BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sabtu, 25 Jun 2011

Bab 25 - Epilog Cinta Isabella

Bab 25
Epilog cinta Isabella
Bawaku pulang ke ruang rindumu

            Aku dan suamiku Arif turun kemudian setelah habis mandi. Kami beriringan menuju ke ruang tamu, betul-betul seperti pengantin baru. Aku duduk di sebelah mummy yang sedang asyik membalek majalah pengantin. Aku menarik tangan suamiku untuk turut duduk di sebelahku.
Well dear. What theme did you choose?” soal mummy setelah sedar akan kehadiran kami. Namun begitu, matanya masih lekat di majalah itu. Aku memandang Arif memintanya yang menjawab bagi pertanyaan mummy itu.
Aku menyikunya meminta dia segera membalas.
“ Err.. kami pilih tema 1001 malam mummy..” Arif bersuara teragak-agak. Sebenarnya, kami resah juga. Takut kalau mummy menolak rancangan kami ini.
Hows your preparation so far?” tanya mummy dan mula memandang kami berdua.
Aku tersengih.
“ Sejauh ni… belum ada..” aku menjawab lambat-lambat.
Mata mummy berubah besar. Itu tandanya dia geram dengan jawapanku yang nampak begitu bersahaja itu. Pastilah mummyku yang cantik ini akan mula membebel.
Fine.. I’ll let you choose that theme but let me done it everything for you.. okay Bella?”
Aku dan Arif berpandangan.
“ Ibu dan ayah?” soalku.
I’ll discuss with them then.. no worries my dear” balas mummy seperti mengerti maksud kami berdua itu. Takut juga kalau mummy menguruskan sendiri dan lupa pada mertuaku itu.
“ Hmm, I heard Afif wants to marry.. Isn’t he?” mummy bertanya, inginkan kepastian.
Yes mummy, but I’m sure the date will not same as us..” Arif menjawab kemudian.
Aku tersentak. Menelan liur berkali-kali. Sekali lagi kali ini, aku merasa seperti sang hati disiram dengan air garam. Pedih sekali di ulu hati.
So, who is the lucky girl?” tanya mummy lagi, semakin membakar hatiku.
“ Namanya Ayu Maya..” aku menjawab dengan sedikit meluat.
 “ Kenapa tak teruskan bersama?” soal mummy dengan pelat Inggerisnya. Mendengar cadangan mummy itu, aku terus saja bangkit dari situ. Aku paling benci mendengar hal yang berkaitan dengan Afif itu! Kini mummy pula bercadang hendak menyatukan majlis?
No way!
“ Bella..” mummy memanggilku tapi aku terus saja menaiki anak tangga dengan geram. Lupakah mummy pada ‘menantu tidak jadinya’ itu telah menghancurkan hidup anak gadisnya?
Aku betul-betul tidak boleh memaafkan kesalahan Afif! Dia buat aku seperti orang bodoh dan betul-betul merendahkan harga diri di saat aku mencuba memperbaiki hubungan dinginku dengan Arif suatu masa dulu. Aku sendiri tidak mahu ada pertelingkahan di dalam hubungan kami tambahan pulak kami asalnya saudara sepupu. Bagaimana mungkin air yang dicincang akan putus?
Aku menuju ke bilik bacaan bersebelahan dengan bilik tidur utama kami. Aku menutup pintu dengan perlahan dan menghampiri sofa lembut berhampiran rak buku yang banyak. Di situlah aku melabuhkan punggung untuk melayan perasaan. Jauh benar fikiran melayang. Bermula dari kisah pertemuanku dengan Afif ketika berada di Scotland kerana keluarganya datang menziarahi aku dan mummy, saat-saat bahagia cinta berbunga hinggalah dia mencalit kehancuran di ambang kebahagiaanku. Aku masih terkenang betapa menawannya Afif sewaktu dia mula bermain cinta denganku. Aku masih ingat lagi dia suka menyelitkan nota-nota di dalam buku kuliahku sewaktu aku masih lagi belajar di tanah kelahiranku. Puas juga aku bermasam muka hingga akhirnya Afif terus meluahkan perasaannya kepadaku.
Katanya, ‘ Bella, I love you..’
Cuba katakan padaku, hati siapa yang tidak berbunga bila disapa frasa indah itu? Cuba katakan padaku, siapa yang tidak merasakan getarannya? Cuba katakan padaku juga, jiwa siapa tidak meronta-ronta bila kasih sayang dijanjikan untuk dicurahkan sepanjang hayat?
Aku sendiri merasa benar-benar disayangi hingga hampir separuh nyawaku ini kurasakan miliknya. Dia telah menyarungkan lambang penyatuan hati di jari manisku. Dengan penuh adat ketimuran, aku laksanakan jua pesta itu walaupun aku kaku sekali dengan adatku sendiri. Sedikit sebanyak, Afif mengajarku tentang erti berbangsa Melayu yang asalnya aku berketurunan begitu.
Aku termangu sendirian.
Hari itu, aku sudah dirias cantik oleh juru solek yang professional, tempahan mummy. Meskipun majlis itu diadakan di kampung, satu rumah dan diadakan di rumah ayah atas permintaan mummy sendiri, aku juga tidak menolak. Saat berdebar-debar menanti hari pernikahan, aku dikhabarkan berita yang meragut kebahagianku.
Afif telah pergi jauh!
Satu keluarga seolah-olah tidak bertanggungjawab dengan kebodohan yang dilakukan Afif hinggalah akhirnya, aku terpaksa bernikah dengan Arif… abangnya yang dulunya selalu dingin saja denganku dan ya.. dulu Arif tidak pernah menyukaiku.
Katanya, aku keturunan penjajah!
Hatiku tercalar!
Bukan kecil hirisan yang Afif tinggalkan dan ditambah pula dengan kesadisan kata-kata Arif sewaktu hari pertama aku sah bergelar isteri kepadanya. Namun hari ini, aku merasakan kasih sayang tulus dari Arif. Aku merasa bahagia dalam hangat kasihnya walaupun aku mencintai dia dari sisa-sisa cintaku.
Maafkan aku, suamiku… kerana mencintaimu dengan serpihan cinta yang tersisa. Aku sedar, Arif itu bukan Afif. Aku juga sedar segala kebaikan dan kebahagiaan yang aku rasai itu adalah Arif dan bukan Afif.
Aku tidak terlalu bengang untuk menilai kaca dan permata.
Detik itu jua, aku leraikan kesedihan yang selama ini kupendam sendiri. Aku biarkan airmata yang sudah lama berkumpul itu terluah, membuang segala kesedihan yang kutahan sejak berbulan-bulan sudah lamanya. Sesungguhnya banyak yang ingin aku luahkan.
Aku mengusap perutku yang kini tersimpan khazanah yang paling kusayang. Aku berharap bahagia yang kurasa ini baru permulaan.
Afif..
Sekali lagi aku inginkan kepastian, kenapa kembali lagi kalau hanya untuk menyakiti?

0 ulasan: