BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Isnin, 14 Februari 2011

bab 28-Vila bahagia (ilham dari full house)


Langkahku hampir mati saat terpandang insiden yang berlaku di depan mataku. Saat pintu bilik pengarah utama itu kuselak, dua susuk tubuh itu mengguris sekeping hatiku. Sedang berpelukan dan terdengar esak tangis seorang perempuan. Dan sebagai perempuan yang punya status isteri kepadanya, dimana letak harga diriku bila suamiku berlaku curang di hadapan mataku?
        Briefcase yang pegang terjatuh secara drastik. Bukan niatku mengejutkan mereka tapi itu refleksi dari drama itu. sekeping hati ini tersayat apa lagi saat kutahu yang di hadapanku itu suamiku sendiri dan bekas kekasihnya, Maya. Alasan apa lagi yang ingin aku dengar dari Iman?
        “ Farah...” itu ungkapan pertama yang kudengar setelah dia sedar akan kehadiranku akibatku detakan begnya yang jatuh. Pelukannya yang tadi kelihatan kejap sudah dilepaskan. Entah itu reaksi sengaja atau entah. Aku tidak mampu lagi memberi jawapan untuk setiap pertanyaan yang kian berlegar di kepalaku. Berdenyut-denyut menambahkan seksa. Inikah yang Iman selalu lakukan di belakangku?
        Aku menapak ke belakang saat dia bersedia menghampiriku. Airmata yang tadinya degil untuk terluah, kini sudah bermain di tubir mataku. Makin berat rasanya menahan getar ini kerana aku merasakan payah menahan maksud yang ketara menguasai ruang perasaanku.
        “ Jangan dekat Iman..” suaraku kedengaran tersekat-sekat menahan rasa hati yang kurasakan bila-bila masa saja akan meledakkan rasa amarah. Mataku tajam memandang Maya yang nyata mempamer wajah serba-salah. Tidakkah ia rasakan maruahnya sebagai wanita amat rendah kerana menagih kasih suami orang?
        “ Kalau kau rasa kau masih ada harga diri, kau pergi Maya sebelum aku hilang pertimbangan!” ugutku dengan suara kasar. Rasa kesal usah ditanya. Membakar hatiku dengan semarak dendam.
        “ Farah!” tegur Iman dengan lantang.
        Aku tersentak. Amat tidak menyangka Iman memilih untuk mempertahankan dia di hadapanku berbanding berhadapan denganku yang sedang ingin tahu penjelasannya atas perbuatannya lewat sebentar tadi.
        “ Balik sekarang..” arahnya tegas. Entah arahan itu untuk aku atau Maya, aku sendiri kurang pasti lagi. Namun melihat Maya enggan melangkah, aku pantas mengorak langkah.
        “ Detik ini juga, Farah Humairaa yang awak nikahi ini tidak kenal awak, Encik Iman..”  ucapku dengan payah tapi aku terpaksa. Iman nampaknya sedikit pun tidak mahu memberikan penjelasan apatah lagi menerima kedatanganku di syarikatnya. Niatku semuanya punah. Ini yang ingin Iman persembahkan padaku?
        Airmataku jatuh. Satu demi satu. Aku rasa benar-benar tertipu. Lantaran tidak mahu terus-terusan dipandang oleh anak buahnya, aku mempercepatkan langkah. Ingin pergi jauh dari hidupnya. Mungkin tidak ingin kembali. Atau...

0 ulasan: