BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Jumaat, 17 Jun 2011

Bab 18 - Epilog Cinta Isabella


Bab 18
Epilog cinta Isabella
Bawaku pulang ke ruang rindumu

            Hari senja sudah melabuhkan tirai maghrib. Aku dan Arif sudah berada di luar rumah ayah dan ibu. Kedatangan kami disambut dengan mesra  oleh ayah dan ibunya atau lebih tepat lagi Pak Ngah dan Mak Ngah yang juga merupakan ibu mertuaku kini.
            “ Lama dah sampai?” soal ibu sambil menyambut huluran salam tanganku.
            Aku mengangguk sopan menjawab pertanyaan ibu.
            “ Afif dah balik, dengan kawan baru dia..” ayah memula bicara setelah mempelawa aku dan Arif masuk. Khabar itu membuatkan aku tersentak. Orang yang membuat luka itu sudah pulang rupanya. Tiba-tiba saja langkahku jadinya kaku untuk terus masuk ke dalam rumah itu.
            Ayah dan ibu sudah mendahului kami.
            “ Let bygone be bygone..”
            Aku menghela nafas berat.
            Biarlah… yang lepas jangan dikenang lagi, kalau dikenang merajuk lagi sang hati. Dengan semangat baru, aku menarik tangan Arif dan menggenggamnya erat. Kami melangkah bersama masuk ke dalam rumah sebagai pasangan bahagia walaupun asal perkahwinan kami digoncang kedinginan.
            “ Dah lama balik?” soal Arif kepada Afif yang sedang duduk bersama seorang perempuan bertudung di sebelahnya, di ruang tamu.
            Aku di sisinya hanya diam. Entah, sebenarnya apakah reaksiku setelah lama dia menjauh meninggalkan aku dengan Arif.
            Perlukah aku hina, caci atau tampar dia sekali kerana membuat luka atau menerima saja kekejaman yang dia lakukan? Bukankah bersama Arif aku juga hampir meniti bahagia?
Suasana menjadi tegang. Gadis yang pada mulanya memperkenalkan dia sebagai Ayu Maya itu senyap ditelan kebisuan. Semuanya menjadi janggal. Mungkin inilah pertemuan yang menjadikan penantian dan persoalan berakhir.
            Jujur saja, hati ini benci memandang Afif. Sayangnya, wajahnya jua mirip suamiku yang sudah mula mengambil tempat di hati.
            Arif mengajakku duduk di sofa bersebelahan dengannya. Aku tanpa banyak alasan hanya menurut. Masih kebingungan dengan situasi yang baru saja aku alami itu.
            “ Dengar cerita, abang nak buat majlis bersanding…” Afif memula bicara.
Lagaknya bagai orang yang tidak bersalah saja dengan apa yang telah terjadi.
            “ Insya Allah..” balas Arif bersahaja.
            Ayu di sebelah Afif hanya tersenyum kelat tapi aku tetap tidak menggaris sebarang senyuman.
            Beratkah untuk dia menyatakan maaf atas perbuatannya dulu?
            “ Sebelah tu siapa?” soal Arif.
            Afif tersenyum.
            “ Bakal orang rumah..” dia bersuara bangga.
            Aku tersentak. Bagai tercalar sang hati mendengar kenyataan yang baru disampaikannya itu. Kenapa pulak aku merasakannya?
            Ayah dan ibu pula masuk sama ke ruang tamu. Ibu membawa sedulang minuman untuk dihidangkan kepada kami dan disambut pulak oleh Ayu yang kononnya mahu mengambil hati bakal ibu mertua itu. Aku yang ada di sebelah Arif terasa terpukul dengan adegan itu. Nampak sangat mengada-ngada dan menunjukkan aku bukan menantu yang baik pula.
            “ Bincang apa anak-anak ayah ni?” soal ayah sambil menyimpan tangan kanannya di bahu ibu.
            “ Jemput minum Arif, Bella..” ibu mempelawa pula.
            Aku hanya tersenyum sambil mengangguk tanda berterima kasih dengan pelawaan ibu itu.
            “ Pasal majlis kita ayah..” balas Afif.
            Ayah terangguk-angguk.
            “ Kalau tak keberatan, kita satukan saja majlis persandingan..” ayah mula memberi cadangan.
            Aku terkaku.
            Satukan majlis? Jujur saja, aku benar-benar keberatan. Aku memandang Arif dengan penuh harapan, berharap dia akan menolak cadangan ayah itu demi memahamis situasiku dan perasaanku saat ini.
            “ Err.. ayah, kami merancang nak langsungkan dua minggu lagi ayah..” balas Arif bagai memahami. Walaupun tempoh itu terlalu cepat tapi sekurang-kurangnya aku tidak mahu disatukan majlis dengan bekas tunanganku itu. Aku ada harga diri yang bukan sesenangnya dipijak dan dipermainkan.
            “ Cepatnya…” ibu pula menyampuk.
            Aku di sisi Arif masih diam.
            “ Kami dah buat banyak persiapan, bu. Kami tak nak menyusahkan semua orang..” Arif berkata tenang tapi lagaknya bagai menyindir saja. Aku sempat mengerling wajah bekas tunanganku itu dan gadis itu yang ketara benar perubahannya. Itulah yang membuatkan hatiku senang. Ya, aku akui. Aku menyimpan dendam. Bodohlah aku kalau tidak merasainya. Aku pun bukannya baik sangat.
            “ Ayah dan ibu tak ada halangan. Terpulanglah. Apa yang kamu nak ayah dan ibu bantu, Insya Allah kami tolonglah..” ibu pula bersuara seperti suka dengan keputusan kami. Aku tumpang senang kalau ibu sudah merasa begitu.
            “ Bella dah call mummy?” ayah bertanya.
            Aku memandang Arif berharap dia yang akan menjawab pertanyaan mudah itu kerana aku memang betul sama sekali mengkhabarkan perancangan mendadak ini kepada mummy.
            “ Mummy okey ayah.. Dalam waktu terdekat ini mummy balik..” Arif menjawab dengan lancar. Aku turut sama mengangguk bagi menyokong kenyataan yang diucap suamiku itu.
            “ Abang nak adakan majlis dimana dan tema apa?” Afif pula bertanya.
            Aku terdiam lagi dengan pertanyaan itu. Dulu, aku pernah berangan-angan untuk kahwin ala taman dengan Afif tapi impian itu musnah dengan keegoannya yang mencalar hatiku.
            “ Abang dan Kak Bella nak buat majlis di rumah kami di bandar dan temanya 1001 malam..” rancak Arif merangka rancangan yang aku belum terfikir lagi. Nasib baiklah suamiku tidak merancang kahwin ala taman itu. Sejak peristiwa itu berlaku, niatku beku. Tidak mahu lagi mengenang semuanya. Lagipun, tema yang dicadangkan Arif itu menarik sekali.
            “ Padan tak dengan isteri abang?” tanyaku dengan nada suara yang manja. Sengaja menyakitkan hati insan yang tidak jauh daripada kami. Entahlah, kenapalah aku suka benar menyakitkan hati mereka berdua.
            “ Isabellakan cantik.. pasti sesuai sangat..” ibu pula yang menyampuk.
            Aku tersipu pulak dengan pujian ibu.
Sepasang mata itu pula, semakin menikam hati yang sudah lama rapuh.


1 ulasan:

cactaceous opuntia berkata...

erkk...bella ni da ske ariff blm...adeh