SETIA PADA DIA
“ Suatu saat nanti akan kaurasai sepi rinduku ini….”
‘Eisy Mukhleesa dan
Azmi Hadri bersahabat baik. Bermula dari insiden pertama menjejakkan kaki ke
menengah enam bawah sehinggalah masing-masing dengan kerjaya sendiri. Dari mula
benci sepenuh hati dan bertukar menjadi rapat begini. Waktu memisahkan keduanya
kerana berubah haluan namun mereka tidak pernah terputus hubungan. Cuma, jarang
sekali bertemu. Kisahnya ’Eisy dan Azmi aneh. Antara keduanya tiada rahsia. ’Eisy
boleh jadi diri sendiri bila bersama Azmi. Segala yang dia punya, Azmi perlu
tahu dan segala tentang Azmi ada dalam genggamannya. Ringkasnya, sebegitu intim
persahabatan mereka. Sayangnya dalam perhubungan cinta, ’Eisy merasa kecewa dan berputus asa maka Azmilah
tempat mengadunya. Kerana terlalu rapat sebegini, Azmi dan ’Eisy tidak perasan
yang sebenarnya mereka saling memerlukan, saling sayang antara satu dengan yang
lain namun tidak berdaya menyuarakan ‘keinginan’ yang dirasa. Kadang ’Eisy
keliru dan Azmi menjadi hilang arah. Benarkah ’Eisy mahu jadi seseorang yang
istimewa apabila setiap kali Azmi menyuarakan hasratnya dalam gurauan dan ’Eisy
sekadar tertawa? Azmi sendiri tidak tahu, kemana perginya perhubungan yang ada.
Tambahan lagi, dulu ’Eisy memang gila-gila tapi semenjak ada kerjaya sendiri
dia semakin menarik hingga Azmi tidak percaya sebegitu drastik perubahan ’Eisy
di matanya. Entah selama mereka bersahabat, pernahkah ’Eisy terfikir seandainya
mereka bersatu menjadi suami isteri pulak? Azmi berserah takdir. Jika berjodoh,
dia akan setia.
0 ulasan:
Catat Ulasan