BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sabtu, 24 Mei 2014

O.R.K.I.D BAB 38

Bab 38
O.R.K.I.D
(Ombak rindu kita indah desirannya)
… tunggu aku kembali

Good morning mother to be…” sapa salah seorang jururawat yang sedang menyelak tabir jendela di dalam bilik itu. Seorang lagi sedang membawakan sarapan segelas susu dan roti bakar di atas meja berhampiran katilku.
Aku sekadar mengangguk kerana merasa janggal dilayan sebegitu walaupun mereka kelihatan ramah dan begitu prihatin terhadapku.Mungkin juga kerana aku sudah terbiasa makan sarapan sendiri pada asalnya.Namun, lantaran musibah ini aku jadi kaku dan kekok pula.
Well mam, you’ll be staying for another two nights but not to worry. There is nothing bad happens between you and your precious one…” sambung jururawat yang berbadan molek itu. Mendengar kata-katanya, aku menjadi berbaur rasa. Gembira dan gelisah bercampur satu. Bimbang kerana bila terus-terusan berada di sini, Fahrin nantinya mengambil kesempatan untuk meluangkan waktu. Menggunung bimbangku kerana aku khuatir dengan keselamatan anakku ini kerana kecuaianku nanti melayan emosi atau kerana ingin lari dari realiti yang memedihkan hatiku kerana kemunculan Fahrin di sini. Namun, secara jujurnya itu bukan masalah besar andai benar aku begitu tulus menyayangi Dhani.
Bukankah begitu sepatutnya yang aku rasa sebegai seorang isteri yang tahu erti kesetiaan?
Rayulah seribu kali.
Sejuta kali.
Setiap hari.
Maisara ini, takkan berpaling.
Cukup sudah aku disakiti. Cukup sudah maruahku dia calar tanpa belas di hati. Lukanya benar-benar membuat aku lupa diri. Seakan tiada iman di hati. Sampai aku ragu memberi hati kembali pada insan yang tahu menghargai sebuah janji.
Dhani.
Suamiku kini.
So, got to go. You can just press the bell if you need any..”
Aku mengangguk.
Terganggu ingatan laluku mengenang kisah yang cukup mengguris sekeping hatiku. Sarapan yang dihidang kupandang sepi dan tiada erti. Bukan kerana aku tidak mensyukuri tetapi kerana kini, ingatan lama itu begitu kuat berlegar di belahan memori.
Perlukah aku kenang kembali?
Dulu…
Fahrin janjikan aku seribu kebahagiaan.
Dulu..
Fahrin janjikan aku dilimpahi kasih sayang.
Dulu..
Fahrin janjikan akulah penyeri hidupnya.
Tapi….
Ungkapan malam itu, terlalu mengguris hatiku!
Rasanya saat putus cinta, hanya ingin mati.
Benar.
Aku waktu itu seakan hilang pedoman.
Bodoh benar kerana terlalu banyak menangis. Menangis untuk sesuatu yang begitu melukakan hati. Setiap saat dan waktu, aku berharap dia kembali. Jendela hatiku sepi tanpa balasan cintanya. Setiap saat aku payah melerai rindu.
Kerana apa?
Kerana aku pernah berjanji akan cintai dia bila dia cintai aku. Membalas rindu jika dia merindu. Menunai janji jika dia benar mencintai.
Dan…
Bila kini dia kembali lagi kerana adanya penyesalan tidak berbelah bagi, aku yang dilema kini.
Ah…
Bodohnya perasaan ini!
Aku tidak mahu mencurangi suamiku sendiri. Dhani lebih baik dari dia.
Lebih menyayangi dari dia.
Lebih dari segalanya!
Sayangnya Dhani kepadaku, melebihi sayang Fahrin. Aku yakin itu. Aku masih terkenang di saat dia begitu menyimpan curiga kepadaku kerana kehadiran bekas tunanganku di bumi Perancis itu.
Pasti kehadiran Fahrin begitu mengguris hati dan perasaannya. Pasti kedatangan Fahrin seakan menggugat kesungguhan cintanya kepadaku.
Dhani…

Betapa dia di malam itu….
Bermain kuat diingatanku peristiwa di malam itu.

1 ulasan:

Unknown berkata...

lama menghilang kak nak lagi boleh.