BAB 1
SETIA PADA DIA
“ Suatu saat nanti akan
kaurasai sepi rinduku ini….”
Senja itu kembali
menjadi saksi. Menemukan aku dan Azmi semula setelah hampir 4 tahun tidak
bertemu. Walaupun kami kadang bertanya khabar melalui telefon tetapi belum
mesra seperti ini. Sampai mengambil keputusan nekad bersua muka. Dalam telefon,
nakal kami bukan main. Hairannya saat berjumpa, ada malu-malu lagi. Kadang
hanya saling berbalas senyuman.
Kekok jadinya!
Aku
menyimpan senyum mengenang semua ini.
“
Dah banyak berubahkan…” Azmi bersuara.
Aku mengangkat kening. Kurang mengerti dengan
pernyataannya itu. Boleh jadi aku buat kesimpulan yang berbeza dengan apa yang
dimaksudkannya pulak nanti.
“
Yalahkan.. dulu montel sekarang dah cun kau…”
Aku tergelak kecil dengan maksudnya.
“
Ni mesti sebab kau nak aku bayar minum kita ni kan…” usikku.
Azmi sekadar tersengih. ‘Eisy memang tidak
pernah mengiakan setiap kata-kata Azmi.
“
Masih juga kau tak nak percaya dengan aku..”
“
Kaukan dari dulu suka sangat kata yang tak masuk akal, susah sangat aku nak
percaya kalau kau kata begitu dengan aku…” jawabku lagi.
Azmi ketawa. Tawanya
sesekali mengundang pandangan orang lain di sekeliling kami. Pantas aku
mencubit tangannya saat tersedar akan hakikat itu.
“ Kau ni kan.. semua
orang pandang kitalah.. ketawa tak kawal..” tegurku dengan muka-muka yang Azmi
suka gelak. Kata Azmi, muka marah-marah aku ni nampak comel. Sebab itu dia suka
usik sampai aku marah-marah. Nakal betul kawan baik aku ni.
“Yalah… kau tu comel
sangat. Nak usik pun, masih macam dulu…” sambungnya dalam tawa yang masih lagi
tersisa.
Aku tersenyum lalu
menghela nafas. Azmi kembali fokus. Menghalakan pandangannya kepadaku dan
seakan menanti aku mengatakan sesuatu.
“ Banyak yang berubah..
dan kau pun tahu hakikat itu kan…” balasku masih sekadar berbasa-basi.
Tanganku disentuh Azmi.
Aku tersentak dan
tersenyum sebelum aku menarik kembali tanganku dari sentuhannya.
“ Maaf..”
Aku mengangguk.
“ Susah aku nak percaya
lah Mi…”
Suasana antara aku dan
Azmi bertukar suram. Kalau tadi ceria, kini menjadi dingin dan sepi. Bukan
kerana mencipta sengketa tapi kerana kami sudah masuk ke ruangan bicara hati ke
hati. Rahsia yang perlu dikongsi sama secara berdepanan dan bukan lagi melalui
telefon.
“ Sudahlah ‘Eisy… bukan
jodoh…”
Aku benci benar
mendengar kenyataan itu. Bukan sekali dua tapi berulangkali. Rumitnya, mereka
tidak merasa apa yang aku rasa. Aku sendiri yang menanggung sakit dan derita
hati. Perlahan aku menunduk. Merenung jemari. Lama benar sehingga Azmi
menyentuh jemariku dan menarik keluar cincin yang ada di jemari manis kananku.
“ Beh.. janganlah…”
Azmi merenungku.
“ Berapa kali nak kata
ni ‘Eisy. Buang kenangan tentang dia. Dah tak ada jodoh kau dengan bekas tunang
kau tu. Dia kan dah kahwin. Dah bahagia..” tegur Azmi dan nadanya kedengaran
keras. Cincin yang diambilnya itu cincin tanda pertunanganku setahun yang lalu.
Seseorang yang pernah berhasrat mahu menjadikan aku isterinya tapi sakitnya dia
berubah hati memilih yang lain. Bayangkanlah peritnya hatiku menerima
segalanya.
Aku membalas pandangan
Azmi. Lalu, helaan nafas kasar aku lepaskan. Keadaan tegang antara aku dan Azmi
diselangi dengan lagu ulang tahun. Pantas pandangan aku alihkan kepada pekerja
Coffee Bean & Tea Leaf itu. Ingin tahu kemana kek itu dibawa. Menghairankan
apabila dia berhenti di hadapan kami. Kemudian disimpan di hadapanku. Semua
orang yang ada di situ kemudian menyanyikan lagu ulangtahun.
Aku melihat pada kek
yang tertulis ucapan ringkas.
‘with love,.. Beh. To
you sayang, happy birthday…’
Aku menelan liur apabila
aku menjadi tumpuan mereka. Aku memandang Azmi yang menayangkan muka selambanya
di hadapanku. Sorakan menyuruh aku meniup lilin semakin nyaring. Antara mahu
dan tidak, aku menurut. Tepukan gemuruh memenuhi ruang. Aku memotong kek
pelangi yang dilimpahi coklet itu dengan hati senang.
Azmi masih ingat
ulangtahunku. Geram benar jugak sebab selamba dia buat depan semua orang
kejutan ini.
“ tolong bagi yang lain
jugak yaa…” pesanku kepada pekerja CB itu setelah aku selesai mengambil
bahagianku dan Azmi.
“ Tak apalah, ambil yang
ni juga. Kami share…” sambung Azmi dan menyerahkan piring kecil kepada
pekerja itu.
Aku kemudian kembali
memandang Azmi. Tanpa suara sehingga kulihat Azmi melarikan anak matanya seiring
dengan senyuman nakal di bibirnya.
“ Benci betul aku dengan
kau ni kan…”
Azmi ketawa.
“ Kau tu asyik nak marah
memanjang. Chill lah sayang… Syukuri nikmat yang Allah beri. Dah bertambah
umur, semoga makin matang..”
Aku tersenyum. Senang
dengan doanya.
“ Yalah beh… terima
kasih untuk semua ni…” balasku antara ikhlas atau tidak. Namun maksudku hanya
sekadar melayan usikannya.
“ Selfie jap…” ajaknya
sambil duduk rapat di sebelahku. Telefon bimbitnya di depan dan click!
Sebegitu cepat memori
antara kami dirakamkan.
“ Ni boleh upload di
IG ni..” sambungnya lagi sambil menunjukkan kepadaku antara memori yang sempat
dirakamnya. Dari muka terkejut sampailah muka yang Azmi kata comel sangat. Muka
terkejut yang selamba itu Azmi kata comel.
Eeee…. Geram betul aku
dengan dia ni!
Namun aku selesa dengan
keadaan ini. Sungguh aku ingin bertanya seandainya kawan kami yang lain
menanyakan kemesraan ini kerana dia berniat mahu mendedahkan hubungan ini ke
media social. Bukan apa. Kerana dulu kami berkawan secara tertutup dan
benar-benar rahsia sampai tiada siapa yang tahu aku rapat dengannya kecuali
kawan rapat perempuanku Najihah. Najihah kuanggap macam adikku kerana segalanya
tentang aku juga dia tahu. Kuanggap dia adik kerana beza umur kami hanya dua
minggu. Kerana dia hormat aku katanya. Mudahnya, aku dan Najihah termasuklah
Azmi berkawan baik. Sangat rapat. Cuma layanan Azmi berbeza dengan Najihah.
Lain dengan Najihah dan lain dengan aku. Azmi punya alasan tersendiri cuma aku
malas hendak bertanya lanjut. Entah dia masih merasa begitu atau pun tidak, aku
kurang pasti. Pasal pertemuan kami ini pun, Najihah belum tahu.
Sungguh aku tidak sangka
pertemuan pertama setelah berpisah lama ini dimulakan dengan kenangan indah.
Yang aku kenal, Azmi bukan jenis begini dulu. Dulu, dia membebel panjang bila
aku panggil dia ‘beh’, nama singkatan untuk bebeh sedang dia memanggil aku
dengan panggilan sayang kerana aku geli dan tidak suka dengan panggilan itu.
Bukan apa, dulu kami mengejek pasangan kekasih yang menggunakan panggilan itu.
Hairannya sekarang, aku dan Azmi sudah biasa dengan panggilan itu. Tiada merasa
apa, apatah lagi terkesan dengan maksud panggilan itu.
Sekarang, dia makin
lain.
Pandai ambil hati
walaupun sikap tidak seriusnya masih ada.
Jangan ada makna yang
lain juga, sudah!
0 ulasan:
Catat Ulasan