BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sabtu, 5 Februari 2011

bab 25- Vila bahagia (ilham dari full house)

          Sesampainya di rumah tempat kami tinggal sementara itu, aku terus masuk tanpa menunggu Iman. Rasa sebal masih terasa dengan kata-kata Kamarul yang menyinggung perasaanku itu. kalau aku ceritakan semuanya kepada Iman, tidakkah nanti Iman berjauh hati dan pasti juga dia akan melancarkan perang dingin lagi denganku.
        “ Kenapa?” soal Iman memulakan bicara seraya dia menutup daun pintu dan menguncinya. Aku yang sedang melepaskan lelah di sofa masih diam. Bukannya aku enggan menjawab pertanyaannya itu tapi aku belum bersedia menjawabnya.
        Iman melabuhkan punggungnya di sebelahku.
        Aku menghela nafas berat. Terasa amat berat permasalahan yang aku tanggung sekarang. Semuanya bermula dari telegram, masalah nenek Huda yang sedang sakit dan lagi satu masalah dijodohkan! Semuanya membuatkan aku tersepit dan sukar membuat keputusan.
        Iman menyentuh tanganku lembut. Aku membalasnya dengan pandangan sekilas.
        “ Iman.. saya rasa tak tahan dengan semua ini. Boleh tak kita balik?” rayuku perlahan dengan suara yang sudah berubah sendu.
        Iman terkedu.
        “ Apa masalahnya, Farah?” tanya Iman cuba berdiplomasi.
        Aku menarik muka.
        “ Berat...” aduku.
        “ Apa dia?” tanya Iman lagi.
        Aku mengubah caraku duduk dengan bertentangan dengannya.
        “ Sejak telegram itu datang, saya rasa tak tenang.. Mana dengan masalah nenek, mana lagi dengan masalah dijodohkan..” sambungku dengan kusut.
        Iman tertawa kecil.
        “ Sayakan ada..” jawabnya bersahaja.
        Aku mengeluh.
        “ Ini seriuslah Iman..”
        Keningnya terangkat.
        “ Apa pulak masalahnya lagi?” soal Iman tidak berpuas hati.
        Aku berpeluk tubuh sambil menghadapnya.
        “ Kalau masalah ini kecil bagi awak tapi tidak bagi saya..” suaraku sudah bertukar nadanya.
        “ Yalah, soal apa pulak lagi?” tanya semakin memaksa.
        “ Kamarul..”
        “ Kenapa dengan dia?”
        “ Dia persoalkan dengan saya soal perjodohan itu..” jawabku.
        Iman tersentak. Tidak sangka itu sebenarnya permasalahan yang dipikul Humairaa.
        “ Awakkan dah ada saya..” jawabnya tidak berpuas hati.
        Aku mengangguk.
        “ Itu saya tahu dan saya sudah nyatakan kepada dia tapi kalau saya tolak perjodohan itu, saya dan ibubapa saya tidak akan dimaafkan oleh nenek langsung, Iman...” serak suaraku hampir menangis.
        Iman terdiam.
        Aku menggigit bibir. Melihat perubahan pada wajah itu, aku semakin tersiksa. Bukan hanya dia yang merasakan kerana aku juga begitu. Bukan kerana aku sayang pada ikatan yang kami bina tapi aku lelah membuka harapan dan cerita baru dalam hidupku.
        Aku menarik kedua belah tangan Iman dan menggengamnya erat.
        “ Tolonglah saya Iman..” rayuku dengan airmata yang hampir jatuh. Hanya dia harapanku yang ada dan tempatku sandarkan segalanya. Bukan aku berharap tapi aku tahu Iman tidak akan menghampakanku.
        Iman masih membisu. Aku semakin bingung. Bingung dengan reaksinya setelah aku menceritakan segalanya.
        Please say something...” rayuku lagi.
        Iman tersenyum kelat.
        Okay.. I’ll say something to Kamarul..” jawab Iman akhirnya.
        Dia mengesat bekas airmataku yang jatuh.
        “ Dahlah.. jangan nangis..” pujuknya.
        Aku berusaha meredakan tangis. Rasa syukurku kerana Iman mahu membantuku.
        “ Tapi awak berapa lama lagi stay di sini?” tanyaku.
        Dia tiba-tiba mengukir senyuman nakal.
        “ Kenapa?” soalnya.
        “ Saja nak tahu..” jawabku bersahaja.
        Iman mencebik.
        “ Takut rindu?” tambahnya lagi.
        Aku mencubit tangannya menyahut usikannya itu.
        “ Rindu-rindu tak mainlah...”
        Iman mencubit kuat pipiku. Aku mengaduh sakit.
        “ Kalau geram sekalipun, janganlah cubit.. buatlah yang lain..” marahku padanya.
        Iman melepaskan tawa.
        “ Buat lain?” soalnya dalam nada nakal.
        Aku terdiam. Mengetap bibir. Wajahnya semakin didekatkan ke sisiku. Aku hanya mampu menelan liur. Rasa menyesal kerana berkata begitu.
        “ Boleh tak?” bisiknya di telinga kananku.
        Aku menggigit bibir. Rasa tidak lagi mampu berkata dalam situasi itu.
        “ Yang...” panggilnya lagi. Meskipun niatnya sebenar mengusik, tapi nadanya tetap menyentuh hatiku. Dan getaran itu semakin terasa bila ciumannya tiba-tiba singgah ke pipi kananku. Tersedar akan hakikat itu, aku menolak dadanya.
        “ Dahlah..” rayuku minta dilepaskan. Namun Iman hanya ketawa. Walaupun hubungan kami kelihatan mesra tapi keadaan itu ada pasang surutnya. Kadang-kadang boleh jadi mesra seolah-olah pasangan bercinta dan kadang-kadang boleh berubah dingin seakan-akan dikunci bibir dari bersuara.
        “ Selagi masalah kita di sini belum selesai, saya tak akan tinggalkan awak..” ucapnya tiba-tiba menusuk hati.
        Masalah kita... ungkapan itu terngiang-ngiang dipendengaranku.
        “ Farah..” panggil Iman perlahan.
        Aku memandangnya.
        Ciuman hangatnya singgah ke dahiku tapi aku hanya kaku di situ. Tingkah Iman semakin membuatkan perasaanku ingin dekat padanya sedangkan aku sedar aku harus ingat akan sesuatu yang berkemungkinan terjadi.
        “ Apapun yang terjadi, biar saja terjadi...”
        Aku hanya memandang si gerangan yang berkata tanpa sebarang jawapan.

0 ulasan: