Bab 9
Epilog Cinta Isabella
Bawaku pulang ke ruang rindumu
Arif rasa bersalah kerana terpaksa membohongi Isabella dan melukakan lagi hati kecil isterinya itu. Namun, dia tidak punya pilihan. Dia masih ingin tahu apakah hati Isabella itu masih untuk Afif, adiknya. Memang nampak bodoh kerana menyimpan dendam dan cemburu kepada Afif tapi sebagai lelaki dia tidak mahu kalah pada adiknya itu. Jujur saja, saat Afif berkasih-kasihan bersama dengan Isabella dulu Arif memang tidak senang. Dia tahu Isabella itu sepupunya hanya apabila ayah dan ibunya membawa mereka bercuti di Scotland dua tahun lepas. Pertemuan pertamanya adalah sewaktu dia ingin membeli kopi panas. Dia hampir saja terlanggar si gadis cantik bermata biru itu. Bening mata itulah seolah-olah ingin bercerita tapi enggan bersuara. Bintik-bintik salji turun, berjatuh ke rambut lurus Isabella.
Memang dia akui, isterinya itu sangat cantik. Mulanya, dia sangka Isabella itu warga negara Scotland namun setelah dia bersuara, tidak sangka melayunya fasih meskipun masih ada pelat Inggerisnya.
Dalam berfikir dan menerawang memikirkan Isabella, Arif mula tersedar. Isabella sudah jauh meninggalkannya.
Bukankah di hujung simpang menuju ke rumah itu ada anak-anak muda kampung selalu melepak? Serta-merta dia terbayang, Isabella diusik oleh mereka yang nakal itu.
Arif mengepal penumbuk.
Ini tidak boleh jadi!
Dia tidak mahu ada orang lain yang mengambil Isabella itu dari tangannya. Mereka semua harus sedar, gadis manis dan cantik itu adalah isterinya!
Maka pantas saja, Arif berlari-lari anak menuju ke rumahnya dengan baju yang basah. Larian sengaja dilajukan kerana hatinya dipagut rasa bimbang. Nafasnya tercungap-cungap sebaik saja sampai di hadapan rumah.
“ Isabella, are you okay?” Arif mula cemas bila dia ternampak Isabella memejam mata dan bersandar.
“ Yes, but not..” suara kedengaran lemah saja.
Arif mula duduk di sebelah Isabella tapi menjauh sedikit. Dia tahu Isabella tidak suka berhampiran dengan keadaan begitu.
“ Ada masalah?” soalnya ingin tahu.
Aku mengangguk.
“ Apa?”
“ My company ada masalah..” aku mengadu, seperti ingin menangis saja.
Arif hanya diam tapi matanya masih merenung jauh kepadaku. Aku ingin kembali semula ke bandar, hari ini juga! Kalau tunggu Pak Amin datang menjemput, pasti keesokkan hari baru aku sampai.
“ Arif, lend me your car, please..” aku merayu. Berharap Arif akan membantu aku meringankan masalahku ini.
Arif tiba-tiba saja berdiri.
“ No Isabella!” dia bersuara tinggi dengan wajah yang tegang.
Aku terkilan. Tidak sangka sama sekali Arif tidak akan bertolak-ansur langsung dengan masalahku. Aku pantas berdiri jua dan bertentangan dengannya.
“ Awak tahu tak masalah saya besar? Ada kes pecah amanah di pejabat. Hampir $100 ribu duit sudah hilang.. Awak masih berdegil tak benarkan saya memandu kereta awak tu!” aku sudah melancarkan perang mulut bersama dengan Arif.
Arif berwajah serius. Sebenarnya dia bimbang akan keselamatan Isabella. Dia tahu kesnya berat. Jika dia benarkan meminjam keretanya sekalipun, dia takut Isabella akan tergesa-gesa dalam pemanduannya. Dia tidak mahu Isabella terlibat dengan kemalangan nanti, hanya kerana kecuaiannya. Namun, dia tidak jua mahu meninggalkan kampung ini. Dia ada tujuan tertentu mengapa dia memilih untuk bertahan di kampung ini.
“ Call saja Pak Amin and ask him to fetch you here!”
Aku tidak menyangka sama sekali dia akan memberikan aku cadangan bodoh itu.
“ You’re selfish. Childish!” aku bersuara lantang dengan berani.
Arif masih berpeluk tubuh. Memang dia sengaja menguji kesabaranku saat ini.
“ You lebih sayangkan kereta you daripada masa depan I. what kind of husband you are??” marahku lagi.
“ I tak pernah lamar you untuk jadi isteri I. so you better jangan salahkan I”
Aku tersentak mendengar ayat itu. Nampak benar seolah-olah aku yang terhegeh-hegeh bersuamikan dia.
Aku tidak minta!
Aku tidak mampu lagi membalas dengan kata-kata bilamana harga diriku sebagai isterinya tak pernah dihargai. Aku menggenggam kedua belah jemariku, bersama dendam baru. Aku terus berpaling untuk masuk ke dalam rumah dan menghempas daun pintu dengan kuat. Hanya dengan cara itu saja aku boleh menunjukkan rasa protesku dengan sikapnya yang tidak tahu bertimbang rasa itu.
Aku pantas melangkahkan kaki menuju ke bilik tetamu dan menguncinya dari dalam. Mulai saat ini, semua masalah, hal aku tidak akan mengadu lagi padanya! Dan… aku hanya mahu menguruskan hidupku saja!
Itu tekad hati luka Isabella.
3 ulasan:
adoi..bertambah rumit pulak..ape la arif ni pn..adei
adoyai....arif2....
perghhh... ayat arif makan dalam 2...
Catat Ulasan