BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Ahad, 19 Oktober 2014

Prolog - SETIA PADA DIA

Prolog

SETIA PADA DIA
“ Suatu saat nanti akan kaurasai sepi rinduku ini….”

         Click!
         Nada deringan telefon kedengaran menandakan adanya mesej dari aplikasi Whatsapp masuk. Mendengar bunyi itu aku menjadi semakin resah. Rasa serba salah mengalir dalam diri. Silap akulah sebab terlupa dengan janji semalam. Sudah lama berhubungan tapi belum pernah terfikir dengan bertemu pulak. Kadang aku merasa hairan dengan jenis persahabatan kami. Kemesraan aku dengan dia tiada siapa yang tahu. Aku dan dia sekadar berhubungan melalui telefon. Kalau berjumpa berhadapanan, kami tidak bersapa. Sekadar menggaris senyuman dan itu pun tidak lama. Terus berlalu kerana entahlah. Menjadi satu kebimbangan bagiku dan dia jika kawan-kawan yang lain tahu tentang keakraban kami. Mungkin kerana dulu aku dan dia saling mengatakan benci kerana hal pertama di hari kedua memulakan persekolahan menengah enam itu dulu. Hendak tergelak sakan pun ada bila mengenang semuanya.
Takdir Allah.
Siapalah kita hendak mempersoalkannyakan?
Tanpa kusangka juga dia berhasrat ingin bertemu peribadi. Entah mimpi pulak cik abang ni. Hendak menuju ke tempat pilihan dia ni jauh lagi. Lebih kurang 10 minit baru sampai. Tambahan lagi hendak cari tempat letak kereta pulak. Hendak tak hendak aku mesti focus. Mudahan dia tidak marah dan membebel atas kelewatanku ini. Cuai betul aku kali ini. Aku sendiri tidak suka kalau menanti terlalu lama.
         Kali ini nada deringan telefon berbunyi lagi. Lagu ‘ yang mana satu idaman kalbu’ memenuhi ruang kereta. Aku pantas memandang ke skrin.
         ‘Beh’
         Aku tersenyum sendiri. Sengaja aku membubuh nama itu kerana dia tidak pernah suka dengan panggilan itu. Aku memang suka sangat menyakatnya meskipun nanti aku juga yang kena semula atas usikan nakalnya. Rindu juga aku dengan karenahnya itu. Entah bagaimanalah rupanya sekarang. Sekadar melihat dari gambar, belum tentu sama dengan yang nyata. Dalam pada aku mengenang dia, telefonku berhenti nada. Aku pantas membelok ke simpang pusat membeli-belah yang bakal menemukan aku dan dia.
         Bagai sudah dirancang, sudah tersedia parkir untuk aku. Terus aku membelok dan mematikan enjin kereta. Aku menghela nafas dan masih berkira-kira mahu keluar.
         Anehnya.
         Dulu macam selamba saja bila fikir tentang dia. Kali ini lain.
Ah… barangkali segalanya berubah seiring waktu.
Aku kemudian melangkah sopan menuju ke kafe itu. Walau banyak mata lain memandang tapi aku buat tidak tahu saja. Bukan apa, mungkin kerana aku tidak biasa berjalan sendirian ketika membeli belah. Selalunya aku ditemani Soleha, adik kesayanganku. Sebab itu aku segan bila sendiri.
Aku melilau-lilau tercari-tercari kelibatnya. Jangan dia tipu aku, sudah! Memang dia nak kena dengan aku kalau dia main-main dengan aku.
‘ Mana beh ni…’ aku tertanya-tanya sendiri. Bayangkanlah bagaimana kakunya aku berdiri di situ sedang sesekali aku jadi perhatian pelanggan yang berkunjung di situ. Semuanya membuatkan rasa serba tidak kena.
“ Lamanya sayang…” bisik seseorang di sisiku, mengejutkan aku dari bermonolog sendiri. Pantas aku menoleh kerana aku masih kenal nada suara itu.
“Sikap gila-gila tu belum hilang, kan…” marahku manja dan terus memukul lengannya.
Tawa lelaki itu mengundang senyumku.
“Jom hantu coffee bean…” ajaknya selamba.
Azmi Hadri masih seperti dulu.

0 ulasan: