BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Rabu, 15 Jun 2011

Bab 15-Epilog Cinta Isabella

Bab 15
Epilog cinta Isabella
Bawaku pulang ke ruang rindumu

Sejak Arif pulang hari itu, aku selalu merasa kurang senang bila dekat dengannya. Tangannya bukan mengerti duduk diam. Ada saja tempatnya berlabuh. Dan hari ini, aku termenung pula di rumah pemberian ayah di kampung. Semalam, Arif ada memberi cadangan baru.
Katanya, dia mahu kami bersanding.
Cadangan ini, aku belum beritahu kepada mummy lagi. Lagipun, kalau aku khabarkan jua, aku yakin mummy tidak akan membantah. Kalau dulu, inilah yang aku tunggu-tunggu. Namun sekarang, aku bagai keberatan pula. Memang dulu aku terkilan, semua pasangan akan meraikan hari berbahagia di atas pelamin tapi tidak aku. Orang di pejabat juga ada merista padaku soal itu tapi aku senang memberi jawapan, belum bersedia.
“ Dah fikir soal semalam?” soal Arif tiba-tiba datang menapak di sebelah.
Dia selamba saja mengucup dahiku dengan sopan sebelum duduk di sebelahku. Aku yang tadinya kusut memikirkan apa yang terjadi terhadap perubahan Arif ini hanya terkaku. Aku tahu, Arif sebenarnya mahukan jawapan. Kalau aku bersetuju, kami perlu berjumpa dengan ayah dan ibu kerana mereka sudah pulang dari mengerjakan umrah. Aku pun, belum menjenguk mereka lagi.
“ Belum inform mummy lagi..” jawabku dengan segan.
Macam orang baru kenal Arif saja lagakku.
Arif yang ada di situ hanya tersengih.
“ Call mummylah sekarang..” dia merengek manja di sebelahku sambil tangannya memain rambutku.
Diramas-ramasnya mesra.
“ Nantilah..” balasku sambil menepis tangannya.
Sengaja kubuat begitu untuk melihat reaksinya. Dia mempamer wajah merajuk.
Aku ketawa kecil.
Dia berpeluk tubuh dan berpaling daripada memandangku.
Eish, macam budak-budaklah tu.
Aku mengusap pipi kanannya dengan manja tapi sayang, tiada respon.
Arif memang benar-benar merajuk!
            Aku mencium pipinya pula meskipun sebenarnya aku tidak bermaksud untuk bermanja dengannya tapi itu berlaku atas desakan hatiku yang selalu meronta-ronta. Sayangnya, Arif masih begitu.
Aku mendengus.
Aku memang tidak berpuas hati dengan caranya. Merajuk mengalahkan budak-budak betul. Tak kena dengan umur yang sudah meningkat, aku mengomel sendiri di dalam hati. Namun, atas rasa tidak mahu ia berpanjangan jua aku terus mencium pipinya berulang kali sebagai tanda memujuknya tahap tidak tahu lagi. Tanpa ku sedar, Arif berpaling memandangku hinggakan bibirku menyentuh bibirnya pula.
Saat kutersedar, memang panas benar rasanya mukaku. Lantas menutup rasa malu, aku terus mencubit pinggangnya dengan manja.
Arif mengkekeh ketawa. Nampak benar dia bangga dengan usikannya yang berjaya sekali dikenakannya kepadaku.
“ Sukalah tu..” marahku sambil berpeluk tubuh.
Arif dengan sisa tawanya berkata, “ siapa yang tak suka..”
Aku menarik muka rajuk. Kemudian Arif menarik tanganku dan menggenggamnya erat. Aku pula lebih senang tidak memberi apa-apa tindak balas.
“ Betul ni sayang merajuk?” soalnya di sebelahku.
Aku tidak menjawab. Lagipun, aku ingin lihat kesungguhannya memujuk rajukku yang bukannya betul pun.
“ Abang kira ya.. Kalau sayang tak jawab juga.. habislah..” ugutnya dengan berani dan kedengaran nakal.
Sesungguhnya, aku memanglah terasa gementar dengan ugutan itu tapi aku memang sengaja berdegil. Ingin tahu juga, apa yang ingin dilakukannya kepadaku.
“ Satu…”
Aku masih tidak bergerak.
Arif tidak berputus asa. Dia mahu lihat sejauh mana isterinya itu melayan rasa rajuknya.
“ Dua…”
Aku sudah mula berdebar-debar namun tidak berganjak juga.
“Ti…”
Mendengar bilangan yang itu, aku terus lari menuju ke bilik tidur dengan hilaian tawa manja. Aku terus memulas tombol pintu dan bergegas masuk dan duduk di birai katil dengan tawa yang tersisa. Langkahku dituruti. Tidak lama kemudian Arif masuk dan terus menutup pintu dan menguncinya.
Aku terus mati kata.
Pandangan matanya berbaur nakal dan seolah-olah meng’harap’kan sesuatu daripadaku.
Aku menelan liur.
Hak itu, belum pernah lagi dituntutnya.
Mungkin inikah saatnya?
Arif menghampiriku. Perlahan-lahan dia membaringkan aku di atas peraduan kami itu. Senyumannya nampak indah dan menggugat ketenanganku.
“ Tiga…” bisiknya hangat di sisiku.
Hembus nafas itu menggetar jiwa. Seiring rasa dan keinginan, kali ini aku berserah. Kalau inilah jalan yang menemuikan erti bahagia, aku rela diulangi begini biar berkali-kali.
“ Izinkan abang..” bisiknya dalam nafas yang hangat.

3 ulasan:

cactaceous opuntia berkata...

yeay arif da change..tp adekah nti adik dia akan muncul secaraa tiba2 setelah mereka bahagia?oh no

blinkalltheday berkata...

wahh,besttt.arif dah mintak hak die tuh..xsbr nak tggu next n3..ape reaksi bella ea??shy2..

Hafia Hana berkata...

sambung la lg
special edition lak