BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Khamis, 5 Mei 2011

Sinopsis- Epilog Cinta Isabella

Sinopsis- Epilog Cinta Isabella.

        Isabella.. lambang cinta dua di dunia.
        Cinta itu akan datang dan pergi dan akan datang lagi. Mulanya Isabella tidak percaya, cinta kepada si adik bolehkah berubah kepada si abang? Meskipun hatinya seringkali disakiti tapi dia sekalipun tidak pernah berasa kecewa. Namun, sekeping hati yang sudah rapuh itu patah jua kerana cinta sang suami tidak pernah ada.
        Benarkah haluan hidupnya akan terpisah hanya kerana namanya Isabella?

        Arif Haikal dan Afif Haikal.
        Saudara kembar yang meminati wanita yang sama. Sayangnya, saat Afif disuruh mengahwini sepupunya yang keturunan bangsa Inggeris itu, dia melarikan diri ke negeri lain. Sudahnya, abangnya Arif harus menunaikan amanah itu. Hati mana yang tidak marah, hati siapa yang tidak kecewa apabila cinta yang ada pada isterinya itu adalah cinta buat adiknya. Lantaran itu, di mana harga dirinya sebagai suami di mata isterinya? Salahkah jika dia bersikap dingin bila isterinya sendiri seperti menginginkan dia dan seperti menolaknya jua?
        Hingga di satu garisan, dia menyerah.. wanita keturunan bangsa Inggeris itu membuat hatinya berbunga.
        Epilog cinta Isabella.. Arif ingin melengkapkan kisahnya mereka berdua, menyimpul ikatan bahagia lalu tertulis pada sekeping hatinya yang bisu; bawalah aku pulang ke ruang rindumu.. mahukah Isabella menunaikannya?

3 ulasan:

adela berkata...

salam hani.. tak sabar nk tunggu entry seterusnya...

Tanpa Nama berkata...

menarik.. tak sbr nk tggu next entry... smbg cpt2 k...

Hani Zaidah berkata...

Hai semua.. sorry sebab lama tak up-date.. tapi, just wait yaa.. tak lama lagi saya up-date.. :)