BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Isnin, 13 Jun 2011

Bab 11- Epilog cinta Isabella

Bab 11
Epilog cinta Isabella
Bawaku pulang ke ruang rindumu

Hari itu mungkin bukan hari yang terbaik dalam hidupku. Rasanya hendak saja kuhancurkan semua isi pejabat dengan sesungguhnya. Sesampaikan aku ke rumah semalam, aku terus memaklumkan kepada Laila, setiausahaku itu akan kedatanganku ke pejabat esok untuk melihat perkembangan kes itu. Percutianku terpaksa aku pendekkan walaupun itulah kali pertama aku mengambil cuti setelah mula mengambil alih kuasa.
Pagi itu adalah waktu yang aku sangat tunggu. Aku benar-benar mengamuk bila seorang pun di antara anak buahku itu tiada yang mengambil sebarang tindakan sementara untuk menyelesaikan kes ini. Apa saja barang di atas meja akan kulemparkan ke lantai dengan geram.
Habis berselerak di lantai!
Semua mereka kaku dan hanya dapat memandangku dengan perasaan yang beku.
“ So, what’s going on here?” soalku sinis dengan lantang. Aku paling pantang berlakunya sebarang kesilapan major begini yang tidak ada seorang pun yang tampil untuk menyelesaikan. Sekurang-kurang mereka haruslah memberikan buah fikiran, paling tidak pun mereka berusaha mengodam program dalam komputer yang sudah dipasang sistem keselamatan.
Aku menghela nafas. Aku meneliti setiap wajah yang sudah menunduk di hadapanku yang semuanya mempamer wajah takut dan enggan bersuara. Sebenarnya, selama aku memangku kerusi pengarah di pejabat ini aku sekalipun tidak pernah berang dengan mereka kerana selalunya aku akan melayani mereka dengan baik dan dedikasi seperti yang papa pesan sewaktuku masih kecil. Aku akui mereka semuanya patuh dan menghormatiku dan aku juga tahu mereka sebenarnya sudah berusaha memulihkan keadaan Cuma ia belum dapat diselesaikan dengan segera.
Sungguh!
Aku benar-benar tertekan.
“ Mrs Isabella..” panggil salah seorang stafku. Kalau aku tidak silap namanya Laura. Bukan apa, dulu kakaknya pernah bekerja di bawahku dan kini adiknya pula yang mengganti kerana kakaknya sudah berpindah ke daerah lain.
“Yes, Laura?” balasku perlahan, tidak lagi meninggi seperti sebelumnya.
Semua mata memandang kepadanya, seperti juga aku. Semuanya menanti suara pandangan apa yang ingin dia katakan.
“ Puan perasan tak ada staf kita yang kurang?” soalnya, memberi teka-teki.
Aku memerhatikan mereka satu persatu. Berkerut jua dahi mengingat mereka semuanya. Hinggalah aku perasan, Latif dan Fahmi tiada.
“ Dimana Latif dan Fahmi?” soalku kepada Laila yang sedari tadi membisu di sebelahku.
“ If I’m not mistaken.. Puan dah beri kebenaran mereka berdua untuk bercuti..” balasnya serius.
Aku cuba mengingat.
“ Bila mereka hantar borang permohonan?” tanyaku.
Laila mengangkat bahu.
“ They said so..” balas Laila lagi.
Lantas Laura bersuara lagi, “ Since this happened, mereka berdua sudah tak ada.. kami di sini bukan hendak menuduh tanpa usul periksa tapi untuk makluman puan, sistem kod kami semuanya ditolak kecuali mereka berdua saja. Kami cuba untuk mengodam sekuriti program mereka dan keputusannya, mereka telah berjaya cuba masuk ke program akaun bajet yang kita kunci..”
Aku tersentak dengan maklumat itu. Hampir pengsan rasanya kerana sebenarnya Fahmi dan Latif banyak membantu aku sebelum ini dalam menjayakan banyak projek. Kulihat, semua stafku saling berpandangan.
“ Tapi, apa motif?” soalku.
“ Diupah oleh other company..” Laila pula yang menjawab.
Aku terkejut benar dengan jawapan itu.
“ Which company Laila?” tanyaku dengan marah. Tidak sama sekali aku menyangka ada juga yang menggunakan cara lama begini untuk menjatuhkan aku.
Lama dia mengambil masa untuk menjawab soalan yang mudah itu. Nampak teragak-agak dan mencurigakan.
“ I’m waiting,,.”
Laura pula menghampiriku.
“ Zen’s Company..”
Aku kehilangan kata.

0 ulasan: