BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Selasa, 17 Mei 2011

Bab 8-Epilog cinta Isabella

Bab 8
Epilog Cinta Isabella
Bawaku pulang ke ruang rindumu

Lama aku terpegun, terpesona dengan ciptaan di hadapanku. Pandanglah saja, dari kanan ke kiri, depan dan belakang.. wah,, indahnya pemandangan dan damai sungguh rasanya. Barulah aku tahu, betapa seronoknya merasa suasana kampung. Semasa aku masih kecil, aku tidak merasakan membesar dengan persekitaran suasana tenang ini. Selalunya, akan berlalu dengan bunyi kesibukan kota yang selalu saja menggangu damaiku. Itulah bumi asing yang juga tempat lahirku.
Letaknya tempat kesayangan Arif-seperti yang didakwanya- ini tidak jauh benar. Di hadapan rumah Arif pula merupakan anak sungai yang bertemu dengan pantai. Selalu saja boleh dilihat pada waktu petang, kanak-kanak akan turun memancing beramai-ramai. Makanya, dua kilometer lagi, sampailah ke destinasi air terjun kesayangannya ini.
Pada mulanya, aku memang kekok rasanya berjalan kaki berdua bersama dengan Arif. Tambahan lagi, orang-orang di kampungnya baru pernah aku lihat dan aku pasti juga mereka baru pernah melihatku. Mungkin juga mereka hairan dengan rambutku yang berwarna keperang-perangan asli ini dan anak mata yang berwarna biru muda. Memang, aku akui..wajahku tidak nampak wajah melayu tapi jangan sekali-kali menyangka aku tidak fasih dengan bahasa itu.
Aku berasa senang duduk di atas batu besar ini sambil memerhatikan curahan air terjun yang tidak terlalu lebat itu. Udaranya dingin dan mampu benar mendamaikan hati yang resah. Aku senang melihat Arif basah di bawah air terjun itu. Katanya, dia sudah lama tidak mandi seperti itu. Makanya, pagi itu aku selesa mengikutinya melihat air terjun itu.
“ Isabella, join me here…” Arif mempelawaku sekali lagi kerana sebelum sampai lagi tadi, Arif memang mempelawa aku untuk basah bersama.
Aku menggeleng. Senang menolak kerana aku bukan jenis yang tahan berendam di bawah air. Mungkin kerana tidak berpuas hati dengan penolakanku, makanya dia menghampiri aku yang hanya sedari tadi duduk saja melihatnya. Dia basah di balik baju itu. Mempesona bentuk tubuhnya.
“ You tak akan rasa semua ini bila dah balik nanti..”
Aku tersenyum saja. Aku mempelawanya duduk di sebelahku meskipun dia dalam keadaan kuyup begitu. Tapi, tidak menginginkan dia dekat saja!
“ Selalu awak datang sini waktu kecil?” soalku memecah suasana bisu. Desiran air, deruan angin yang perlahan menjadi latar suasana kami berdua saat ini.
“ Yeap.. with Afif..”
Aku tersentak. Nama itu disebut Arif, entah dia sengaja atau memang dia mahu berkongsi cerita saja. Bila pandangan kami bersatu, aku membuang pandang. Arif sepertinya ingin mencari reaksiku saja saat menyebut namanya di depanku.
“Oh ya,. For a very sudden I remember a thing. Siapa yang hantar mesej pada awak pagi-pagi tadi? Ganggu saya tidurlah..” aku membuka topik lain untuk mengubah suasana. Benar, aku baru teringat dan ingin bertanya. Aku merasa hairan kerana ada pesanan masuk ke telefon bimbitnya seawal jam 5 pagi tadi. Bukankah dia sedang bercuti kerana para pelajarnya melalui cuti semester?
Wajah Arif berubah tapi dia berusaha nampak tenang.
“ Julia..”
Aku tersentak lagi.
“ Siapa dia?”
Arif menggaris senyuman kelat.
Student I..”
Aku menghela nafas. Pelajar Arif? Apa pulak tujuannya menghantar pesanan ringkas seawal jam itu kepada suamiku?
“ Dia kata, dia tak dapat tidur. Dia tidak tahu nak buat apa. Dia nak I beri motivasi or else atau luangkan masa temankan dia breakfast..” panjang lebar Arif memberitahuku isi pesanan itu.
Hati terasa lain mendengarnya.
“ She asked that to my husband?” aku bertanya tapi seperti menyindir saja.
Arif tidak bersuara.
Apakah begini akan aku lalui sepanjang menjadi isteri Arif? Saat-saat suamiku sendiri akan diburu oleh pelajarnya?
“ Dia tak tahu I dah kahwin..” balasnya, cuba membela.
Aku tersenyum sinis.
Yes. I’m sure you will not tell her..” balasku dengan suara yang sudah berubah nadanya.
So then what?” soal Arif tidak berpuas hati.
Aku berpeluk tubuh.
“ I menyesal ikut you balik sini!” balasku. Aku benar-benar rasa kecewa dengan sikap Arif yang dalam diam rupanya menjalinkan hubungan dengan pelajarnya sendiri. Aku hanya menyedarinya apabila sudah berada di sini. Kalau aku tidak berada di sini, aku tidak akan tahu langsung akan perkara ini.
“ Huh, begini cara awak dengan pelajar? Mesra sangat..” sambungku, dengan nada suara yang sinis dan sudah kira-kira mahu berlalu di situ.
“ Eh you Scottish.. kalau tak tahu apa erti budaya pergaulan orang Melayu.. you better don’t talk about it!
Aku merasakan, saat ini darah sudah tersirat sampai ke kepalaku. Dengan dada yang sudah mula berombak, aku memaksa menahan marah. Merah padam muka menahan rasa tapi aku tidak mahu meluahkannya. Aku tahu berkata kasar, aku akan mendapat dosa.
I’ll be back home now!” aku membuat keputusan untuk balik ke bandar semula. Lebih baik tinggalkan dia sendiri di sini daripada dia memilih untuk menanam rasa dendam dan benciku dengan sikapnya secara perlahan-lahan. Aku terasa hati benar bila dia tidak pernah menganggapku berketurunan melayu. Apa dia sangka, aku sombongkah dengan status keturunan Scotland itu?
“ Suka hati..” Arif membalas selamba.
Fine! Please,. Have a great vacation!”
Aku pantas berlari-lari anak meninggalkan dia di situ untuk menuju ke rumahnya semula. Aku nekad, setelah berkemas nanti aku akan segera pulang ke rumahku. Lebih baik aku habiskan masa dengan hal pejabat daripada berdepan dengan manusia yang tidak ada perasaan itu!
Aku tidak henti-henti membebel sepanjang perjalanan pulang ke rumah. Siapa yang tahan dengan sikapnya yang sombong dan selalu mengada-ngada itu? Sengaja benar dia menguji kekuatan hatiku yang sudah lama rapuh ini. Lupakah Arif yang aku sebenarnya memilih dia adalah untuk melindungiku dari segala kesakitan masa lalu?
‘ You have received one message’
Aku merengus. Dalam sibuk-sibuk aku membebel pun telefon bimbit aku pula ambil kesempatan nak ber’manja’ di saat mood aku tak baik ini. Namun, kerana perasaan ingin tahu, aku menyeluk juga telefonku itu di dalam kocek seluar. Aku duduk sebentar di beranda rumah untuk mengetahui berita apa yang dikirimkan kepadaku.
‘ Miss Isabella, sorry to interrupt you, can I make a call now? Urgent..’
Aku rasa berdebar-debar saja. Pejabat ada masalah ke?
‘ Yes.. call me then..’
Balasku dengan pantas dan menekan punat ‘send’
Tidak lama kemudian, talian mula masuk.
“ Yes, Laila?” sambutku tanpa sabar.
“ Sorry miss, I have to inform you..” Laila mula berbahasa. Suaranya kedengaran cemas saja dan semakin membuat aku berdebar-debar.
“ Our company got a major problem”
Aku menelan liur.
What was it?” soalku tidak sabar. Kepalaku sudah terasa hendak pecah kerana sudah mengandaikan yang bermacam-macam.
Almost 45% of our budget have been cashed out, over limited to certain unknown project. I’ve got checking some other details but no answer at all. That budget, we’ve plan to use for this new resort project..
Aku terpempan mendengar khabar itu. Tanpa sedar, aku tersandar di dinding kayu itu. Hampir tidak percaya dengan berita buruk yang baru saja kudengar itu. Bayangkan saja, itu baru 4 hari aku tidak menjenguk pejabat sudah ada kes pecah amanah dengan wang pejabat.. apa agaknya kalau dua minggu aku tidak datang?
What we should do now, Miss Isabella?”
Aku termangu. Setiap patah, butir bicara setiausahaku itu membuat fikiranku melayang. 45 peratus bukan nilai yang sedikit. Itu mencecah ke $100 ribu ringgit.
Dimana aku nak cari duit untuk timbal semula wang itu?
Miss.. are you still there?”
Aku sudah tidak tertahan lagi. Rasa ingin menjerit dan menangis saja semahuku. Itu baru masalah pertama yang kuhadapi setelah mengambil alihnya dari papa.
“ Laila, call any security accountant department. Ask them to hack the programme and force them to get the person!” aku bersuara tegas, memberi arahan dalam perasaan yang sudah berkecamuk. Benci benarku dengan orang yang berusaha menjatuhkan aku dengan cara yang kotor itu.
Kenapa, dia tidak cukup kuat untuk menentang aku secara terang-terangan?
“ Err.. Miss Isabella, our member are not around..”
Aku semakin tertekan.
Just do what ever you think it is reasonable, Laila!” suaraku sudah mula meninggi lagi.
Aku mengenggam tangan kananku. Membara benar rasanya kemarahanku.
But, to bad to say.. All our programme have been shut down and can’t be opened at this time..”
Aku hampir tidak terkata.
What??”

1 ulasan:

cactaceous opuntia berkata...

uiks...bankrupt ke nanti..dah tu kene dok kg?uih2...