Bab 39
O.R.K.I.D
(ombak rindu kita indah desirannya)
… tunggu aku kembali
Malamku terasa sunyi. Sangkaanku tepat
bila malam ini Dhani tidak datang untuk memujukku dan tidur bersama. Walaupun
sesekali kami berselisih ketika berlegar di ruang rumah namun segaris senyum di
wajah Dhani tidak terlukis. Aku lelah sudah berterus-terang. Alasanku beri dia
curigai. Aku tidak boleh menyalahkan Fahrin. Dia berhak datang ke sini kerana
negara ini bukan kepunyaanku ataupun Dhani. Tambahan lagi aku tiada hak untuk
melarangnya. Aku penat terus-terusan mempertahankan diriku bila Dhani hanya
berdiam diri begitu.
Aku tahu aku tidak bersalah makanya
aku malas mahu memujuknya lagi. Aku Cuma berharap Dhani sedar akan keadaan
sebenar. Biarlah dia ambil seberapa banyak masa sekalipun, aku tetap tidak akan
ubah pendirian dan keputusanku untuk memilihnya. Kalau waktu ini dia memilih
untuk mogok, terserah. Yang aku tahu aku tidak bersalah. Bukan kerana aku ego
untuk memujuk suamiku sendiri tapi aku kecewa Dhani menyimpan ragu kepadaku.
Mungkin kalau dia masih berkeras, aku akan memilih keputusan kritis yang mungkin
akan membuatkan dia menyesal. Andai saja waktu itu tiba, Dhani akan melihat aku
adalah perempuan sekeras batu.
Saat terkenang dia itu, perutku pula
berdendang, terasa lapar. Sejak tiba tadi, aku masih belum mengisi perut. rasa
pedih benar. Kalau di rumah, pasti Dhani sudah menghidangkanku buah strawberi
bersama krim susu manis dan segelas susu berperisa coklat. Terkilannya aku di
sini, Dhani tidak pula begitu. Sedih memang sedih tapi apa daya, mungkin aku
harus biasakan diri begini. Aku terasa kehadiran Dhani di sini sia-sia saja.
Kenapa dekat tapi jauh?
Aku melenggang menuju ke dapur untuk
mencari makanan yang boleh mengalas perutku ini. Tidak tertahan rasanya
berlapar.Bukan hanya aku tetapi saja yang merasakan tetapi juga anak dalam
kandunganku ini.
Aku hanya terpandang mee segera saja. Aku teragak-agak
untuk memasaknya sebagai alas perut kerana jika Dhani tahu, pasti dia akan
berleter panjang kerana katanya itu tidak baik untuk kesihatan.
Masalahnya, apa lagi yang tertinggal?
Sedangku sibuk menanak air panas, aku terdengar suara
seakan ketawa riang di ruang tamu. Lantas tidak ingin rasa ingin tahu
berpanjangan, aku pun menjenguk.
Aku terkelu waktu terpandang Dhani sedang berpelukan
walaupun hanya sekejap sebagai tanda bersapa, menerima kedatangan yang mungkin
kawannya yang dimaksudkannya kepadaku dulu. Tingkah itu buat aku rasa
menyampah. Perempuan itu bagai tidak tahu batas pergaulan dengan suami orang.
“ Hai…”
Aku tersentak bila dia menyapaku dari muka pintu itu.
Wajahnya nampak gembira saja. Mungkin kerana baru bertemu dengan Dhani yang
dikatakan kawan lamanya itu.
Aku menggaris senyuman kelat ketika terlihat Dhani
yang nyata terkejut melihat aku tercegat di situ.
“ Hai..” balasku selamba tapi aku sempat menjeling
Dhani. Aku berkira-kira sudah untuk berlalu apabila terdengar cerekku di dapur
sudah berbunyi.
“ Tak sangka budaya kita di negeri orang berubah..”
sindirku lantas berlalu meninggalkan mereka berdua termangu di situ mendengar
kata-kataku. Aku amat berharap mereka faham maksudku. Memang tidak patut sekali
apabila bertemu dengan suami orang, dia tanpa segan silu berpelukan. Itu bukan
budaya kita menyapa orang. Sepatutnya mereka berjabat tangan. Sekadar berjabat
tangan saja. Tidak lebih dari itu!
Bukan begitu!
Dalam aku mengomel sendiri itu, aku terkejut kecil
apabila terpandang Dhani di muka pintu dapur. Aku sempat mengerlingnya sekilas
sebelum aku menyuapkan mee segera itu ke mulutku.
“ Sayang… abang tak suka sayang makan makanan segera
ni..” tegur Dhani perlahan seraya dia mengambil mee itu di depanku. Aku yang
duduk di meja makan itu hanya terdiam. Lantaran aku hanya mampu membisu di
situ, pantas aku bangkit dari situ untuk ke bilik.
Tanganku ditarik.
Langkahku mati tapi aku tidak menoleh kepadanya.
“ Abang tahu sayang marah tapi kita ada tetamu. Jomlah
abang perkenalkan…”
Aku menarik perlahan tanganku.
“ Malaslah…” aku menolak dan masih berkira-kira mahu
kembali semula ke bilik. Aku sempat mendengar Dhani merengus sebelum aku
mematahkan hasrat untuk kembali bersamanya keluar. Selama ini, aku tidak
mendengar Dhani begitu.
“ Abang janji.. lepas ni abang belanja sayang makan..”
janji Dhani dalam senyumannya.
Aku sekadar mengangguk saja, menerima cadangannya
begitu sahaja dengan hati yang terbuka.
Pilihan apa lagi yang kuada selain menerima saja apa
yang dicadangkannya. Daripada aku biarkan masa berharga dengannya berlalu,
lebih baik aku habiskannya dengan melakar penuh kenangan. Bimbang nanti bila
terlalu lama berjauhan, rinduku akan membatasi rasa cinta.
Penat lama-lama rindu.
Kan?
Bila rindu, semua waktu menjadi resah dan gundah.
Hendak makan terkenang dia, lapar nanti jadinya.
Aku tersengih sendiri.
Beginilah bila sayang melebihi akal. Melebihi batas
keinginan hati.
0 ulasan:
Catat Ulasan