Bab 19
Epilog cinta Isabella
Bawaku pulang ke ruang rindumu
“ Sejak balik dari rumah ayah, sayang termenung saja abang nampak..” Arif menegur aku yang sedang duduk menopang dagu di atas meja di ruang tamu. Aku memandangnya sekilas dan kemudian menghela nafas berat.
“ Berat sangat fikir..” Arif menyambung lagi sepertinya tidak berpuas hati dengan tingkahku itu.
Aku menggaris senyuman kelat.
“ Pasal Afif?” soalnya sambil melabuhkan punggung di sisiku.
Aku menghela nafas berat lagi untuk entah kali yang ke berapa. Jujur saja, ini memang berkaitan dengan Afif. Kenapa di saat aku ingin melupakan dirinya, dia muncul lagi menambah luka? Aku ingin memulakan segalanya dengan Arif tapi yang pasti tanpa bayang-bayangnya.
“ Abang tengah tanya ni…”
Aku mengerlingnya sekilas.
“ I miss mummy..” aku merengek manja demi menutup rahsia hati yang membelenggu fikiran. Sengaja aku sembunyikan rasa itu. Aku tidak mahu Arif terasa hati dengan perangaiku yang masih tak sudah-sudah mengingat cerita lama. Bukan mudah untuk aku menghadapi semuanya. Aku sendiri lagi kurang yakin dengan ketulusan hati Arif kepadaku walaupun aku jua begitu. Aku takut dipersia. Aku bukan seseorang yang tegar bangun sendiri jika kali ini aku tersungkur untuk kali yang kedua.
“ Kan abang dah agak.. mesti tak boleh pisah lama..” dia memperliku dalam gurauan.
Aku mencebik.
“ I miss my mummy, okay.. Ofcourse I couldn’t ..” aku menjawab dengan nada merajuk. Padahal, bukan mummy yang menjadi tumpuanku sekarang tetapi bekas tunangku atau lebih tepat lagi adik iparku.
Arif melepas tawa bebas.
“ Tak sangka, manja sangat isteri abang ni..” balasnya sambil mencuit pipiku. Aku mempamer senyuman manja, istimewa buat suamiku itu. Kenapalah sang hati ini begini? Kenapalah masih menunggu sesuatu yang telah lama pergi jauh? Kenapa masih berharap pada sesuatu yang sudah membuat hati terluka?
Afif… kenapa kau kembali lagi menambah hirisan di hati?
0 ulasan:
Catat Ulasan