Selendang Biru_[ Warnanya mengelirukan kenyataan yang terpendam, lembutnya membuai angan yang nyatanya satu pembohongan]
Sinopsis
Penelitian yang dimulakan di suatu tempat membawa dua sahabat ke satu rahsia lama yang belum dirungkai. anehnya, saat tiba di destinasi itu hanya Khalilah yang merasakan keganjilan dan seramnya perkampungan itu. Dalam menyemai ilmu didikan agama yang semakin meruncing, Izzah kawan karib Khalilah hampir tenggelam dengan pelbagai bayangan bohongan. Hampir saban hari Khalilah merasakan ketidakselesaannya dan kerana tidak mahu tujuan tersasar, dia memilih untuk mendiamkannya saja.
Perasaan itu tidak tergantung di situ saja. Dia bertemu dengan seorang ustaz dan menceritakan segala misteri yang dirasakan. di sini dia kenal erti rahsia dendam. Di sini dia tahu apa itu ilmu hitam dan di sini jugalah dia merasakan deritanya menyimpan perasaan.
Sebagai hamba Allah, dia perlu ada pedoman. Sebagai khalifah di muka bumi dia perlu berani melawan musuh manusia yang membawa kesesatan. Pemberian seseorang nenek tua akan sehelai selendang biru membawanya ke dunia lain yang hampir menggadai nyawanya. Warnanya mengelirukan kenyataan yang terpendam, lembutnya membuai angan yang nyatanya satu pembohongan. Jika dia manusia yang tidak punya pegangan, mungkin dia yang akan jadi mangsa manusia yang penuh dendam dan dengki. Tapi, kenapa ada sinar yang memberikan dia kekuatan di sebalik bening mata seorang mu'alim yang begitu banyak berahsia?
Nantikan kisahnya di bulan MAC, Insya Allah.
P/s: terima kasih di atas sokongan ANDA.
0 ulasan:
Catat Ulasan