BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Ahad, 19 Jun 2011

Bab 20-Epilog Cinta Isabella

Bab 20
Epilog cinta Isabella
Bawaku pulang ke ruang rindumu

            “ Abang… can I drive your Murrano?” aku menjerit memanggil Arif dari luar rumah. Pagi itu, aku sengaja keluar ke halaman rumah untuk menghirup udara dingin di kampung kelahiran suamiku itu. Sebenarnya, dalam berat-berat fikiran melayang mengingat Afif, aku terlena jua dalam pelukan Arif. Aku merasa damai dilindungi suamiku itu.
            Nampak sangatkah aku ini hipokrit?
            “ Yang nak buat apa?” Arif menjengul sudah dan berdiri berpeluk tubuh di muka pintu.
            Aku tersengih manja padanya.
            “ I want to ride around..” aku berkata dengan maksud memujuk. Aku kenal dengan sikap Arif. Dia bukan jenis yang sampai hati jika pada seseorang yang dia sayang.
            “ No!” Arif bersuara tegas.
            Aku menarik muka rajuk. Aku benar-benar hairan dengan sikap Arif yang sekalipun tidak pernah membenarkan aku memandu kereta Nissan Muranonya ini. Entah apa istimewanya berbanding kereta Mazda RX8ku itu pun aku tidak tahu.
            Aku bersandar sambil berpeluk tubuh di kereta Nissannya itu. Aku benar-benar mahu melayan rajuk. Aku mahu Arif ubah sikap degilnya ini dan mendengar apa saja permintaanku.
            Bukankah itu terlalu senang untuk dituruti?
            Arif menapak di hadapanku. Aku memalingkan wajah ke arah lain sebagai tanda protes dengan tingkahnya. Dia kemudiannya menarik  tanganku dan aku pula sengaja menepis. Aku benar-benar tunjuk protes!
            If I know you’re still like this, I would drive my own car..” aku mula meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan muka serius. Kalau hendak difikirkan, masalah ini bukannya serius tapi aku sengaja memperbesarkannya. Aku mahu memberikan sepenuh perhatiannya kepadaku dan menuruti segala kemahuanku. Tapi, bukan mahu memijak kepalanya!
            Bella.. can you please stop being childish?” Arif pula membalas.
            Dia kata aku kebudak-budakkan?
            Please explain then, why are you so greedy to let me drive this!” aku memarahinya pula dengan emosi. Aku sengaja mengetuk-ngetuk cermin kereta untuk membakar marahnya pula.
            Because I like to do so..” dia membalas dengan selamba. Mendengar sahaja jawapannya yang selamba itu, aku terus mematikan hasrat mahu meronda kampungnya. Aku terus berpatah arah masuk ke dalam rumah. Sempat aku melanggar bahunya dengan sengaja untuk menunjukkan kepadanya yang aku benar-benar terasa hati. Aku terus masuk ke dalam bilik tidur kami dan menghempas daun pintu dengan kuat. Aku merebahkan badanku di atas katil dengan perasaan sebal. Tidak tahu pula kenapa dengan tiba-tiba aku merasa terkilan dengan sikapnya. Aku terasa sayu dengan tidak semena-mena. Saat itulah juga ada air jernih meniti di bibir mata.
            Aku mengetap bibir dengan kuat. Menahan rasa sedih yang tiba-tiba datang. Aku mendengar pintu dikuak perlahan. Aku dapat rasakan Arif sudah ada di sebelahku walaupun aku membelakanginya.
            “ Kenapa sayang tiba-tiba jadi sensitif ni?” Arif bersuara perlahan seperti memujuk. Aku di sisinya, masih senang melayan rasa. Dia berusaha menarik aku ke dalam dakapannya. Mula-mula, aku sengaja mengeraskan diri. Lama-lama kelamaan, lembut jua hati ini membiarkan kaku dalam pelukan hangat itu. Tapi, detik itu tidak berpanjangan kerana dengan tiba-tiba saja aku mula merasa pening yang teramat sangat. Tekakku pula berasa loya dan seperti mahu meluahkan seluruh isi perut. Aku pantas meluru ke bilik air setelah menolak tubuh Arif. Di sinki itu, aku membuang segala isi perut. berulang kali sehingga tenagaku berkuranganya.
            Arif terus-terusan mengusap dan menepuk-nepuk belakangku berulang kali. Aku merasa semakin tidak berdaya. Arif memapahku untuk keluar dari bilik air itu setelah yakin aku tidak lagi memuntahkan segalanya.
            “ Sayang.. what happen to you?” Arif bersuara risau.
            Aku menggeleng perlahan kerana aku sendiri tidak tahu dengan apa yang menimpa diriku. Aku sempat menatap wajah Arif sebelum segalanya berubah menjadi gelap.
            Di dalam pautannya, aku rebah terkulai!

5 ulasan:

adela berkata...

happy pregnant in advance bella.. sebarang je kan... hahahah..

apa YANG ku rasa berkata...

alo2...sweeeet ngat aihh:)

cactaceous opuntia berkata...

haha...hbis bersanding mse pregnant?hhehehh

Tanpa Nama berkata...

sy ska la....xsbar nk tau ksh slnjut nye...

Tanpa Nama berkata...

sy ska la....xsbar nk tau ksh slnjut nye...