BAB 3
SETIA PADA DIA
“ Suatu saat nanti akan
kaurasai sepi rinduku ini….”
Suasana riuh dari luar bilik betul-betul
menggangu lenaku. Rasanya hari ini aku memang berniat untuk lewat bangun dan
lewat ke pejabat. Tambahan pulak aku diberi kebenaran untuk datang di sebelah
petang saja memandangkan esok aku akan pergi ke Sabah untuk menghadiri seminar dan
kursus pendek selama seminggu. Rasa malas itu sedikit sebanyak berkurangan
lantaran bagai terdengar namaku dipanggil-panggil. Dengan tenaga orang baru
bangun tidur, mamai saja aku menuju ke muka pintu.
Abah
dengan muka seriusnya.
Sempatku
dengar abah beristighfar panjang sebelum mataku terus hilang mengantuknya. Aku
sekadar tersengih melihat abah. Dengan muka bangun tidur, mana abah tidak buat
muka begitu.
“
Tinggal subuh tak ni?” soal abah pertama.
Aku
menggeleng.
“
Lisa ‘cuti’ bah..”
Abah
mengangguk-angguk.
“
Kenapa abah ketuk pagi-pagi ni?” tanyaku sambil menggosok-gosok mata.
“Pergi
cuci muka dan gosok gigi tu. Lepas tu turun dengan pakaian sopan. Najihah ada
di bawah…” khabar abah.
Aku
tersentak. Lain rasa dengan khabar itu kerana tertanya-tanya akan tujuan
Najihah singgah ke rumah tanpa memberitahu aku alasannya. Namun, yang kian
menambah tanyaku ialah bilamana abah menyuruh aku memakai pakaian sopan. Maksud
abah itu ialah jubah.
“
Tamu abah pun ada sama.. sebab tu abah suruh begitu..” sambung abah bagai
mengerti maksudku. Aku sempat mengangguk sebelum aku kembali menutup pintu
bilik setelah abah berlalu. Aku bergegas mengambil telefon bimbitku.
Aku
beristighfar seraya menepuk dahi. Patutlah aku tidak mendengar apa-apa
notifikasi dari telefonku itu kerana kuubah ke silent mode. Ada 3 miss
called dari Najihah dan beberapa teks dari aplikasi Whatsapp.
67 messages from 3
contacts
Aku menekan punat clear
kerana aku belum berniat ambil tahu dari siapa. Aku bergegas menuju ke bilik
air untuk mencuci muka dan menggosok gigi. Aku kemudian mengambil keputusan
untuk turun ke ruang bawah untuk bertemu Najihah. Kulihat Najihah sedang makan
pagi bersama mama dan Soleha. Najihah memang begitu. Sudah lama dia mesra
dengan keluargaku. Sudah lebih 14 tahun aku berkawan dengannya. Terdahulu
sebelum aku rapat dengan Azmi.
“ Assalammualaikum
semuaa..” sapaku kemudian mencium pipi mama dan Soleha. Walaupun kami sudah
besar, namun memang sedari kecil kami sudah terbiasa begitu. Salamku dijawab
serentak oleh mereka sebelum aku dipelawa untuk makan pagi bersama. Mama
kemudian meminta diri untuk ke ruang tamu kerana ingin menemani abah dan tetamu
yang hadir katanya.
Kami mengangguk sama.
“ Nah kak Lisa..” Soleha
menghulurkan kepadaku sepinggan mee goreng mama. Aku menyambutnya dan kemudian
aku duduk di sebelah Najihah.
“ Mimpi apa kau datang
tak bagitau ni?” tanyaku sambil menyudu mee goring. Begitu kuat keinginanku
untuk tahu alasan Najihah datang ke sini pagi-pagi begini.
“ Aku yang nak sangat
tahu kisah kak Lisa semalam…” balas Najihah selamba. Najihah memang memanggil
aku kakak walaupun beza umur kami hanya dua minggu. Lagipun, aku jua selesa
begitu.
Aku menoleh.
“ Maksud kau?” balasku.
Pantas benar Najihah
mengeluarkan telefon bimbitnya dan menunjukkan aku sesuatu. Serius pulak mukanya
walaupun kebiasaannya Najihah bukanlah seorang yang serius.
Aku menelan liur dan
berpura-pura ketawa.
“ Kenapa dengan Ig
Azmi?”
“ Ni aaah gambar Kak
Lisa dan Abang Mi.. Ada yang aku tak tahu?” soalnya serius.
Aku mencebik.
“ apa yang aku rahsiakan
pulak?”
“ Jangan nak buat tak
tahu maksudku pulak..” balas Najihah. Aku sengaja melengahkan masa dengan
menghabiskan sarapanku. Kusedar Najihah masih sabar menunggu. Najihah memang
begitu kerana itulah aku suka berkawan dengannya. Tangis tawaku, adalah dia,
“ Azmi ajak jumpa
semalam. Then, dia celebrate birthday aku… surprisely”
balasku.
Najihah bagai terkejut
seketika sebelum tawanya lepas bebas. Sedar akan responnya itu, aku pantas
memukul lengannya. Sebagai isyarat agar dia tidak terus mentertawakan aku.
“ Ada apa yang adik tak
tahu nii?” soal Soleha pulak.
Aku mengangkat bahu.
“ Kak Lisa tahu tak..
its one step closer…” simpul Najihah tanpa aku faham maksud kenyataannya
itu.
“ Closer apanya?”
tanyaku semula. Aku kemudian bergerak ke dapur sekejap untuk mengambil susu
segar sejuk sebelum aku kembali semula duduk di sebelah Najihah.
“Buat-buat tak faham Kak
Lisa ni kan..” balas Najihah lagi.
Aku tersenyum kecil.
“ Fahamlah… tapi bukan
senang nak buat kesimpulan begitu..” jawabku akhirnya, bahawa sesungguhnya
memang aku faham maksud Najihah itu. Meskipun sebenarnya aku malas hendak
menjadikan Azmi fokus utama topik perbualan hari ini.
“ Bukannya kau tak faham
jenis ‘mesra’ aku dengan Azmi tu..” sambung lagi.
“ Tahu….” Balas Najihah
perlahan. Kali ini sudah berubah suasana antara aku dan dia.
“ Tak sangkakan.. kali
ini abang Mi bawa kak Lisa berjumpa pulak. Lebih santai dan lebih mesra dari
dulu…” tambah Najihah dalam pandangannya kepadaku yang penuh makna.
Aku membalas pandangan
Najihah tanpa suara.
“ Siapa tahu memang
abang Mi tu jodoh Kak Lisa…” sambung Najihah lagi tapi kali ini dia memandang
aku dengan pandangan yang mengharapkan sesuatu.
Aku mengetap bibir dan
mengeluh seketika.
“ Malas lah aku nak
fikir semua tu Jihah… please…” jawabku tegas. Aku membuang pandangan dan
merenung sisa pingganku.
“ Kalau sudah ketetapan,
kau tahu aku tidak berdaya menentang. Biarlah…” sambungku perlahan sambil
memandang Najihah. Aku sebenarnya masih terbawa-bawa kisah semalam. Semalam
yang menyakitkan.
“ Aku tak paksa Kak Lisa
lupakan kenangan dengan cinta dulu tu cuma fikirkanlah yang terbaik dan
membahagiakan Kak Lisa lagi. Selama kak Lisa kenal abang Mi, selalu tak abang
Mi buat kak Lisa tersenyum?” tambah Najihah pulak.
Aku sekadar memandang.
“ Kita keluar jom..”
ajakku kepada Najihah. Aku ingin bercerita dengan Najihah secara terbuka di
luar rumah. Di taman kecil di luar rumahku. Aku sempat berpesan untuk naik ke
bilik sekejap untuk mengambil telefon bimbitku. Sempat aku mengerling telefon
bimbit sebelum menutup pintu bilik.
288 messages from 4
contacts
Aku tersentak. Banyak
sangat teks yang masuk. Sangkaku, memang teks sembang kosong kawan sekerja ni
melalui group di Whastapp. Sudah selalu mereka begitu. Cuma aku yang jarang
respon sebab aku bukanlah jenis yang suka berbual panjang yang kosong begitu.
Maka atas alasan itulah, mereka sering menghantar teks secara private
kepadaku.
Aku kemudian kembali
mendapatkan Najihah yang sedang duduk di bangku berhampiran kolam ikan kecil
abah.
“ Nak ber ikan kaloi
lagak tu cik kak…” laungku dari depan pintu rumah. Selamba saja.
Najihah ketawa.
“ Tak malu betul anak
dara seorang ni kan. Suara besar depan pintu..” tegur Najihah setelah aku
berdiri di sampingnya.
Aku tersengih. Aku
terlupa sebenarnya yang tetamu abah masih ada di ruang tamu. Pasti lepas ni
abah akan mempersoalkan suara anak daranya yang tiba-tiba kedengaran nyaring
tidak tentu pasal. Aku mengambil makanan ikan yang sudah tersimpan tidak jauh
dari tempat kami. Sesekali aku menabur makanan itu dan seakan memikirkan
sesuatu.
“ Nak cerita pasal apa?”
tanya Najihah tiba-tiba. Mungkin kerana aku yang masih leka melayan perasaan
sendiri itu agaknya maka dia mula mencipta ruang bercerita hati ke hati
denganku.
Aku menoleh dan duduk
tidak jauh dari Najihah.
“ aku… rasa masih sayang
dialah Jihah.. Tak boleh nak buang..” luahku dalam keadaan suara yang mendatar.
Pandangan Najihah
singgah tepat kepadaku. Jernih dan menenangkan. Aku membuang pandangan.
“ Kak Lisa… aku faham
kalau perasaan tu tak boleh buang tapi perasaan barukan boleh dipupuk semula…”
balas Najihah bagai memberikan aku satu semangat baru.
Aku tersenyum kecil.
“ suatu hari nanti
Jihah.. mungkin aku akan beri peluang. Lagipun, Azmi bukan pernah suarakan
apa-apa. Tak payahlah fikir sangat tentang mesranya aku dengan abang Mi kau tu…
Kitakan sama. Best friend katanya…” balasku dalam senyuman. Kemudian aku
memandang ke telefon bimbit yang tidak henti-henti bunyi deringannya
kedengaran. Menandakan banyak teks yang masuk.
Najihah membalas
senyuman. Senyuman yang sukar aku mengertikan. Mungkin Kak Lisa sendiri tidak
sedar bezanya cara abang Mi melayan aku dan dia, bisik hati kecilnya.
“ Kak Lisa tengok apa
tu?” soal Najihah.
Aku tidak berkata.
“ apa tu…?” soalnya lagi
sambil berdiri di sebelahku. Aku menunjukkan kepada Najihah isi teks yang
datang.
Ada dari Azmi.
Macam tahu saja dia yang
aku dan Najihah sedang memikirkannya. Aku ketawa dan senyum sendiri membaca
teks Azmi yang datangnya bertubi-tubi. Entah mimpi apa dia sampaikan rajin pula
hantar pesanan kepadaku. Selalunya bermusim. Sekejap dia ada, sekejap hilang.
Itu pun kalau aku tak mulakan cari, dia bagai lupa ada aku. Kadang, sengaja
jugak aku tidak mencari hinggakan akhirnya aku juga yang dapat gelaran datin
sebab kononnya aku sibuk benar sampai tidak ada masa bertanya khabar dengannya.
Aku terus terleka sampai seakan aku tidak sedar ada Najihah hinggalah
dehemannya mengganguku.
“ Apa?” tanyaku kepada
Najihah yang sedang memandangku dengan pandangan yang sukar aku mengerti. Dia
seperti sedang mengharapkan aku memberikan penjelasan. Namun keadaan antara aku
dan Najihah terganggu dengan bunyi telefon.
Nama ‘beh’ ada di situ.
Kening Najihah
terangkat.
Aku sekadar tersengih.
“ Apa?” soalku selepas
salamnya kujawab. Aku bertambah hairan pulak kerana dia tiba-tiba saja membuat
panggilan. Aku menukar mode telefon kepada loud speaker agar
Najihah boleh mendengar sama.
“ kenapa tak reply
teks?” tanyanya.
Tawaku dan Najihah
berpadu.
“ dengan siapa tu?
Soleha?” tambah Azmi lagi.
“ Taklah.. Najihahlah
beh..” sahutku dalam sisa tawa yang masih ada. Aku ketawa bukan kerana lucu
sangat tapi kerana menutupi rasa hairan bilamana Azmi sanggup menelefon untuk
bertanyakan kenapa aku tidak membalas teksnya.
“ Beh?” sambut Najihah.
Tawa Azmi kedengaran
melalui corong telefon itu.
“ Alaa Jihah, bukan kau
tau kenal dengan Kak Lisa kau ni. Diakan suka buat apa yang aku tak suka buat…
Masih ada rasa tak puas hati dia tu dari sejak mula gaduh dulu..” balas Azmi
seakan memberikan penjelasan.
“ eiih.. dah memang dari
mula kenal kita tak pernah sefahamankan…” sahutku lagi tidak mahu mengalah.
“Dah sefahaman sebetulnya, cuma
sifat tak mahu kalah tu masih ada…” balas Najihah selamba.
Aku dan Azmi memadu
tawa.
“ Sikap tu yang
membuatkan Kak Lisa dan Mi selesa bersama. Kasar bukan main bahasa tu tapi
dalam hati….. bunga-bunga riangkan..” sambung Najihah lagi berbaur usikan.
“ amboi.. ayat tu. Tak cover
langsung..” tegurku.
Azmi hanya ketawa.
“ Najihah buat apa
datang rumah datin pagi-pagi tu? Datang untuk jadi alarm datin sebab dia
tak respon langsung?” soal Azmi.
“Eeiih.. tolong sikit
ya.. Jihah datang ni sebab kau lah…” balasku sebelum Najihah sempat menjawab.
“Pasal apa pulak aku?”
soal Azmi.
“ Sebab beh dah simpan
gambar kita dan semua orang macam nak jadi wartawan bebas nak soal aku..”
balasku.
Najihah ketawa.
“ betul?” tanya Azmi
inginkan kepastian.
“ Yalah..” jawabku.
Anehnya. Azmi sekadar
ketawa. Makin lama, makin berpanjangan tawanya.
“ eeih.. kenapa macam
dah tak betul pulak ni?”
Najihah sekadar
tersengih.
“ Dia sukalah tu Kak
Lisa…” bisik Najihah.
“ best juga buat macam
tu kan. Sekali sekala jadi perhatian orang…” sambung Azmi lagi dalam tawa yang
masih lagi bersisa.
Aku mendengus.
“ hello cik abang, kalau
kau suka sangat.. baik jadi artis saja. Glamourkan diri.. hah lepas tu
banyaklah orang singgah komen..” sambungku tidak berpuas hati. Aku sempat
memberi isyarat kepada Najihah untuk duduk sama di meja kecil tidak jauh dari
situ. Aku meletakkan telefon bimbitku di atas meja kerana terasa sedikit penat
agak lama berdiri sambil memegang telefon itu. Maklum sajalah. Aku menggunakan
telefon bersaiz besar, makanya aku cepat lenguh kalau ia masih di
tangan-tangan.
“ eih sayang.. okay
apa.. kita boleh jadi the best couple..” balasnya lagi, mengusik. Aku terkejut
kecil bila dengan tiba-tiba saja tawa Najihah meletus.
“ Nakal betul lah abang
Mi ni. Kak Lisa dah muka merah nii..” sampuk Najihah dan masih lagi ketawa.
Azmi di hujung telefon hanya ketawa. Dia berpuas hati benar dengan usikannya
itu.
“ Kalau abang Mi
betul-betul nak jadikan the best couple tu sebagai realiti, hah.. apa lagi?
Pinang Kak Lisa cepat!” cadang Najihah dengan tiba-tiba.
Aku di sisi tidak
berkutik. Sekadar menjeling Najihah.
“ Eih.. kenapa datin
diam tu?” soal Azmi.
Aku diam juga. Tidak
berniat ingin menjawab. Hendak kata terasa dengan usikannya tak juga. Cuma aku
begitu sensitif kalau berbicara tentang isu perhubungan. Aku masih rasa tidak
selesa dengan hal itu walaupun sekadar gurauan.
“ Merajuklah tu…” tambah
Najihah.
Azmi ketawa lagi. Nakal
dan riang. Aku menjeling Najihah. Aku mematikan loud speaker mode dan
mendekatkan telefon ke telinga.
“ Anyway, semua
teks kau tu aku belum baca lagi.. Kenapa kau teks sebenarnya?” soalku.
Azmi berdehem.
“ Aku… aaa… aku…”
kata-kata Azmi tergantung. Bagai terkelu lidahnya. Tadi bukan main lancar dia
membuli aku.
“Kenapa beh….?” bisikku,
bagai ingin menggodanya. Nakal dan bersahaja.
Azmi diam sejenak.
Aku menggumam.
“ Nak ajak lepak lagi…
tapi kali ni aku jemput kau di rumah..” cadang Azmi lancar tapi masih
teragak-agak keseriusannya.
“ Kenapa nak jemput?”
soalku.
Najihah masih
memandangku. Mungkin dia ingin tahu apa yang aku ceritakan dengan Azmi.
“ Nanti kita pulang
lewat pulak. Kasihan kalau kau balik seorang nanti..” Azmi memberi alasan.
Aku tersenyum kecil.
Tersentuh sedikit hati perempuanku kerana sikap ambil beratnya itu.
Aku tberistighfar. Tidak
ingin mengimpikan yang tidak ada-ada.
“ Tapi tak janjilah
boleh date malam ni…” balasku. Sengajaku kuatkan perkataan date
hingga menarik perhatian Najihah di sisi. Bersinar anak matanya teruja dan
suka!
“ Erm.. okaylah kalau
begitu…” balas Azmi, bagai hampa dan kecewa.
Aku ketawa kecil.
“ Kalau aku free,
aku contact behlah yaa.. sebab petang ni aku nak pergi ke office juga..”
“ Its okay.
Utamakan yang lebih utama..” jawabnya.
Aku diketuk rasa
bersalah pulak. Aku bukannya apa. Aku tidak mahu menjanjikan pulak sebab aku
takut terlewat balik dari office. Walaupun aku akan pergi esok, cuma
petang ini aku memang perlu membuat semakan terakhir untuk beberapa kerja yang
aku tinggalkan semasa aku menjalani kursus ini.
“ Erm.. I’ll contact
later…” aku mencerahkan keadaan. Azmi bersetuju dan dia memberi salam
sebelum mengakhiri bualan. Aku merenung lama telefon bimbitku seolah-olah ada
sesuatu begitu berat yang aku fikirkan. Kadang aku tersenyum sendiri.
Aku memilih untuk
memeriksa teks yang dikirim Azmi kepadaku pada Aplikasi Whatsapp. Aku tersenyum
dan kadang tertawa kecil.
Tanpa sedar, Najihah
terus jadi pemerhati. Ringkas dia membuat kesimpulan yang Lisa dan Azmi ada
sesuatu yang keduanya tidak sedar.
Yang pasti, ada satu kenyataan.
Lelaki dan perempuan tidak boleh menjadi sahabat karib melainkan pasti nanti
ada salah seorang di antara keduanya menyimpan perasaan lebih dari kawan. Sama
ada si lelaki atau si perempuan. Mungkinkah dalam hal ini, Azmi?
Atau.. mereka berdua
memang caranya bersahabat begitu?
Entah.
Najihah juga keliru.
0 ulasan:
Catat Ulasan