BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sabtu, 14 Mei 2011

Bab 1- Epilog cinta Isabella

Bab 1
Epilog Cinta Isabella
Bawaku pulang ke ruang rindumu

Harzy Isabella binti Saiful Morgane
Pengarah Eksekutif Morgane Ent.

            Hah.. itu papan tanda yang terpampang di muka pintu bilik di pejabat yang aku diami sekarang. Dulu, sewaktu papa masih ada, bilik ini menjadi rumah kedua papa. Selalu saja papa pulang lewat demi menaikkan miliknya ini dengan bersungguh-sungguh. Setelah papa tiada, aku sebagai anak tunggalnya dipaksa mewarisi kekayaan papa yang kurasakan hingga ke generasi ke 9 pun belum tentu habis. Aku tidak suka dengan dunia perniagaan. Aku paling tidak suka dengan dunia nombor. Semuanya mengaburi mata dan membuatkan aku selalu tenggelam dengan kesibukan.
            Sibuk mencari duit dan kekayaan.
            Triiit! Tritt! Triit
            “ Yes, Laila?” soalku melalui corong telefon.
            “Mrs. Isabella, your mummy on the phone..” khabar setiausaha kesayanganku.
            Aku mengeluh.
            Mummy!
            Mahu apa lagi mummy kepadaku?
            Pass to me the line please, thank you..” aku bersuara malas. Sambil itu juga, aku meneliti fail perkembangan projek pembangunan pusat peranginan yang baru yang masih lagi dalam perancangan.
            “ Isabella?” panggil mummy.
            Aku cuma menggumam. Tidak kepingin untuk membalas sapaan mummy.
            Your husband is home now. Why don’t you just come back?” mummy sudah mula bersuara memberi arahan lagi. Memang sejak aku menjadi isteri si kuku besi dan panas baran itu, aku selalu pulang lewat kerana rasa menyampah bila melihat mukanya. Asal bertemu saja, pasti ada saja yang tidak kena dimatanya. Sengaja mencari kesalahan. Aku ingin sangat segera berpindah dari rumah mummy kerana aku mahukan kebebasan dalam hidup.
            “ Are you listening, Isabella?” mummy bersuara lagi. Kali ini nadanya tegang dan hampir saja marah.
            “ Yes mummy, im on my way..” balasku seraya mematikan panggilan.
            Aku terus bersandar di kerusi empuk yang pernah menjadi persinggahan papa. Aku melepaskan keluhan berat.
            Papa.. dimanalah papa jumpa mummy yang selalu saja suka sebelahkan Arif. Ramai orang kata, aku mirip mummy. Kacukan wanita Scotland yang aku sayangi itu. Yang kontras sekali, aku bukan mewarisi sifat mummy yang suka mengalah. Aku tidak mahu ditindas oleh lelaki yang tidak tahu menghargai wanita. Sejak papa meninggalkan aku dan mummy, kami hidup kesunyian meskipun rumah yang besar itu dimeriahkan dengan pembantu-pembantu yang diupah oleh papa. Aku selalu terkenangkan papa, kerana dia selalu saja mengucapkan janji untuk membuat hidupku dan mummy bahagia. Sejauh ini, ya.. papa memang telah mengotakan janjinya. Namun, papa pasti lupa. Anak gadisnya ini terluka dengan perkahwinan rancangan keluarga yang telah dipersetujui papa sejak 15 tahun yang lalu.
            Adilkah itu papa?
            Semuanya bermula sejak papa berkenalan dengan sebuah keluarga yang telah menyelamatkan papa dari kebakaran rumah di Scotland dulu. Kerana keluarga berbangsa Melayu itulah, papa terhutang nyawa dan budi. Hidayah diberi kepada papa, Alhamdulilah. Hingga ke hari ini, aku keturunan papa mewarisi agama Islam yang suci. Kalau pelat bahasaku, itu sudah menjadi sesuatu yang tidak asing. Walaupun bahasa Inggeris menjadi bahasa biasa di rumah, namun mummy tetap memaksaku untuk selalu bertutur menggunakan bahasa Melayu apabila bergaul dengan masyarakat ataupun hal ehwal yang berkaitan di pejabat kecuali apabila bersama dengan mummy.
            Hal inilah yang membuatkan, suamiku Arif menyampah.
            Aku tersenyum sendiri bila terkenangkan semuanya. Bersama nafas baru, aku pantas mencapai kunci kereta Mazda RX8 kesayanganku untuk bergegas pulang bertemu sang ratu di hati dan juga si kuku besi!

1 ulasan:

cikpah berkata...

ohhh.. kiranya isabella ni mmg mat saleh pure laa... mak dia scotland n bapak dia pn convert islam...