BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Selasa, 8 Februari 2011

bab 26- vila bahagia (ilham dari full house)

        Hujan lebat membasahi bumi namun majlis pengebumian itu tetap jua diteruskan. Kini nenek Huda sudah pergi meninggalkan kami di dunia ini. Rasa ngeri dan bermaca pengalaman yang kualami tapi aku pasrah dengan apa yang terjadi. Sebelum menghembus nafasnya yang terakhir, nenek sempat meminta maaf kepadaku kerana telah mengabaikanku selama hidupnya kerana dendam terhadap ayah dan ibu. Meskipun pada mulanya aku bagaikan terkedu namun aku harus redhakannya. Walau apapun yang terjadi pasti ada hikmahnya. Sebagai manusia, kita hanya mampu merancang perjalanan hidup ini namun yang melaksanakan takdir itu TUHAN yang kuasa. Aku berserah andai ini jalan yang terbaik untuk aku lalui.
        Sayu rasanya saat mendengar talqin dibaca. Semuanya mengingatkanku tentang saat kematian yang akan dihadapi oleh semua insan di dunia ini yang masih bernafas. Terciptanya manusia dari tanah maka akan kembali jua ke tempat asalnya.
        Bahuku digamit seseorang. Saatku memegang tanah kubur yang masih merah itu aku mula rasakan getaran lain. Bukan sedih namun hatiku rawan dengan pemergiannya. Belum sempat aku rasakan kasihnya namun inilah takdir yang harus aku terima.
        “ Sudahlah.. doakan saja kedamaiannya di sana..” pujuk Iman di sebelahku. Aku sedar, Iman tetap memberikan aku semangat di saat aku rasakan kekesalan yang datang. Walaupun orang ramai sudah beransur pergi, ditambahan lagi dengan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan namun aku masih lagi berteleku di situ. Rasa timbul insaf di hati betapa inilah yang TUHAN tunjukkan di atas dosa besar yang dilakukan namun aku tidak mahu mengaibkan keluargaku sendiri. Inilah iktibar yang harus aku jadikan pegangan dalam hidup agarku tidak tersesat jalan dan berjalan di atas paksi yang betul. Yang aku tahu dan pernah pelajari, dosa menyekutukan kekuasaan ALLAH itulah dosa yang tidak akan diampuniNYA. Aku hanya mampu memohon, semoga apa yang pernah dilakukan nenek akan diampunkan ALLAH. Manusia mudah khilaf namun itu bukan alasan untuk menidakkan kekuasaanNYA. Aku tahu mungkin juga kerana pemikiran yang sempit atau lantaran didikan agama yang kurang teguh makanya arwah berdamping dengan ‘benda’ itu. Syukurlah ustaz semalam dapat menyelesaikannya dengan izin ALLAH. Kalau tidak, aku pasti menjadi sasaran untuk mewarisi ‘benda’ itu.
        Iman menarik tanganku dengan perlahan untuk bangkit dari situ. Aku menurutinya dan memulakan langkah meninggalkan tempat bersemadinya arwah nenek.
        “ Kita balik hari ini..” khabar Iman sambil memimpin tanganku. Aku yang di sisi hanya mampu kelu. Enggan lagi terkeluar suara kerana aku amat tersentak dengan kejadian yang terlalu tiba-tiba kualami ini. Terlalu singkat dia datang dan terlalu cepat juga dia pergi. Tidakkah itu menyedihkan?

0 ulasan: