BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sabtu, 21 Mei 2011

Bab 10-Epilog cinta Isabella

Bab 10
Epilog Cinta Isabella
Bawaku pulang ke ruang rindumu

Malam itu aku rasakan terlalu lama bertukar siang. Aku sudah tidak sabar lagi menunggu ketibaan Pak Amin esok hari. Sejak bertengkar dengan Arif tadi, dia langsung tidak menjenguk aku. Entah sudah makankah dia atau belum, itu aku tidak tahu. Aku benar-benar sudah berpatah arang dengan sikapnya.
Aku memilih untuk keluar dari bilik itu setelah lama benar berkurung. Sungguhpun sebenarnya aku hairan kerana Arif tidak memilih untuk memujukku walaupun kami berkongsi bilik.
Mungkin dia berada di bilik tidur yang satu itu.
Tengah-tengah malam begini, suasana di kampung sungguh sunyi. Aku melangkah perlahan menuju ke piano yang ada berhampiran bilik tamu itu. Waktu dulu, aku suka menghabiskan masa luka, marah, sedih dengan mengilhamkan semua dalam irama piano sentuhan jemariku. Namun, sudah lama aku tidak begitu.
Dink dink!
Piano itu mengeluarkan irama.
Ah.. peduli apa kalau Arif tersedar sekalipun!
Dink dink dink dink dank!
Hm.. masih baik dan ada kualiti.
Aku menggosok-gosok kedua belah tapak tanganku. Sesekali aku menarik nafas yang dalam. Adakah aku masih boleh bermain piano ini?
“ Ehem..ehem..” aku berdehem, seolah seorang pemain piano yang professional yang mahu menghiburkan saja.
Aku tersenyum sendiri, tersedar akan kenakalanku itu.
This song is for you my stubborn and egoist husband..” aku tersuara perlahan, kerana tidak mahu didengari Arif.
Seolah terlupa Isabella, Arif sebenarnya ada duduk di sofa ruang tamu itu kerana dia resah dengan kebisuan Isabella sejak mereka bertelingkah tadi. Terkejut juga dia sebenarnya kerana tidak sangka sama sekali Isabella akan keluar di tengah malam itu dan ingin menujukan lagu pula kepadanya.
Dia tidak tahu pula Isabella boleh bermain piano kesayangannya itu.
Menghitung hari..
Detik demi detik
Masa kunanti apakan ada..
Jalan cerita, kisah yang panjang
Menghitung hari…
Padamkan saja..
Kobar asmaramu..
Bila putih itu tak akan ada..
Yang aku pinta, tulus hatimu bukan puitis..
Pergi saja cintamu pergi..
Bilang saja pada semua..
Biar semua tahu adanya..
Diriku kini sendiri…
Arif terpesona mendengar alunan muzik dan irama sendu, suara isterinya itu.
            “ Biar semua.. tahu adanya, diriku kini sendiri..” itu ucapan akhir lahir dari bibirku. Jujur saja, itulah yang aku rasa. Hidup berdua tapi aku merasakan sendiri. Aku tetap merasakan Arif itu jauh walaupun sebenarnya kami dekat dan selalu bersua muka.
            Terlalu jauhkah dasar hatinya untukku selam?
            Tangan ditepuk berulang-ulang.
            Aku terkejut dan berpaling.
            Arif!
            Apa yang dia buat di dalam gelap itu? Saat mata berpandangan, aku mengalihkannya. Anak mata itu seolah-olah mahu berbicara tapi aku takut tersilap mentasfir maksudnya.
            Bukankah nanti akhirnya aku akan kecewa sendiri?
            Aku pantas saja menunduk bila dia sudah menapak di hadapanku. Aku yakin dia pasti mendengar setiap patah ucapanku.
            Dia menyentuh kedua belah pipiku dengan lembut.
            Aku memendam rasa.
            “ Isabella..” panggilnya perlahan namun aku enggan memandang.
Tahukah Arif maksudku dalam lagu itu?
            Aku menolak tangan Arif dengan perlahan. Aku tidak tahan dengan keadaan yang kelam itu. Biarlah yang berlalu ini hanya sampai di sini saja.
            Aku berpaling tapi tanganku ditariknya.
            Aku menghela nafas berat.
            “ Perlukah awak pergi esok?” soalnya seolah-olah merasa berat hati untuk membenarkan aku pergi.
            Kalaupun aku bertahan di sini, apa pulak alasannya? Dia sedikit pun tidak memberikan aku kesempatan memulihkan hala tujuku yang sudah lama tersasar dari yang kuinginkan.
            Kenapa Arif tidak mahu menjadi hero dalam hidupku?
            “ Im no body here..” balasku tanpa berpaling.
            Arif melepaskan tanganku.
            Isabella… kenapa terlalu susah untuk kita saling dekat?
Hati Arif merintih lagi.

2 ulasan:

cactaceous opuntia berkata...

adei arif ni..boleh tnye2 plak..sbb kau sendiri yg nak jauh dari isabella...eiii..geram aku la wei..adoi...yg nak uji2 sgt tu napenye..st g bile bella dah berpatah arang berkerat rotan susa plak dah nk pujuknye arif oii

sakura berkata...

boleh tak hempuk kepala si arif ni...
eiii...geram...geram...kesian bella ku...huhuuhu...boleh dia tanya macm tu...eiii...benci3!