku menelan liur berkali-kali sebelum nekad membuka
cerita lama. Tidak salah aku berkongsi dengan Amiraa.
“ dia…
khianati cinta saya..” balasku dengan suara tertahan. Entah kenapa, hatiku
masih terasa calarnya dengan kenyataan itu. Mungkin kerana aku pernah terlalu
cinta atau mungkin kerana hatiku masih belum memaafkan ‘dia’ atas kesalahan
lalu.
Amiraa
kupandang terdiam.
“ Lama kami
bercinta Miraa.. tapi, tak sangkakan.. lama pun hati seseorang boleh berubah…”
sambungku lagi meskipun aku tiada niat untuk menakutkannya.
“ hmm..
saya tak nak komen lanjut. Terpulanglah pada kekuatan cinta seseorang..”
Aku
membalas pandangannya.
“ Saya tak
ada niat nak lukakan hati awak eh kalau awak terasa..”
Amiraa
mengangguk.
“ Saya
fahamlah Mai..” balasnya sambil ketawa.
Aku
tersenyum.
“ Mai..”
“ Ya?”
“ Kalau
ditakdirkan awak bertemu semula dengan bekas tunangan awak tu dan tiba-tiba dia
inginkan berbicara hati ke hati, awak nak buat apa?” soal Amiraa terlalu
berterus-terang.
Aku masih
berkira-kira mencari jawapan yang sesuai.
“ hmmm..
mungkin, I akan lari..” balasku lantas ketawa. Sayangnya, tawaku tidak
bersambut. Tingkahnya itu, membuat aku tertanya-tanya.
“ kenapa?”
“ eh Mai..
awak perasan tak.. macam ada orang asyik pandang kitalah..” luah Amiraa yang
awalnya kusangka tidak perasan dengan situasi itu.
Aku
mengangguk, tidak menafikan.
“mungkin
sebab minat awak tak?” usikku.
Dia
menggeleng pula. Menyahut usikkanku dengan serius.
“ mata dia,
tidak lari pandang awak..” sambung Amiraa sedikit beremosi. Dia berkata sambil
mengisyaratkanku untuk menoleh insan di sisi yang sebenarnya sedari tadi aku
sedar mencuri-curi pandang kepada kami.
Aku
menggeleng untuk menolak tidak memandang. Berkali-kali Amiraa memaksa.
“ dia minat
awak tu..” balasku lagi, kali ini bernada perlahan kerana bimbang didengar oleh
si pemandang misteri itu. Yang pasti, dia berbangsa melayu. Amiraa yang
menguatkan kenyataan itu.
“
Pandanglah..” paksanya lagi.
Aku
menggeleng.
“ eish..
kasi dia diam punya..” balas Miraa menghasut. Katanya, usik sekali.
Aku hampir
ketawa dengan idea gila-gilanya itu. Mahu tak mahu, dengan tiada pilihan aku
menyahut idea itu. Lagipun, sekali-sekala menjadi nakal, apas salahnya.
Pantas aku
menoleh, insan yang berani memandang curi pada isteri orang dan bakal tunangan
orang ini.
Lantas, mataku
dan mata dia berlaga. Bukan kerana aku berniat mahu berbalas pandangan namun
sayang, senyuman yang sengaja kuukir pada si jejaka itu tiba-tiba mati begitu
saja. Tanpaku pinta, tanpaku duga. Walaupun aku tahu aku berada di Negara asing
yang sangat jauh dari bumi tercintaku.
Kenapa sekali
lagi begini?
Hatiku
diketuk perasaan lain.
Yang terusik
hatiku.
Yang terdiam
aku dan yang terkesan itu diriku.
Fahrin?
1 ulasan:
Bila nak entry next chapter... X sbar nak bca.... Novel orkid... Terbaik la.... Best sngat2....
Catat Ulasan