BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Jumaat, 30 Mei 2014

O.R.K.I.D BAB 42

Bab 42
O.R.K.I.D
(Ombak rindu kita indah desirannya)
… tunggu aku kembali

          Deringan loceng di luar bilik kuliah memberi maksud kuliah hari ini telah berakhir. Apa yang menyebabkan aku lebih gembira lagi ialah malam ini aku akan menaiki kapal terbang lalu pulang ke tanahairku. Semalam, sibuk benarku mengemas barang-barang yang akan dibawa. Apatah lagi kali ini bercuti untuk tempoh yang lama dari sebelumnya.
          “ Maisara..”
          Aku menoleh sekilas teman di sisiku.
          “ Ya?” balasku.
          Amira mendekatiku. Tangannya ligat menolongku mengemas buku-buku yang tebal diambilnya perlahan dari tanganku.
          “ Berapa kali kena pesan ni jangan bawa barang berat. Tu, dah berapa bulan tu?” sambung Amira lagi sambil muncung mulutnya menunjuk sesuatu ke tubuhku.
          Aku tersengih.
          “ Yalah cik kak oii…” balasku. Amira memang cukup prihatin akan segala kebajikanku. Sejak peristiwa aku masuk rumah sakit dulu, Amira terus memilih untuk mendampingiku. Garang juga Amira sampai sejak dia memberi amaran kepada Fahrin, dia tidak muncul-muncul lagi menemuiku. Aku memang boleh agak. Fahrin bukan jenis yang bersungguh mengotakan kata. Senangnya dia berjanji lalu meninggalkan janji yang hanya janji saja.
          Tidak takutkah nanti dia menjadi munafik?
Aku beriringan bersama Amira berjalan bersama menuju ke ruang legar di universiti kami itu. Tidak banyak lagi kelibat pelajar yang lain di situ. Mungkin semuanya sudah meraikan hari ‘kebebasan’ sementara itu dengan pelbagai perancangan yang lain. Mungkin ada yang memilih menghabiskan cuti kembali ke pangkuan keluarga atau bekerja sementara.
          “ Bila due ni nanti?” soal Amira memecah kesunyian. Wajahnya sedikit memerah dipancar mentari.
          “ Dalam dua bulan lagi Insya Allah..”
          “Mesti persediaan dah banyakkan?”
          Aku menggeleng.
          “Tak juga. Belum beli banyak barang lagi. Yang hari itu kita jalan sama sekadar permulaan saja. Manalah tahu nanti tak balik ke sini lepas bersalin…” balasku seraya tertawa.
          Bahuku ditepuk.
          “Yalahkan. Bukan senang nak beli barang anak di sini. Banyak untuk orang bercinta saja..” balasku lagi.
          “Tapi tak seperti kita boleh dapat di Negara kitakan..”
          Aku mengangguk.
          “Memanglah. Kualiti barang di sini lembut. Rasa macam nak tumpang pakai sekali…”
          Amira memadu tawa bersamaku. Tidak sangka dia mengiakan jua apa yang aku katakan itu. Banyak yang kami bualkan bersama memandangkan aku akan meninggalkan dia di sini. Kata Amira, dia belum mahu pulang lagi kerana dia ingin bercuti menjelajah eropah. Inilah peluang yang paling jarang sekali akan dia perolehi katanya.
          Memang ada-ada saja yang dibuatnya. Kadang tawa kami mengundang reaksi masyarakt di sekeliling. Bukan kerana tawa kami membuatkan mereka hairan namun pasti kerana logat bahasa kami yang jelasnya berlainan dengan mereka.
Dalam pada kami beriringan, langkah Amira tiba-tiba berhenti. Pantas saja dia menarik tanganku untuk mematikan langkah yang sama. Aku menjadi hairan dengan serta-merta.
          “Kenapa?”
          Isyarat bibirnya menunjukkan kepada sesuatu yang ada di hadapan kami saat itu. Lantaran rasa ingin tahu, aku memandang jua ke arah sesuatu yang dimaksudkannya. Ada susuk tubuh seseorang sedang bersandar di sisi tiang berdekatan dengan pondok telefon. Jelas sekali pandangan ditujukan kepada kami.
          “ Abang?” seruku antara dengan dan tidak. Langkahku, suaraku, detakan jantungku, masaku dan segalanya yang ada saat itu kaku.
          Cinta hatiku di depanku. Hendak percaya susah. Tidak mempercayai apatah lagi. Memang sudah ada di depan mata.
          Aku tiba-tiba disiku Amira. Dia mengisyaratkan agar aku pergi menghampiri suamiku yang sudah berpeluk tubuh tidak jauh dari kami. Sebenarnya, bukan aku tidak mahu meluru laju kepada suamiku itu tapi aku terang-terangan terasa bahagia.
          Dhaniku makin segak!
          “ Cik husband ni gerenti tak pesan datang kemari kan?” soal Amira memecah kekeliruanku saat itu.
          Aku tersenyum dan mengangguk.
          “ Best dapat macam dia..”
          Aku mengangguk lagi. Aku menyentuh tangan Amira dan memandang tepat ke anak matanya. Jelas sinar matanya memberiku keizinan untuk kembali kepada suamiku. Kali ini dia percaya bahawa aku memang selamat dalam jagaan suamiku. Meskipun aku terkejut dengan kedatangan Dhani yang tidak berkata ingin menjemputku sendiri ke sini namun aku memang begitu mengharapkan kehadirannya. Biarlah datang dan kembaliku tetap bersama dia.
          Aku memeluk Amira tanpa menunggu dia membalas genggaman tangannya. Sayangnya tidak sesempurna pelukan kerana si kecilku menjadi penghalang.
          Aku dan Amira tergelak.
          “ Pergilah. Dua-dua sudah rindu..”
          Aku tergelak kecil dengan usikan Amira. Aku kemudiannya mengambil buku-buku yang ada di tangannya. Sempatku melambai kepada Amira sebelum aku tenggelam erat dalam pelukan arjuna hatiku.
          Benarlah.
Tidak dapat kuluah perasaanku saat ini bila kembali berdepan dengan Dhani yang sememangnya begitu setia menantiku. Menyayangiku. Untuk seumur hidup.
Aku terus lemas dalam pandangan matanya yang sarat dengan rindu.

          Namun kutetap percaya, akan ada ketikanya, rindu itu hanya dua hati yang memahami rasanya.

2 ulasan:

Unknown berkata...

BEST 3X.

Unknown berkata...

ciput nyer dik...akk tk puas baca...nak n3 panjang cikit...hehe