BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Rabu, 22 Jun 2011

Bab 23- Epilog cinta Isabella

Bab 23
Epilog cinta Isabella
Bawaku pulang ke ruang rindumu

Afif meraup wajahnya berulang kali. Sepulangnya dari rumah, dia terus menuju ke bilik tidurnya dan menghempaskan diri dengan selesa di atas katil itu. Sejak dia bertemu lagi berhadapan dengan bekas tunangannya yang kini sudah menjadi isteri abangnya itu, dia jadi berbelah-bagi. Entah kenapa, sekeping hatinya seolah-olah dengki dengan kebahagiaan yang dicapai oleh abangnya.
Dia tahu, Isabella membenci dirinya.
Dulu, sinar mata di mata gadis Scotland itu penuh dengan sinar cinta buatnya tapi kini menjalar pula kebencian yang tidak terhingga.
            Tersilapkah dia menyerahkan Isabella kepada abangnya?
Dia nampak Arif seperti sudah pun menerima Isabella sebagai isteri. Bukan dia tidak kenal pada abangnya itu. Sekali dia menolak, bermaksud dia benar-benar menolak tetapi apabila dia sudah suka, dia akan menyukai dengan sepenuh hati. Lantas, tegarkah dia merebut Isabella semula dan mencalar hati tulus milik abangnya sendiri?
Tak mungkin!
Kalau pun dia ingin bersikap kejam, mana mungkin dia akan melukakan hati abangnya sendiri. Kalaupun abangnya mahu menyerahkan Isabella semula, mustahil Isabella akan menerimanya kembali. Lagipun, kini dia sudah ada pengganti baru. Dia bersama Ayu Maya pun sebenarnya hanya ingin mengubati hati yang penuh dengan khilaf itu. Memang dulu, dia berjaya melupakan Isabella dan bersama dengan Ayu. Baginya, Ayu baik dan sopan. Dia juga menepati isteri solehah jika itu yang dicarinya. Namun, sejak dia kembali semula ke kampung setelah meninggalkan abangnya dan Isabella untuk bersatu, dia terasa tercabar dengan keangkuhan Isabella kepadanya.
Dalam hal ini, layakkah dia memohon maaf kepada Isabella?
Pernahkah Afif terfikir saat-saat kebodohan Isabella yang terpaksa jua menerima lafaz nikah dari Arif dan menerima segala hinaan suaminya walaupun kini Arif berusaha mengertikan hubungan itu?
Afif menghela nafas berat lagi. Dia terasa terbeban dengan bala yang diciptanya sendiri. Dia mengikat janji lagi untuk menikahi Ayu Maya dengan harapan mampu menjalani hidup yang penuh bahagia.
Sanggupkah lagi dia mengulangi kesilapannya yang kedua hanya kerana dia, Isabella?

2 ulasan:

is berkata...

2 la sapa sruh tinggalkan si bella 2... padan muka ko afif...

evy berkata...

harap bella n arif hidup lbh bahagia..dan bella lupakan dendam dia pd afif.