BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Isnin, 13 Jun 2011

Bab 14- Epilog cinta Isabella

Bab 14
Epilog cinta Isabella
Bawaku pulang ke ruang rindumu

“ Bella baru balik?” sapa Mak Eton ketika aku mula melangkah masuk. Aku yang pada mulanya mengelamun terus terpinga-pinga menjawab sapaan itu.
“ A’aah..” balasku teragak-agak. Malu juga bila tertangkap begitu.
Mak Eton tersengih.
“ Nak makan? Soalnya lagi prihatin.
Aku mengangguk.
“ Bella naiklah dulu, nanti mak siapkan. Panggil Arif sekali ya..” pesan Mak Eton dan berkira-kira mahu bergerak sudah menuju ke dapur.
Eh, Arif?
“ Mak.. Arif dah datang?” tanyaku bagai tidak percaya dan pertanyaan itu menghentikan langkah Mak Eton.
Anggukannya menjawab soalanku.
“ Kenapa Bella?” tanya Mak Eton kehairanan.
Aku tersenyum kelat.
Bella have to balik kampung semula..” balasku bagai mengadu dengan muncung.
Mak Eton hanya ketawa.
“ Tak payah nak tayang muka begitu. Abang tetap bawa sayang balik juga…” suara itu mengejutkan aku dari terus berdrama dengan Mak Eton. Mak Eton hanya menggeleng-geleng melihat tingkah pasangan itu dan segera ke dapur pulak.
Aku yang terkejut dengan kehadiran Arif yang tiba-tiba itu hanya terdiam kaku. Terkejut dengan kedatangannya dan lebih terkejut dengan kemesraan yang baru diucapkannya. Tanpaku sedar, Arif sudah berdiri di hadapanku.
Pertama kali, dengan rasa ikhlas kucupan hangatnya singgah ke dahiku.
Aku hanya memejam mata. Dalam langkah, di anak matanya aku nampak ada sinar kerinduan.
Benarkah itu yang aku nampak?
Aku mengalihkan pandangan kerana segan dengan perubahan yang dibawa Arif.
Sweet jugakan kalau you panggil I abang..” dia mula memberi cadangan. Aku yang bagai orang tidak siuman itu semakin terkejut dengan permintaannya.
Aku menelan liur.
“ Boleh tak? Mulai saat ini..” dia bertanya lagi dengan mengharap.
Aku bagai dikawal dengan alat kawalan hanya mengangguk saja tanpa banyak alasan. Arif sempat melepaskan tawa kecil malah menarik tanganku untuk menuju ke bilik makan. Aku yang bagai dipukau dengan sihirnya hanya menurut.
“ Mak.. banyak masak hari ini?” Arif sempat menyapa Mak Eton dengan mesra. Kebiasaannya bukan begitu.
Kenapa dengan Arif?
Demam atau kena sampuk?
Aku terus duduk di sebelah Arif. Aku meletakkan tangan di atas dahinya.
Tak panas pun!
            “ Kenapa ni sayang?” soal Arif sambil menggengam tanganku. Mak Eton tersengih sebelum meninggalkan kami berdua.
“ Okey tak ni?” soalku resah. Bukannya apa, sedari tadi Arif kelihatan aneh saja. Kalau memang dia kurang sihat, memang aku terpaksa jua balik ke kampung jugak ni.
“ Abang okeylah..” balasnya dengan senyuman. Aku hampir pengsan dengan senyuman ikhlas itu kerana selama ini dia senang menghadiahkanku dengan senyuman plastik. Kata ganti nama diri yang digunakannya memang membuatkan aku geli tapi apa daya, daripada aku semakin gila lebih baik aku terima saja.
Aku menarik tanganku dan bersiap untuk menyeduk makanannya. Memang aku akan selalu melayannya begitu walaupun Arif dingin denganku. Aku menuangkan air basuh tangan kepadanya dan dia menyambut dengan baik.
“ Makanlah sekali..” pelawanya.
Aku mengangguk. Kalau tak pelawa sekalipun, aku memang akan makan juga kerana perut aku memang sudah berdendang sayang. Dalam keadaan bingung itu, aku bagai dapat kesimpulan. Mungkin ini teknik Arif hendak membawa aku pulang ke kampung semula.
“ Awak ni nak pancing saya balik kampung eh?” soalku dengan berani.
Arif menghentikan suapan.
Dia resah sebenarnya.
Dia ternanti-nanti panggilan Laila yang sudah dihubunginya untuk membantunya memujuk Isabella pulang bersamanya. Masalah pejabat Isabella akan diselesaikan oleh kawan karibnya itu.
Dia mengerling jam di tangan. Beberapa saat lagi, dia pasti telefon rumah itu akan berdering.
Do you have choice?” soal Arif dengan selamba.
Aku dah agak!
“ Saya tak akan balik.. Office I ada problem, you masih paksa I..” aku menjawab dengan marah tapi mulut sibuk hendak menjamah makanan.
Arif pula buat tak tahu saja. Matanya lekat pada telefon rumah.
“ Satu..” Arif mula membilang.
Aku tersentak.
“ Dua..”
Aku mengerutkan dahi.
“ Masih cuti lagilah, kenapa macam nak mengajar pulak ni?” tanyaku semakin hairan.
Suamiku ini bagai disampuk pula.
“ Ti…”
Triit! Triit!
Telefon rumah benar-benar berdering meskipun Arif belum sempat menyebut nombor itu. Mak Eton segera menjawabnya dan memanggil Isabella pula.
Arih tersenyum bangga.
Aku menjelingnya.
“ Yes Laila..” sambut setelah bergegas membasuh tangan walaupun aku masih belum habis makan. Hati dipatuk resah semacam.
Pejabat ada masalah lagi?
Mrs.Isabella.. you don’t have to worry much then. Boleh sambung cuti semula. Masalah almost 89% selesai..” Laila bersemangat mengkhabarkan kepadaku berita itu.
Aku semakin hairan dengan semua yang terjadi. Pasti ini ada kaitan dengan Arif. Aku menoleh ke belakang dan tersentak. Bibir Arif terkena pipiku. Nafasnya hangat.
Aku menelan liur.
Mrs Isabella.. okey yaa?” Laila memanggilku dari corong telefon. Aku bagai baru tersedar, teragak-agak menjawab.
“ Okey,, I cuti..”
Aku terus mematikan telefon dan terus bergegas menaiki anak tangga menuju ke bilik tidur. Tergesa-gesa aku menutup pintu bilik dan duduk di birai katil. Aku memandang diriku ke dalam cermin. Macam orang bodoh ada juga.
Aku tersengih.
Aku menyentuh pipiku yang disentuh bibir itu. Merona rasanya muka. Macam angau!
Aku ketawa kecil.
“ Best, kena cium?” soalnya berani.
Aku tersentak dengan pertanyaan itu. Tidak sedar pula Arif sudah duduk bersilang kaki di atas sofa di hadapanku. Sudahnya, aku tidak menjawab langsung malah menunduk pula.
Arif melangkah tampan menuju ke sebelahku. Dia sengaja melabuhkan tubuhnya di sisiku dan berbaring berbantalkan lengannya. Dia mengarahkanku untuk menuruti perbuatannya. Aku yang masih seperti robot, patuh mengikut arahan.
Lama juga kami begitu. Kalau tidak ada penghawa dingin, mungkin Arif di sisi ini akan mendengar degup jantungku yang semakin laju kerana menahan getaran jiwa dek pendekatan yang dibuat oleh suamiku itu.
Dia kemudian menongkat kepalanya dan memandangku dengan pandangan aneh.
Aku hanya mampu menahan liur meskipun aku memberanikan diri ini membalas renungannya.
Tanpa kuduga dia meletakkan tangannya ke dadaku.
Aku terpana.
“ Kenapa debar di sini kuat sangat?” bisiknya dengan nakal.

5 ulasan:

Hafia Hana berkata...

sambng la lg.
dh lama xde n3

is berkata...

sweet!!!!!!!!!!

Ziana Eunos berkata...

bez ar citer isabella nie sis....teruskn....:))

Tanpa Nama berkata...

best2.. smbg lg erkkk..

cactaceous opuntia berkata...

wah..ni change for good ke x ni...pliz2 kate change for good...