BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sabtu, 14 Mei 2011

Bab 3-Epilog cinta Isabella

Bab 3
Epilog Cinta Isabella
Bawaku pulang ke ruang rindumu

            Panahan matahari memasuki ruang jendela, membawa hawa panas menyentuh muka. Aku berusaha membuka mata yang masih lagi berat kerana penat masih terasa. Mujurlah di hujung minggu. Dapatlah aku berehat sepuasnya. Tidak seperti minggu sebelumnya, aku harus menghadirkan diri ke pejabat disebabkan perlu memantau sesetengah projek yang di dalam proses perlaksaan. Aku perlu menapis mana-mana rangka pembinaan dan struktur yang melebihi anggaran bajet.
Takut tersasar!
Aku menolak selimut yang membalut tubuhku. Aku turun dari katil itu dan menggeliat semahuku.
            Aku tercari-cari kelibat Arif. Selalunya, dia masih berbaring di sebelahku. Nyata dia tertidur di meja study itu pula. Aku mendekatinya dengan niat untuk membanguninya. Lagipun, hujung minggu ini pasti mummy sudah menanti kami berdua untuk bersarapan bersama. Itulah saja peluang untuk kami mengisi masa bersama.
            Aku merenung wajah Arif yang nampak lebih matang berbanding Afif.
Sayang, wajah polos itu nampak tampan di balik cahaya matahari pagi tapi kenapa dia sembunyikan sinar ketenangan wajahnya daripadaku?
 Aku suka pada wajah melayu ini. Jujur saya, semenjak bersama Arif, sedikit pun aku tidak pernah membayangkan dia adalah Afif, bekas tunanganku. Aku nampak perbezaan mereka walaupun  mereka saudara kembar. Hingga ke hari ini, aku masih  belum bertemu dengan Afif. Kenapa dia buat aku begini, sedangkan dia berjanji untuk membuat aku bahagia ke akhir hidupku.
            Anehnya, dia heret aku ke dalam jurang bersama abangnya, Arif.
            Aku mencium dahi suamiku itu, bukan kerana aku kasih kepadanya tapi aku inginkan rahmat Allah dan berkahNYA di pagiku ini. Kulihat Arif tersedar dan cepat-cepat aku menjauhinya dengan berpura mengambi tuala dan bergegasku masuk ke bilik air.
            Arif tersedar dari lenanya bila dia terasa ada kucupan hangat singgah ke dahinya. Dia tahu, itu sentuhan bibir seksi isterinya. Bukan sebelum ini dia tidak pernah menerima kucupan itu tapi dia sengaja buat-buat tidak sedar. Dia senang diperlakukan begitu. Dia terasa dihargai oleh Isabella, walaupun dia tidak pasti apakah tujuan Isabella begitu. Dia sengaja mengeraskan hatinya kerana Isabella itu bekas tunangan adiknya. Dia sendiri tidak tahu kenapa pulak dia yang harus menjadi penyelamat adiknya untuk mengahwini Isabella.
            Bahunya tiba-tiba di tepuk kuat.
            “ Dah sampai di mana awak berangan?”
            Arif merengus.
            Aku ketawa. Aku tahu dia terkejut dengan perbuatanku itu. Aku memang suka mengusiknya walaupun aku tahu, Arif selalu dingin kepadaku.
            You better don’t do like that again!” dia menegurku seraya dia bangkit dari tempatnya duduk.
            Aku tersengih.
            “ Pergilah mandi..” arahku sambil menuju ke almari pakaian. Aku mencari pakaianku dan juga pakaiannya.
            “ What colour do you want, sayang?” usikku dalam tawa. Aku senang mengusiknya dengan membuai hatinya dengan kata-kata mesra kerana aku tidak suka memandangnya yang selalu saja serius. Aku tidak ingin Arif nampak tua dari usianya.
            Arif menghampiriku. Selamba saja dia memelukku dari belakang yang masih lagi kemas berkemban dengan tuala. Aku hanya mampu menelan liur saja dan kaku dalam pelukan yang kejap itu. Nafasnya terasa hangat. Degup jantungnya terdengar laju walaupun dia berusaha tenang di depanku. Hatiku usah ditanya, getarnya kuat. Takutku andainya dia membuat sesuatu yang tidak aku senangi.
            “ Isabella..” sapanya perlahan, membuai aku dalam angan.
            Aku memejam mata, menikmati saat indah itu walaupun sesungguhnya, aku keliru dengan tingkahnya yang selalu saja berubah. Saat itu aku terasa kucupan cintanya singgah di leherku. Tersedar akan hal itu, aku pantas saja menolaknya.
            Go away.. pergi mandi..” ucapku sambil mencuba menolaknya menuju ke bilik air. Dia melepaskan tawa bebasnya kerana aku tahu, dia berjaya memukauku dengan cara begitu. Yang dilakukannya sudah terlalu jauh. Tidak seperti selalu. Kalau dulu, dia lebih senang mengambil kesempatan dengan menggenggam tangan saja. Tapi, kali ini sudah berani memelukku. Lebih eksklusif lagi, dia berani tinggalkan kesan love bite di leherku! Sudahlah rambutku, panjangnya hanya separas bahu saja.. inikan pula untuk menyembunyikan kesan itu?
            Apa yang akan aku katakan pada mummy nanti kalau mummy ternampak?
            Fine, fine!” Arif berkata, mengalah apabila aku terus-terusan menolaknya. Dia berlalu bersama tawanya yang kedengaran sinis dan menyakitkan hati.
            “ Oh ya, sebelum I lupa.. Please Isabella.. I nak baju merah..” dia berpesan sebelum menghilang ke dalam bilik air. Aku hanya mampu mengetap gigi, menahan geram atas arahannya yang selalu saja menyusahkan aku.

0 ulasan: