Bab 40
O.R.K.I.D
(Ombak
rindu kita indah desirannya)
… tunggu
aku kembali
Buku-buku
dan nota-nota penting aku biarkan berselerak di atas meja belajar. Sengal bahu
dan jari-jemariku setelah seharian berdepan Komputer riba untuk menyiapkan
tugasan yang diberikan. Sudah terlalu lama tidak mengasah kebolehan berfikir
untuk menyuakan cadangan dan pendapat. Pada awalnya memang janggal bila mula
memberi peluang diri untuk kembali belajar semula. Namun, lantaran inilah
impianku sebelum ini, maka aku tekad berusaha dan terus berjuang demi masa
depanku. Bukan untuk menunjuk-nunjuk namun inilah antara bakti yang dapat aku
sumbangkan. Kalau bukan mega untuk masyarakat atau negaraku, mungkin untuk
keluargaku secara amnya.
Keluarga!
Aku
mengusap perutku yang sudah nampak bentuknya. Terkenangku kepada Dhani. Sedang
apa dan berbuat apa suamiku itu? Jam sebegini mungkin dia masih lena atau ada
kerja lebih masa. Tambahan pula di tanahairku, jam sebegini masih lagi malam.
Hari ini belum aku memberi sebarang laporan harianku lantaran aku begitu asyik
mengutamakan kerja sekolahku. Mungkin bimbang suamiku itu.
Aku
menghela nafas berat. Dahi kupicit sedikit. Penat di tengkuk juga terasa.
Inilah bahana agaknya terlalu memaksa melakukan sesuatu. Makan tengahari
terlepas. Sebelum ada apa-apa terjadi yang aku sendiri tidak sukai, aku
menguatkan semangat dan diriku sendiri ke dapur. Pasti lauk-pauk sarapan pagiku
tadi masih bagus lagi. Tidak perlu kuhirau banyak sangat kerana aku makan berat
tadi pagi.
Nasi
lemak ayam merah.
Aku
memilih untuk memanaskan bakinya dengan microwave saja. Ini bukan kerana aku malas
tapi memilih untuk menyenangkan diri sendiri. Tinggal sendirian tidak
menjadikan aku kekok untuk melakukan apasaja yang aku sukai. Aku membawa isi
makananku semuanya ke meja kecil. Dengan lafaz basmalah aku mula menikmati
rezeki pemberian TUHAN, hasil usaha suamiku yang sungguh rajin member
perbelanjaan lebih untuk isterinya ini. Kalau tidak berkira-kira, memang aku
habiskan untuk membeli-belah barang-barang anak. Namun, disebabkan aku belum
teruja membeli kerana keinginan keliru untuk memilih tanpa Dhani, maka aku
bantutkan hasratku dulu. Aku begini ingin membeli-belah keperluan anak kami ini
bersama-sama. Mungkin berbeza keinginan namun biarlah. Anak yang kukandung ini
anak kami bersama. Yang memang layak mendapat perhatian dan kasih sayang dariku
dan juga abahnya.
Aku
tersenyum sendiri ketika menikmati makanan ini.
Suamiku,
Dhani dalam ingatan kini.
Aduhai,
pasrahku dengan rasa hati ini. Lepas makan inilah nanti aku akan hubungi
suamiku itu. Resah juga kalau seharian tidak mendengar celotehnya. Harap-harap
cik abangku itu belum tidur lagi.
Aku
mempercepatkan waktu makan. Selesai suapan terakhir, aku terus membersihkan
bekas dan terus menuju ke bilik tidurku. Kucapai telefon bimbit di sisi lampu
tidur.
Aku
menekup mulutku.
10
miss called.
‘
Sayang mana? Tak ada
cerita hari ini? Abang rindu. Hujan di sini. Sejuk. Terkenang kuat abang pada
Sara..’
Pesanan
ringkasnya meruntun hatiku. Maka terus aku menekan punat untuk menelefon
suamiku itu. Lama kunanti deringan telefon sampai hampir hilang asa menunggu
hinggalah berjawab akhirnya.
“
Assalammualaikum. I miss you sayang…” jawab Dhani separuh berbisik.
Belum
sempat aku menyapa, permulaan kata itu menggigit tangkai hatiku bersama
kerinduan sesungguhnya.
Bermain
air-air jernih di tubir mata.
Dhani…
Kelu
aku kerana aku juga merindu.
1 ulasan:
best 3x.
Catat Ulasan