BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Isnin, 14 Februari 2011

Bab 27- Vila bahagia (ilham dari full house)

         Sejak pulang dari kampung, aku lebih banyak mendiamkan diri. Mungkin ia kesan dari pemergian nenek. Mama pula sudah mengambil keputusan sendiri untuk menetap di rumah mereka yang dulu. Kata mama, mahu membuat aku dan Iman merasai manisnya hidup berumah tangga. Keputusan mama hanya membuatkan aku semakin sunyi tinggal di vila. Iman pula, sejak kebelakangan ini selalu saja balik lewat dan dia semakin lama semakin lupa pada syarat-syarat perjanjian yang sudah dipersetujui. Meskipun syarat-syarat yang aku kenakan bersifat kebudak-budakan, namun aku sengaja melakukannya kerana aku mahu melihat sejauh mana kesungguhan Iman mematuhinya.
        Kring kring!
        Lamunanku terhenti saat terdengar bunyi telefon itu. deringannya memaksaku untuk mengangkatnya walaupun pada awalnya aku terasa amat malas untuk bangun dari tempatku duduk.
        “ Humairaa...” suara di balik corong telefon itu memanggil namaku dengan perlahan. Nadanya aku kenal. Itu Hanani.
        “ Kenapa?” soalku pula. Agak malas. Hilang segala mood bila terfikir akan perubahan Iman.
        “ Kau tak sihat ke?” tanyanya sedikit risau.
        Aku ketawa kecil.
        “ Taklah.. okey ni..”
        “ Betul ni?” paksanya lagi, inginkan kesungguhanku di balik jawapanku yang kedengaran bersahaja.
        “ Yalah mak cik...” selorohku nakal.
        “ Okeylah kalau begitu.. Erm, eh aku nak minta tolong sikit...” balas Hanani serius.
        Aku mengerutkan dahi.
        “ Apa pulak kali ini?” soalku malas.
        Dia ketawa kecil.
        “ Briefcase Iman tertinggal katanya. Dia pesan, kalau kau tak keberatan dia nak kau tolong hantarkan..” lebar Hanani menjawabnya kepadaku.
        “ Eish... kenapa pulak aku... Tak ada pun dia pesan begitu...” rungutku lagi.
        “ Sebab dah 10 kali dia call kau, kau tak jawablah...” bebel Hanani lagi.
        Aku menelan liur.
        “ Eh, betul ke?” soalku sedikit kaget.
        “ Yelah cik kak..” jawab Hanani lagi.
        Aku mengakhiri perbualan dengan segera. Lantas, pantas saja aku berlari ke tingkat atas untuk menukar pakaian dan berkira-kira mahu pergi ke syarikatnya. Lagipun, waktu sudah menghampiri tengahari dan tak salah aku mahu mengajaknya makan bersama. Sebagai tanda terima kasih kerana menemaniku di kampung minggu lalu. Ah.. mungkin!

0 ulasan: