BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Jumaat, 17 Jun 2011

Bab 16 - Epilog Cinta Isabella


Bab 16
Epilog Cinta Isabella
Bawaku pulang ke ruang rindumu

            Hari yang sangat indah..
Itulah frasa yang paling sesuai untuk aku ungkapkan. Aku betul-betul merasa bahagia. Aku memandang di sebelahku, Arif sudah hilang. Pasti sudah sudah lama bangun. Aku terasa bahagia. Walaupun saat ini perutku sudah mula bergurindam lagu lapar tapi aku masih ingin melayan angan-angan sendiri.
Aku tersenyum senang.
Arif benar-benar memukau dan romantik.
Aku mengambil bantal peluk dan memeluknya erat. Masih bersama sisa senyuman dan kenangan sebelum aku tertidur.
“ Yang..” suara Arif kedengaran dari pintu di hujung sana.
Aku cepat-cepat menutup muka dengan selimut. Rasa malu yang teramat sangat untuk memandangnya saat ini.
Aku terdengar Arif melepaskan tawanya yang bersahaja.
“ Abang beri masa 15 minit untuk bersiap.. kalau tak…”
Aku bingkas bangun dan mencapai tuala lalu bergegas menuju ke bilik air. Takut benarku dengan ugutan nakalnya itu. Takut sekali lagi dia akan membuatkan aku semakin tergila-gila.
Aku sempat mendengar Arif ketawa sebelum pintu bilik air kututup rapat. Aku bersandar di balik pintu. Masih terbayang hangat asmaranya.
Aku tersengih lagi.
Boleh gila bila selalu begini!
Aku menyangkutkan tuala dan terus memulas pili air. Air hujan mencurah-curah dan aku berdiri di bawahnya.
Mesti mandi lama dengan bacaan niat yang tertentu!
Tentulah mandi yang ‘itu’.


0 ulasan: