BAB 2
SETIA PADA DIA
“ Suatu saat nanti akan
kaurasai sepi rinduku ini….”
Tanganku meluncur laju, menekan-nekan skrin
telefon bimbit jenama Samsung berwarna merah jambu. Aku melayari laman Instagram.
Rutinku sebelum tidur memang begitu. Suka ambil tahu apa rakan-rakan di IG
kongsikan untuk kali ini. Kemudian aku menekan notifikasi yang banyak kuterima
termasuklah nama ku di ‘tagged’ oleh Azmi.
Gambar kami berdua tadi!
Mataku liar membaca
segala komen-komen yang ditinggalkan oleh rakan IGnya termasuklah kawan-kawan
lama zaman sekolah menengah. Sehinggakan satu komen itu mengundang gundah di
hatiku bilamana komennya mendoakan aku dan Azmi bersatu. Ada juga komen yang
bagai mengenakan aku dan Azmi. Yalah, dulu kami dikenali sebagai musuh. Maklum
sajalah. Aku dikatakan berani sangat menentang Azmi yang kononnya dulu dia
seorang gangster di sekolahnya sebelum menjejakkan kaki ke menengah enam.
Hinggakan dia sempat menjerit di depanku bahwa aku berani menentang dia yang
tidak pernah sekali ditegur ketika di sekolahnya dulu. Katanya, tiada siapa
yang berani menegur.
Tiada siapa!
Aku tergelak sendiri
mengenang semua itu. Kini kemesraan itu bagai dapat dihidu oleh rakan yang lain
cuma mungkin mereka tidak yakin. Kalaulah mereka tahu kami sudah rapat setelah
enam bulan peristiwa kami bergaduh besar dulu, apalah agaknya reaksi mereka.
Pasti kami tidak henti menjadi bahan ejekkan mereka pulak disebabkan keakraban
kami begitu ketara kalau berkomunikasi melalui telefon.
Yalahkan.
Sungguh tak henti keluar
istilah benci antara aku dan dia. Sudahlah satu kelas. Bermasam muka setiap
kali berjumpa. Hendak memandang pun aku tidak sudi. Inikan pula hendak bertegur
sapa.
Click!
Kenangan lamaku
terganggu. Aku membuka mesej yang kuterima dari aplikasi Whatsapp itu.
-Beh-
Aku menggaris senyuman.
‘Bayangkan aku sebelum
tidur nampak..’
Aku mencebik. Meskipun
tekaannya itu betul-betul tepat tapi bagiku segala itu adalah misi utamanya
untuk mengambil responku untuk membalas mesej itu. Pantas aku menaip balasan
kerana aku tidak mahu kalah dengan usikannya. Sudah terbiasa begitu.
‘Mana tak bayang sebab
penuh notify aku dengan comments’
Aku menekan punat send.
‘semua sebab kau…’
Sambungku kemudian
tersenyum kecil. Aku berbaring mengiring ke kanan sementara menanti dia
membalas teksku itu.
‘Hahahaha’
Aku menarik muka.
‘ popular untuk kali
ini, apa salahnya?’
Aku mencebik.
‘ caption tu melampau!’
Sungguh aku geram dengan
Azmi ini bilamana dia meletakkan caption untuk gambar tadi di Instagramnya itu
mengada-ngada maksudnya.
‘ ‘Eisy&Azmi : us.’
Walaupun tulisan itu
nampak biasa-biasa saja tapi orang boleh menyalah ertikan maksudnya. Yang
membuatkan aku tidak mengerti bilamana dia sengaja membubuh gambar love
di situ yang aku yakin pasti mengundang salah faham rakan yang lain.
Sebenarnya, aku malas
mahu bersoal jawab. Bukan apa. Aku ni siapalah hendak disoal-siasat. Tentang
sejauhmana perhubungan kami pun boleh jadi topic utama bualan kawan-kawan kami
kali ini.
‘ Beh…’
Aku sengaja menarik
perhatiannya dengan menaip begitu berserta dengan emoticon mata cinta.
‘ hmm….’
Balasnya bersahaja. Aku
menahan tawa. Sudah aku bayangkan bagaimana reaksinya sebenar kalau aku mula
memanggilnya begitu. Mukanya yang menimbulkan geram pasti terpamer apabila aku
memanggilnya begitu. Membebel macam perempuan.
‘ Nak jujur boleh?’
‘ apa dia?’
Aku menghela nafas,
ingin menyusun kata. Hatiku bimbang sesungguhnya dan dia perlu tahu keadaanku
itu.
‘ Okay tak kau upload
gambar kita berdua..’
‘okay.. kenapa?’
Aku merenung telefon
bimbitku. Mengambil sedikit waktu untukku menyusun kata-kata yang sesuai untuk
ditulis kepadanya.
Apakah Azmi benar tidak
tahu dengan maksud pertanyaanku?
‘ tak takut jatuh saham
nanti?’
Aku menanti balasannya.
‘ nak takut apa…. Sayang
cantik betulkah sampai koleksi yang lain tercabar?’
Aku tersengih sendiri
dengan balasannya. Kalau perempuan lain, sudah pasti terasa hati dengan balasan
Azmi ini tapi aku sudah terbiasa benar.
‘ Yalah… cantikkan…’
‘ hahaa.. sayang tu tak
takut kalau tak ada guys yang approach?’
Aku mati kata. Tak
mungkin aku membuka ruang di hati ini setelah aku dikhianati. Bukan mudah untuk
aku meneruskan segalanya seperti tidak pernah kenal erti kecewa.
‘ sorry sayang..’
Aku memejam mata.
Rasanya Azmi tahu bagaimana sakitnya aku dan deritanya aku selama ini. Walaupun
dia menegur aku dengan gurauan, aku masih terasa aku perlu setia dan mempertahankan
rasa yang ku ada meskipun aku telah ditinggalkan. Walau aku tidak perlu setia
pada pemilik rasa ini sekurang-kurangnya aku masih jujur pada hatiku dengan
merelakan cinta terus ada di hati ini. Entah berapa lamakah ia akan terus
tersimpan di hatiku.
Ya Allah.
Aku memejam mata.
Telefon bernada. Aku
melihat nama Azmi tertera. Lama aku berkira membuat keputusan untuk menjawab
sebelum salamnya menyapa jelas di pendengaranku.
“ marah?” soalnya. Kali
ini berlainan sekali nadanya.
Aku mengetap bibir.
Entah mengapa, rasa sayu menjalar di hatiku. Mengguris perasaanku lebih dalam.
Luka lagi hati ini.
“ sorry sayang.. beh tak
maksudkan apa-apa…” pintanya bersungguh-sungguh.
Aku mengesat hujung mata
yang berkaca dan menggaris senyum. Bukan kerana dia memujuk dengan kata maaf
tapi kerana dia membahasakan dirinya dengan panggilan beh kerana dia amat tidak
suka dengan panggilan itu.
Kemudian aku melepas
tawa kecil.
“ romantiknya guna nama
beh…” usikku manja tapi bermaksud memperlinya.
Azmi merengus kasar.
“ Ingat aku suka?”
Aku tergelak besar
sebelum tawaku mati saat mendengar pintu bilik di ketuk kuat bertalu-talu.
“ Dah tengah malam ni
Lisa..” abah bersuara dari luar bilik. Aku menekup mulut.
“ Maaf abah…” jeritku
dari dalam bilik. Kemudian aku kembali mendekatkan telefon.
“ Kau lah tu. Abah dah
marah..” tegurku.
“ Eleh.. dia yang gelak
macam hantu.. salahkan aku pulak..” balas Azmi.
Aku ketawa kecil.
“ Macam ni lah. Bagitahu
abah yang bakal menantu dia buat lawak. Gerenti abah tak marah punya,…” sambung
Azmi lagi dengan usikan gila-gilanya.
“ aah.. malas aku nak
layan kau ni..” pintasku.
Tawa Azmi kedengaran riang.
Kemudian dia kembali menyepi. Hanya ada antara aku dan dia bunyi penghawa
dingin bilikku dan hela nafasnya.
“ ‘Eisy,. Selamat ulang
tahun.. Maafkan aku dengan sikap aku dimula kita kenal dulu..” Azmi mula
bersuara serius.
Aku mengigit bibir.
“ Cara kita lainkan.
Orang berkenalan dan menjadi kawan rapat dengan cara yang mesra tapi kita
lain.. kan?”
Aku tersenyum sendiri.
Azmi seakan ingin membawa aku kembali mengingat kisah lalu. Kisah bagaimana
bermulanya kami berkenalan. Kisah enam tahun dulu. Kisah yang asalnya
menjauhkan aku dan dia.
“ Biarlah cara kita
begitu… sekurang-kurangnya nanti bolehlah kita cerita pada anak cucu cicit kita
nanti…” sambungku agar suasana tidak menjadi canggung.
Tawa Azmi kedengaran.
“ Esok tak kerja?”
soalku, sekadar ingin tahu.
“ Kerja… kenapa? Nak
lepak minum lagi?” balasnya dengan pertanyaan juga.
Aku tergelak kecil.
“ taklah…” jawabku
jujur. Lagipun, aku banyak urusan dalam kerjaku bermula hari esok.
“ habis tu?” soalnya
lagi, bagai memaksa aku memberi jawapan yang lebih memuaskan hati.
“ Hai.. tak boleh takkan
tak boleh tanya?” tanyaku lagi.
Azmi ketawa.
“ bolehlah.. Cuma
lain..” balasnya menyuarakan kehairanan dalam nada yang masih bersisa tawa.
Aku mendengus kasar.
“ Yalah yalah. Lepas ni
malas aku nak ambil tahu hal kerja kau..” balasku serius.
“ eleh… malaslah aku nak
pujuk kau kalau kau nak merajuk..”
“ ada aku kata nak kau
pujuk?” balasku berterus-terang. Walaupun aku begitu ingin tahu bagaimana cara kawanku
ini memujuk perempuan. Lagipun, aku anti benar dengan insan-insan yang bermulut
manis. Boleh meluat habis.
Kemudian antara kami
sunyi lagi.
“ ‘Eisy.. dah lewat..”
Aku sekadar menggumam.
Tanpa sedar, suasana itu mengusik hati Azmi. ‘Eisy kadang boleh jadi begitu
mesra dan memikat. Sayangnya, sudah lama batas wujud di hati. Sudah tertulis
bahawa status keakraban dia dan ‘Eisy hanyalah kawan. Terlalu sayang
perhubungan itu untuk dinodai dengan rasa cinta.
“ Kalau beh nak tidur,
tidurlah..” balasku perlahan. Aku juga merasakan suasana yang aku cari-cari
selama ini. Rasa ingin terus menyayangi dan disayangi. Sayangnya, Azmi bukan
orangnya.
Tidak mungkin aku
lupakan bekas tunanganku.
“ Memanglah.. nak
teman?” soalnya mengusik.
Aku tertawa kecil.
“ Kau ni kan.. nak aku
tumbuk tak?” marahku, pura-pura garang.
“ Eleh.. sekadar
penumbuk kau tu kan, belum tentu aku kritikal lagi…” ejek Azmi selamba.
Aku mengetap bibir,
menahan rasa geram.
“ Dari kau tumbuk, baik
kau duduk dan lihat aku tidur. Dapat juga pahala…” sambung Azmi lagi.
“ Hoi cik abang, kau tu
bukannya laki aku untuk aku lihat dan dapat pahala…”
“ Kita kahwinlah..”
Aku tergelak.
“ Lawak kau ni bila dah
nak tidur tu makin merepek. Dahlah. Tidur!” putusku.
Azmi sempat berkata itu
dan ini sebelum perbualan kami diakhiri dengan ucapan malam dan bunyi ciuman
layangnya.
Memang gila-gila Azmi
ni.
Aku kemudian meletakkan
telefon di sisi lampu tidur. Aku menekan suis lampu tidurku dan sekelip mata
cahaya di bilik tidurku menjadi suram. Tidak seperti tadi. Aku memeluk erat
bantal tidurku sebelum aku terus melayan perasaan. Masih terbayang kenangan
lalu yang menyakitkan.
Aku beristighfar.
Ya TUHAN, belum redha
lagikah aku dengan kehendakMU?
0 ulasan:
Catat Ulasan