BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sabtu, 14 Mei 2011

Prolog-Epilog cinta Isabella

Bawaku pulang ke ruang rindumu
Prolog

            “ Ingat.. pernikahan ini hanya pada sekeping kertas sahaja!” suara itu berdentum, memecah gegendang pendengaranku. Kertas yang sudah ditandatangani sang suami itu dilempar ke wajah isteri yang baru dinikahinya. Meskipun ucapannya itu menyakitkan hati tapi aku lebih senang berdiam diri.
Salahnya aku juga.
Kenapalah aku setuju sangat menerima lamaran rombongan pak Ngah minggu lalu?
            “ I benci you dan seisi keluarga you!” sambungnya lagi, suamiku yang bernama Arif Haikal itu.
            Aku mencebik.
            “ Terpulang..” balasku selamba.
            Aku sendiri sudah tidak tahu bagaimana lagi mahu mengakhiri pertelingkahan yang baru saja bermula ini. Seusai majlis pernikahan tadi, aku terus masuk ke dalam bilik kerana itulah arahan pertama yang aku terima sejak menjadi isterinya. Sungguhpun rupanya mirip tunangan sebenarku dulu tapi yang ini sifatnya sangat berbeza.
Panas baran, egois dan melampau!
            Ah.. sebelum terlupa, dia saudara kembar bekas tunanganku. Afif Haikal namanya. Ada peristiwa yang membuatkan kami terpaksa disatukan hari ini. Kalaulah boleh aku katakan inilah takdirku, mungkin aku akan pasrah saja tapi yang nyatanya, seperti ada rancangan yang aku sendiri pun tidak tahu.
            “ Arif.. awak harus ingat satu perkara.. selama saya masih bergelar isteri awak, sekalipun saya tidak akan melutut dan tunduk pada keegoan awak..” aku bersuara dengan berani.
Aku sebenarnya geram dengan dua beradik ini. Kerana Afif, aku terpaksa bernikah dengan Arif pula, abangnya yang selalu saja tidak kena dimataku.
            Alasannya?
            Afif telah menghilangkan diri di hari pernikahan.

1 ulasan:

cikpah berkata...

baru baca prolong pn dah tao yg cita ni bestttt!!!!!!! hahahaaa..=D