BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Selasa, 17 Mei 2011

Bab 6-Epilog cinta Isabella

Bab 6
Epilog Cinta Isabella
Bawaku pulang ke ruang rindumu

Perjalanan yang memakan masa lama itu akhirnya tamat. Kereta besar milik Arif meluncur bebas memasuki simpang kecil. Di sekelilingnya terbentang sawah padi yang luas, ada kerbau-kerbau membajak tanah dan juga ada petani yang sibuk bercucuk tanam. Kampung Arif ini cuacanya cerah. Tidak seperti di lebuh raya yang tadinya mencurahkan air hujan dengan lebat.
Aku mengerling jam di dashboard.
Baru menunjukkan ke angka 3 petang! Patutlah masih terik lagi. Di satu tempat, aku terlihat ada sebatang anak sungai yang airnya masih jernih. Ada beberapa orang kanak-kanak berkeliaran di situ, sepertinya sedang memancing ikan saja. Entah dapat entah tidak. Namun, yang aku pasti mereka nampak gembira.
Seronoknya menyaksikan panorama yang jarang sekali aku nikmati di bandar. Adakah ini persekitaran hidup Arif sewaktu kecil?
Sesungguhnya, sudah lama aku tidak menjejaki kaki ke kampung ini. Seingatku, papa juga berasal dari kampung ini tapi papa lebih senang bertahan di bandar. Namun begitu, papa tidak pernah sekalipun lupa akan asal-usulnya. Aku pernah jua dibawa papa kemari, itupun sewaktu aku berumur 6 tahun, kalau aku tidak silap.
“ Semua orang nampak gembira..” luahku kepada Arif sambil memandang tepat kepadanya.
Yes.. ofcourse..” balasnya dengan bangga.
“ Sebab itu I bawa you ke sini..” sambungnya.
Aku mengangguk saja. Kiranya, aku senang dengan rancangan yang sebenar membawaku mengikutinya balik ke kampung.
“ Anggap saja ini destinasi bulan madu..” usiknya pula.
Aku menjelingnya.
Kereta benar-benar diberhentikan di hadapan sebuah rumah kayu yang masih lagi kukuh dan cantik seni-binanya. Walaupun sudah berusia, namun rekaannya sangat memuaskan hati.
Arif mempelawaku keluar untuk meninjau keadaan rumah.
“ Eh, kenapa rumah ini macam tak ada orang tinggal lagi?” tanyaku hairan. Ini kerana di berandanya saja ada terdapat habuk dan pasir yang berterbangan memandangkan rumah ini berhadapan dengan pantai pula.
“ Ini rumah yang ayah beri I..” jawabnya bersahaja, yang sibuk memunggah keluar barang-barang dan beg yang kami bawa dari bandar tadi.
So, rumah ayah dimana?”
“ Hujung simpang sana lagi..”
Aku terasa hampa. Nampaknya, belumlah ada lagi kesempatanku untuk berkunjung ke rumah sebenar keluarganya. Meskipun terasa begitu, aku masih jua mendekatinya.
“Kunci?” soalku sambil menyuakan tapak tangan.
Arif merengus geram.
Aku sekadar tertawa nakal. Dia tidak menolak untuk memberiku jua kunci rumah itu lalu aku berlari-lari anak menaiki anak tangga untuk membuka pintu.
Wah… indah sekali isi di dalamnya. Lengkap dengan perabot dan barang-barang antik! Di satu ruangan berdekatan dengan bilik tamu itu, ada sebuah piano lama.
Aku suka.
“ Arif, faster please!” laungku dari dalam rumah, sedangku terleka meninjau sekeliling isi rumah miliknya. Dari satu ruangan ke ruangan yang lain, semuanya cantik dan indah saja. Benar-benar membuatkan aku puas hati. Perabotnya dari kayu, ada almari antik lagi, ada gambar..
Eh? Gambar pernikahan kami?
“ Bila gambar ini digantung?” soalku pada Arif yang sudah masuk di ambang pintu bersama beg yang besar. Nafasnya nampak termengah-mengah tapi tidak aku hiraukan kerana aku tahu, dia tidak akan mudah letih.
“ Dua hari lepas kita nikah..” balasnya seraya menghampiriku.
Arif menarik tanganku dan membawaku menuju ke ruangan dapur.
You have to cook for me..” ucapnya.
Aku mengerutkan dahi.
“ Saya mana tahu masak..” akuiku.
Kalau setakat masak air dan maggi itu, okeylah. Itupun, kalau dia sanggup makan makanan segera saja dariku, aku tidak akan menolak untuk memasak.
Dia tersenyum sinis.
“ Belajar..”
Aku mengetap bibir.
No such romantic feeling!” pantas aku berlalu keluar dari dapur itu. Namun, langkahku tidak terlalu jauh bila dia pantas saja menarik tanganku kembali dan dia memelukku dari arah belakang.
Aku mendiamkan diri. Menunggu dia mengatakan sesuatu.
“ Bukankah itu nanti will make us become closer?” bisiknya.
Ah.. mengarut!
Its impossible..”
Lalu aku menolak tangannya dan berjalan menuju ke bilik tidur utama.
“ You nak join I satu bilik?” soalnya dari belakang, dengan nada suara yang nakal sekali. Hairan benar, moodnya berubah dan tidak nampak dingin seperti selalu.
“ Kalau you sampai hati nak biarkan I takut, tak apa..” aku mula menyemai rasa rajuk tapi bukan betul sebenarnya. Aku terus berpatah balik dari menuju ke bilik utama itu dan melabuhkan punggung di kerusi kayu di bilik tamu itu.
Arif nyata hanya melepaskan tawa.
“ You ingat I kejam sangat?” soalnya sambil melabuhkan punggungnya jua di sebelahku.
Aku mengangkat bahu saja.
“ Isabella..” panggilnya dengan manja-manja.
Aku mendengus.
“ I nak minum..”
Aku menjelingnya tapi aku berdiri terus menuju ke dapur. Aku membuka peti sejuk dan nyata, ada sekotak minuman oren di dalamnya.
Hairan.. macam dijaga juga rumah ini.
Aku mencapai gelas dan menuangkan air itu ke dalamnya. Kemudian aku keluar semula bersama dengan segelas air oren buatnya.
Thanks..”
Aku mengangguk dan duduk semula di sebelah. Aku melihat dia menghabiskan minumannya dengan pantas yang nyata sekali menunjukkan yang dia benar-benar dahaga. Dia kemudiannya meletakkan gelas itu di atas meja kaca di hadapannya.
Aku tiba-tiba berkeinginan sesuatu. Aku mahukan Arif membawaku bersiar-siar di kampungnya ini bermula esok. Biarlah hari ini kami berehat saja memandangkan dia keletihan kerana memandu dengan terlalu lama.
“ Arif..” panggilku dengan manja.
Aku memberanikan diri duduk di atas pangkuannya dan terus memeluk lehernya dengan tangan kananku. Aku perasan dia menelan air liur. Aku tahu dia kurang senang dengan caraku mendekatinya ini tapi aku tidak peduli. Asalkan dia mahu menunaikan hajatku ini, itu sudah memadai.
“ Kenapa?” tanyanya sambil melarikan anak matanya dari memandangku yang sengaja merenungnya. Dalam hati, aku menyimpan tawa melihat kekalutannya.
“ Boleh tak esok you bawa I jalan-jalan?” soalku lagi sambil membelai wajahnya dengan jemariku.
Arif menelan liur. Dia sedar Isabella mahukan perhatiannya tapi caranya itu terlalu menggoda. Dia tidak ingin kalah pada keinginan fitrahnya sebagai lelaki. Dia masih belum mahu bergerak sejauh itu.
Okey.. as you wish..” jawabnya ringkas.
Aku terus merasa girang tidak terkira. Aku suka sekali dengan keputusannya. Tanpaku sedar, aku terus mengucup pipinya sebagai tanda terima kasih kepadanya.
Arif hanya terpaku.
Kucupan itu, mendebarkan hatinya.

1 ulasan:

cikpah berkata...

isabella sangat cool!!! saya suka!! relaks je dier..