BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sabtu, 14 Mei 2011

Bab 2-Epilog cinta Isabella

Bab 2
Epilog Cinta Isabella
Bawaku pulang ke ruang rindumu

            Sampainya di rumah yang tersergam indah dan cantik itu, aku mematikan enjin kereta. Aku mengerling jam tangan sekilas dan nyatanya, sudah menuju ke angka 10 malam. Aku keluar dari perut kereta dan menyerahkan kunci kepada Pak Syuib supaya dia dapat memarkirkan keretaku itu di dalam garaj, seperti selalu.
            “ Selamat malam, puan..” Pak Syuib sempat menyapaku.
            Aku hanya menggangguk bersama senyuman. Aku mempercepatkan langkah menaiki anak tangga untuk menuju ke pintu utama.
            Alamak!
            Mummy sudah pun menunggu sambil berpeluk tubuh.
            Habislah!
            Dengan perlahan, aku memasuki rumah. Aku menghulur tangan kepada mummy untuk bersalaman dengannya. Mummy menyambut jua walaupun aku tahu, mummy sedang memendam rasa marah kepadaku. Lepas bersalaman saja, aku terus menaiki anak tangga untuk menuju ke bilik tidurku.
            Well  Isabella, mummy rasa your husband masih belum makan malam lagi..” mummy bersuara, bersama pelat Inggerisnya yang masih lagi kedengaran tulen setiap kali dia bertutur dalam bahasa Melayu.
            Tanpa menoleh ke arah mummy, aku mengeluh. Itu bermaksud, aku mesti menyediakan makan malam Arif dulu sebelum berehat panjang!
            “ Baiklah mummy…” balasku seraya mempercepatkan langkah.
            Aku memulas tombol pintu bilikku dan kulihat, Arif sedang berteleku di sejadah. Aku menutup daun pintu dengan perlahan dan bergerak menuju ke katilku. Aku menghempaskan tubuh yang penat dan menggeliat semahuku.
            “ Baru balik?” Arif bersuara, seperti selalu. Niatnya, hanya menyindir saja. Lantaran tidak mahu memanjangkan isu, aku berdiam. Aku teruskan saja niat berbaring sambil membelakanginya dan memejam mata, berharap kepenatanku akan berlalu pergi bersama ketenangan baru.
            “ Pergilah mandi!” arahnya lagi sambil berusaha menarik aku untuk bangun dari situ.
            Aku merengus geram.
            “ Sibuk!” marahku tanpaku sedar dan selamba saja aku mencapai tuala dan berlalu ke bilik mandi. Aku paling tidak suka bila dipaksanya apatah lagi, meskipun sudah hampir sebulan menjadi isterinya sekalipun dia tidak pernah berlaku sopan kepadaku. Sesuka hatinya saja memberi arahan seperti aku ini kuli dalam hidupnya.
            Bagaimanalah dia boleh menjadi seorang guru sedang sifat penyayang itu tidak aku nampak?
            Aku keluar setelah puas berendam di bawah air hujan di bilik air. Aku keluar dengan hanya berkemban saja. Aku memang sengaja begitu untuk menguji ketabahan jiwanya melihat aku. Sebenarnya, bukan aku tidak tahu memahami setiap kali pandangannya bila melihat aku dalam keadaan begitu, tapi siapa suruh dia berlagak sombong?
            Aku ketawa kecil di dalam hati tapi bersahaja aku menuju ke almari untuk mengambil pakaian dan kembali semula ke bilik air. Aku keluar semula setelah lengkap berpakaian dan menuju ke meja solek. Aku mengeringkan rambutku yang hanya separas bahu itu menggunakan tuala kecil.
            “ Awak dah makan?” soalku sambil mengenakan krim di muka.
            “ Belum..” balas suamiku itu. Saat ini dia sedang meneliti sesuatu di atas meja belajarku yang kini sudah menjadi pusatnya menyiapkan kerja sekolahnya. Maklumlah, kerjanya sebagai pensyarah itu kadangkala memerlukan hampir sepertiga malam untuk dia menyediakan persediaan mengajar.
            Aku mendekatinya sambil melihat kali ini subjek apa yang dia sediakan.
            Yes?” soalnya sinis.
            Aku mencebik.
            “ Kalau awak nak makan, saya sediakan..” balasku, walaupun letih tapi aku masih mahu menjalani tanggungjawab selagi aku masih sah menjadi isterinya.
            Dia menghela nafas. Anak matanya selalu saja dilarikannya daripadaku. Entah kenapa, dia selalu saja berusaha menjauhi aku dari terus membiarkan aku menyelami isi hatinya. Apakah sebelum dia menikahiku, dia sudah mempunyai kekasih hati?
            You can have your rest and I don’t need else..” balasnya dan terus saja dia meneruskan kerjanya yang tertunda akibat kehadiranku.
            Aku mengeluh.
Itulah sombongnya dia kepadaku.
Tapi aku tidak mengalah setakat di situ saja. Aku memilih untuk berdiri di belakangnya pula dan menyentuh bahunya dengan kedua belah tanganku. Aku segera memicit bahunya dengan perlahan tapi bukan dengan niat ingin menggoda atau mencari perhatiannya. Aku sekadar mahu dia melepaskan beban tekanannya di sekolah yang dibawanya pulang setiap kali dia kembali ke rumah. Saat itu, aku dapat rasakan respon positifnya yang menerima perilakuku itu.
            Well  Isabella, bila kita nak pindah?” soalnya kepadaku tapi tangannya sibuk menulis sesuatu.
            “ Terpulang kepada awak..” jawabku bersahaja. Aku sebenarnya lebih senang berbahasa melayu dengannya tapi dia pulak lebih suka berbahasa Inggeris-Melayu setiap kali berkata denganku. Alasannya dulu, kerna dia mahu aku sedar aku adalah keturunan bangsa penjajah.
Lupakah dia, aku juga berdarah Melayu?
            Dia menarik tanganku kemudian dan memintaku duduk di sebelahnya.
            “ Mummy?”
            Aku mengangkat bahu.
            Bukankah sebagai ketua keluarga, dia yang sepatutnya membuat keputusan itu?
            “ Nanti you sedih bila tak bersama mummy..” balasnya lagi, seakan-akan memperli aku. Aku memanglah rapat dengan mummy tapi tidaklah sampai tidak boleh berpisah. Walaupun aku keturunan Inggeris, aku jua mendalami agama yang sama sepertinya. Aku juga tahu, bila sudah menjadi isteri itu, aku harus taat kepada suamiku. Tapi, aku tidak akan menyatakan prinsipku itu kepada Arif kerana aku tidak mahu nanti dia menggunakan kuasanya sebagai suami pulak untuk menjatuhkan aku.
            Up to you, Arif.. I would not mind..” balasku dengan malas kerana sedang berusaha untuk tidak mewujudkan pertelingkahan. Kalau selalu saja asyik bertelingkah, dimana letaknya toleransi?
            Dia mengangguk-angguk saja.
            I know my wife more richer than me, so you tak kisah kita tinggal rumah dua tingkat saja?” soalnya kepadaku tapi sinis saja nadanya.
            Dia ingat aku ini berkira sangat? Harta yang aku ada sekarang pun hasil usaha papa dan papa tinggalkan untuk keturunannya. Yang untungnya, kerana aku saja zuriatnya makanya aku senang mewarisi kekayaannya. Dalam hal ini, bukanlah aku tidak mengizinkan dia menggunakan keuntungan yang aku ada, tapi dia lebih berkeras untuk menolaknya. Kononnya, itu akan merendahkan harga dirinya sebagai suami. Sesungguhnya, aku tidak pernah sekalipun menganggapnya begitu. Dia saja yang selalu berburuk sangka kepadaku. Aku tidak pernah melarang atau menegurnya jika sekalipun dia mahu menggunakan wang simpanan yang telah mummy daftarkan atas nama kami sebagai hadiah perkahwinan kami. Cuma dia saja yang tidak sudi.
            “ Arif, as long as it brings comfortable to us.. Its enough, okay?..”
            Lantas, aku tinggalkan dia di situ untuk membuat keputusan sendiri. Aku sudah malas untuk memikirkan kemahuannya yang harus aku turuti saja. Sudahnya nanti, aku saja yang tertekan. Dengan langkah bahagia, aku menuju ke katil queenku. Aku sempat menoleh padanya lagi sambil duduk di atas katil itu.
            “ Arif sayang, please don’t stay too long tonight sebab saya dah mengantuk to the max.. Lampu tu, please make it dim..” aku sempat berpesan lagi sebelum aku hanyut di balik kedinginan penghawa dingin yang menyejukkan bilik tidur kami.
            Arif hanya melepaskan keluhan. Sang hatinya sebenarnya menginginkan Isabella menemani malamnya seperti yang dibuatnya minggu lalu, tapi dia tidak mahu menyuarakan hasrat hati kerna tidak mahu Isabella berfikir dia dambakan kehadiran isterinya itu. Dia tidak mahu Isabella bertepuk tangan andai saja dia mengandaikan dia jatuh ke tangan wanita keturunan bangsa panjajah itu.

1 ulasan:

cikpah berkata...

hahaha... si arif ni anti mat saleh ka?? ni mesti sbb ego yg lebih2 ni...