Bab 41
O.R.K.I.D
(Ombak
rindu kita indah desirannya)
… tunggu
aku kembali
“ Sara, berapa kali abang perlu
pesan untuk jangan menangis lagi?” separuh berbisik kedengaran suara Dhani di
corong telefon.
Aku menggigit bibir dengan kuat.
Bukan sekali dua dia menegur aku untuk tidak membuang airmata. Cuma, aku di
sini juga terasa sepi merasai rindu yang sama seperti dia.
“ Sara rindu abang juga..” balasku
perlahan dan sedikit manja.
Hela nafas Dhani jelas kedengaran. Itu
yang kurindu.
Kudengar Dhani tertawa kecil di
hujung talian. Banyak cerita dilaporkannya kepadaku termasuklah jadual
penerbangannya yang terlalu padat minggu ini.
“ Padat-padat pun tak ada tembus juga
ke Paris..” jawabku selamba.
“ hai.. sindirkah apa?” balas
Dhani.
Aku ketawa manja.
“ Tak adalah. Sara minta maaf..”
sahutku bersungguh. Langsung tidak berniat untuk mengguris hati suamiku itu.
“ Kenapa sekarang baru ada masa ni?
Banyak sangat kerja sekolah?”
Aku menggumam.
“Baby okey tak?”
Aku menggumam lagi. Kali ini lebih
manja.
“ Sayang…”
Aku ketawa kecil.
“Abang rindu sangat ni. Janganlah
seksa batin abang begini..” tegur Dhani seakan tidak berpuas hati dengan
usikanku itu.
“ Abang ni kan, Sara
rindu juga. Walaupun kita jauh, abang tak perlu risau sangat. Hati Sara takkan
berubah..” balasku sedikit beremosi. Bukan aku ragui kepercayaan Dhani terhadapku
cuma aku perlu hari demi hari berikan dia keyakinan agar dia rasai selesa dan
tenang mencintaiku. Aku juga rindui dia kalau dia rindui aku. Jika cinta,
apatah lagi. Memang aku rasai perasaan yang sama. Walaupun rasanya kami seperti
baru bercinta namun aku tidak mau perasaan ini sementara saja. Aku mahu dialah
yang terakhir yang akan menjaga aku hingga ke akhir usia.
Hanya dia.
Ada waktu dan ketika aku
rasakan, cukuplah aku dan dia rasai apa yang tertulis di hati. Tak perlu selalu
diungkap dan tak perlu selalu dibicarakan.
“ Sara banyak kerja
sekolah tadi. Tak perasan betul hari dah lewat. Sebab tu Sara baru ada peluang
call abang waktu ini. Maaflah kalau Sara ganggu waktu rehat abang..” balasku
kali ini dalam nada pujukan.
“ Abang okey saja Sara.
Utamakan dulu apa yang lebih utama..”
“ Sara faham maksud
abang. Cuma, Sara nak abang tahu yang abang tetap paling utama dalam hidup
Sara. Abang perlu ingat tu..” aduku manja-manja.
Sungguh.
Aku rindu bersama berduaan di
pangkuan Dhani. Bersandar manja di sisinya. Berkongsi cerita. Melakukan
aktiviti bersama apatah lagi ber’dating’ dengan suamiku itu. Segalanya kini
menjadi kerinduan.
“ Okeylah abang. Dah
lewat..” putusku untuk mengakhiri panggilan. Dia berpesan perkara yang sama.
Selalu ulang yang sama dan peringatan yang sama.
Takut benarkah Dhani akan
kehilanganku?
Aku meletakkan telefon
bimbit di sisi lampu tidur dengan senyuman. Terkenang perbualan dan melayang
mengingat Dhaniku. Aku menuju ke jendela yang jelas menunjuk gah berdiri Eiffel
Tower, lambang tugu cinta di kota cinta. Perasaanku berbaur pelbagai rasa.
Kemilau indah lampu neon di ketika itu, di malam itu menyuntik rinduku. Rintik-rintik
salju mula turun. Sekali lagi kota cinta ini disimbahi salju dingin. Jika
berterusan, kedinginan akan jelas terasa. Sekeliling akan bertambah indah lalu
rasa cinta makin mekar dan ingatan rindu melayang sudah.
Ah…
Membara rasaku.
Aku menyentuh rintik
salju yang singgah di jendela bersama harapan dan rindu. Hatiku menjadi sayu
dan sendu. Sungguh saat ini aku terasa jauh dari suamiku. Bagai kehilangan tapi
tidak. Sampai rasanya aku seakan ingin terbang pulang menemui suamiku. Walaupun
hamper 3 bulan sudah aku di sini, namun hatiku tetap milik tempat kelahiranku.
Begitu sekali aku ingin pulang. Syukur juga di sini aku perlu menyiapkan satu
tesis terlebih dahulu untuk melanjutkan ke semester selanjutnya. Makanya aku
terus berusaha mengasah fikiranku, demi dia dan anakku.
Aku mengeluh sepi.
Adakalanya
rindu itu tidak mampu kuungkap. Cukuplah hanya hatiku dan hatinya yang rasa.
1 ulasan:
best...
Catat Ulasan