Bab 4
Epilog Cinta Isabella
Bawaku pulang ke ruang rindumu
“ Isabella, Arif.. come join mummy..” mummy bersuara ketikaku beriringan menuruni anak tangga bersama dengan Arif menuju ke meja makan. Sarapan pagi sudah tersedia. Pastilah pembantu rumah baru mummy yang sediakan. Kalau mummy, hanya pada waktu-waktu yang dirasakannya istimewa saja dia akan menyediakan hidangan buat kami sekeluarga.
Aku menarik tangan Arif mendekati meja makan yang besar itu. Aku sengaja berlaku mesra di hadapan semua keluarga kerana aku mahu mummy senang dengan keputusanku yang ingin bernikah jua dengan Arif demi keluarga Pak Ngah.
Aku menghulurkan pinggan dan beberapa keping roti yang sudah disapu dengan jem kepada Arif. Dia menyambutnya dengan wajah bersahaja. Sempat lagi dia mengusikku dengan menunjukkan kesan merah yang ada di leherku. Aku menjengilkan mata dengan usikannya itu. Aku tidak mahu mummy perasan kerana jika mummy tahu, pasti mummy akan memanjangkan usikan jua.
“ Isabella, tak pergi kerja?” tanya mummy dengan pelat Inggerisnya yang masih lagi beku. Mungkin kerana selalunya, aku akan turun juga ke pejabat walaupun hari minggu. Jadi, pastilah mummy hairan melihat aku melekat pula di rumah.
Aku menggeleng saja untuk menjawab pertanyaan itu.
“ How about the new project?”
Aku melabuhkan punggung dulu untuk duduk di sebelah Arif sebelum membalas pertanyaan mummy.
“ So far so good, mummy..”
Arif masih diam di sisi.
“ Kebetulan kita sudah duduk sini ramai-ramai, mummy nak offer both of you join mummy balik Scotland this month..” mummy bersuara lagi dengan teruja.
Aku hampir tersedak saat menghirup Milo panas itu. Arif pantas saja memberiku tuala kecil untuk membersihkan sisa yang tertaburan itu. Aku menoleh Arif di sisi, mengharapkan dia yang menjawab pelawaan mummy untuk membawa kami pulang ke tanah kelahirannya itu.
“ Great plan mummy, but I and Isabella dah plan untuk bercuti di kampung saja..” Arif membalas dengan sopan tapi aku tidak senang dengan cadangannya yang tiba-tiba itu. Lagipun, walaupun aku adalah bos di pejabat itu, tidak bermakna aku boleh meninggalkan pejabat lama-lama. Orang bawahanku itu masih belum boleh diharap sepenuhnya. Aku tahulah, Arif mempunyai tempoh cuti yang lama sekarang kerana kolej tempatnya bertugas sedang melalui cuti semester yang panjang. Masalahnya aku tidak!
“ I guess, Isabella had missed to tell me that..” balas mummy dengan suara yang sinis.
Aku tersenyum kelat.
Kalaulah mummy tahu, itu hanya alasan Arif saja untuk tidak menuruti ajakan mummy, pasti mummy tidak akan menyalahkan aku dalam hal ini. Aku tahu, Arif tidak mahu ikut mummy pulang ke Scotland kerana dia tidak mahu rapat dengan keluargaku. Katanya dulu, dia takut akan melukai hati semua orang.
Adilkah?
“ How long would both of you staying there?”
Aku mengerling Arif.
“ Two weeks.. perhaps..”
Mummy sekadar mengangguk-angguk. Kurasa, mummy tidak keberatan untuk membenarkan aku mengikuti Arif pulang ke kampungnya yang sebelum ini, Afif tidak pernah membawaku ke sana selama aku menjadi tunangannya. Kali ini, hajatku akan tercapai bersama Arif pula meskipun aku tidak dapat bayangkan suasana kampung milik keluarga suamiku itu. Maklum sajalah, aku sedari kecil dibesarkan di bandar dengan suasana yang kondusif dan selesa. Aku bimbang juga kalau kampung Arif ini kampung pedalaman.
“ Okay, so next time you should come..”
Arif mengangguk.
“Insya Allah, mummy..” balasnya bagi pihakku.
“ Bila mummy nak pergi?” tanyaku.
“ Tomorrow..”
“ Awalnya?” sambungku.
Mummy ketawa kecil.
“ Missing them too much dear. Dah lama mummy tak balik..” sambut mummy dengan senyuman. Pasti mummy sedang membayangkan rumahnya di sana dan membayangkan seronoknya bermain salji yang dingin.
“ Me too mummy, but because my husband dah decide untuk balik kampung, I think, I better go with him.. Nak juga rasa jadi orang kampung..” aku bersuara dengan nada yang dibuat-buat ceria sedangkan aku masih belum setuju untuk bercuti dengan tempoh yang panjang itu.
“ Good..” balas mummy bersahaja.
“ Berapa lama mummy di sana?”
“ More than a month..”
Aku tersentak.
“ Lamanya..” balasku bagai terkilan.
Arif mengerlingku dan aku membalas dengan jelingan. Bukankah nanti itu akan membuatkan Arif semakin berkuasa kepadaku?
Argh! Tak senanglah begini!
“ Hmm… before you go, make sure Yanti stay with Mak Eton and Pak Syuib ya..” pesan mummy lagi sebelum dia melenggang meninggalkan aku dan Arif termangu di meja makan itu.
Aku merenung ke wajah Arif.
“ You always make a decision without me!” aku mula memprotes dengan rasa tidak puas hati.
Arif Cuma mengangkat bahu. Responnya itu membuatkan aku semakin geram pula kepadanya.
“ Awak tahukan, kerja saya banyak di office..”
Dia masih mempamer muka selamba. Lantaran itulah, aku memukul lengannya untuk memberi perhatian kepadaku.
“ What Isabella?” soalnya dengan marah.
“ You’re not listening. Aren’t you?” balasku dengan geram.
“ I’m your husband and I have the right. So then, what is the matter?” jawabnya dengan angkuh.
Inilah yang menyebabkan aku tidak suka kepada Arif. Jika membuat keputusan, dia akan menggunakan kuasanya sebagai suami untuk membuat aku patuh pada rancangannya.
“ And I’m sure, you are not forget that I’m your wife and have a right to refuse too..” jawabku, dengan lagak yang sama. Aku mahu dia mengertikan seperkara saja denganku. Aku tidak boleh meninggalkan pejabat dengan terlalu lama kerana ini peninggalan papa yang sudah diamanahkan kepadaku.
“ Atau awak takut tak selesa hidup di kampung?” sinis saja dia mengenakanku.
Aku menggeleng, menafikan sangkaannya.
“ Not at all. I would love to stay there but please understand me.. I couldn’t stay longer there..” balasku perlahan, kali ini dengan nada memujuk pulak.
“ Its okay, Isabella. If you want to leave kampung early, I would not mind either..” jawab Arif pula.
Aku mengeluh.
“ Saya tak tahu kenapa awak tak pernah cuba memahami kehendak saya..” balasku akhirnya dan segera meninggalkan dia di situ. Untuk kesekian kalinya, aku harus mengalah pada kedegilannya lagi.
3 ulasan:
adoi...nape arif xsukasgt kt isbella tu..
meanrik cte ni... plz smbg cpt2... xsbr nk tau wt happen next..
isyh3.. geram pulak ngan si arif ni...!! apa masalah dia ni?
Catat Ulasan