BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Isnin, 13 Jun 2011

Bab 13- Epilog cinta Isabella

Bab 13
Epilog cinta Isabella
Bawaku pulang ke ruang rindumu

Arif berasa puas dengan kemenangan yang baru diperolehinya dari Isabella. Memang sebenarnya dia tidak berniat untuk menambahkan lagi kerumitan masalah Isabella tetapi dia mahukan Isabella rasakan kehadirannya sebagai suami itu ada. Dia mahu Isabella menemani waktu cutinya. Dia sendiri sudah menghubungi Zaqwan untuk menyelesaikan masalah Isabella kerana kawan karibnya itu lebih pakar dengan masalah yang seperti Isabella hadapi. Namun, dia tidak mahu Isabella tahu akan usahanya membantu isterinya itu. Cukuplah dia dapat melihat Isabella tersenyum lagi seperti selalu walaupun kadang kala senyuman isterinya itu tidak disambutnya. Bukan dia ego atau hipokrit seperti yang selalu Isabella katakan tetapi dia tidak tahu kenapa hatinya dingin dengan Isabella. Senyuman itu selalu dilihatnya ketika Isabella masih rapat dengan Afif tetapi aneh benar, senyuman Isabella sangat indah bila tergaris untuknya.
Gila bayangkah sudah dia pada isterinya?
Arif meraup wajahnya dengan perlahan. Dia merasakan jauh dari Isabella walaupun sebenarnya jurang itulah yang dia cipta. Dia tidak rela menjadi ganti kepada Afif kerana dia juga ada harga diri.
Sedarkah Arif yang sebenarnya Isabella tidak pernah mempertikaikan dengan harga dirinya? Tahukah Arif Isabella redha menerimanya sebagai suami kerana dia tahu Afif tidak sematang abangnya untuk meneruskan bahtera perkahwinan meskipun pada dasarnya Afif yang merancang untuk membina rumah tangga.
Arif kemudiannya bangkit dari sisi meja telefon itu. Petang benar nanti, barulah dia bertolak untuk menjemput Isabella lagi. Dia segera menuju ke dapur untuk membasahkan tekaknya. Dalam sibuk dia membuka almari untuk mencari gelas kesayangannya itu, Arif ternampak sekeping surat di balik kabinet berhampiran sinki. Sepertinya surat itu sengaja disembunyikan tetapi dalam keadaan yang tidak kemas. Mungkin tergesa-gesa. Kalau tidak peka, mungkin tiada siapapun yang tahu akan adanya kertas itu di sana. Lantaran rasa ingin tahu jugalah Arif menarik perlahan kertas itu dengan payah.
Perlahan-lahan Arif membuka kertas yang berlipat nipis itu untuk dibaca.
Surat untuk ayahnya…
Arif menelan liur.
Seperti tulisan atuk saja kelihatannya kerana sebelum ini dia ada membaca coretan atuk di dalam album gambar-gambar mereka sewaktu kecil.

            Sejak anak aku kahwin, Allah berikan aku cucu kembar. Alhamdulilah.. bahagia rasanya. Bila surat ini dibaca pulak nanti, itu maksudnya ayah atau atuk dah tak ada. Pesan aku satu saja, kahwinkan salah seorang cucu aku dengan anak Saiful Morgane. Walaupun kamu Wahid banyak berjasa tolong dia tetapi aku tahu Saiful hendak membalas jasa kamu. Aku tahu kamu ikhlas tapi tolonglah dia juga membalas jasa kamu. Sedikit pun tak apa.. niat Saiful tu baik..
Kalau boleh, Ariflah yang sesuai dengan c Bella dia tu..
Tolong ayah ya Wahid.. Saiful pernah merayu pada aku sebelum ini…

Arif terpempan dengan isi warkah peninggalan atuknya itu. Patutlah sejak kecil lagi ayahnya suka mereka berdua rapat dengan keluarga Isabella. Dalam usaha ayah merapatkan itu, Afif pulak yang berkenan dengan Isabella. Mungkin ayah pasrah juga sebab atuk ada berpesan ‘salah seorang cucu kembarnya’ yang akan dikahwinkan dengan Isabella.
Arif melipat kertas itu dengan berat hati. Dia seperti dihempap dengan sebiji batu besar sehingga kelu dan beku membuat sebarang kesimpulan. Patutlah seminggu sebelum Afif dan Isabella disatukan, Afif seperti orang yang bersalah. Arif masih ingat yang Afif mahu bermalam di rumahnya untuk beberapa hari kerana dia merasa segan dengan sanak-saudara di kampung yang suka mengusiknya apabila berada di rumah ayah.
Mungkin inikah yang menyebabkan Afif berubah hati?
Arif dipagut rasa bersalah.
Benarkah kerana permintaan atuk ini yang menyebabkan Afif beralih arah?
Arif melepaskan keluhan.
Dia mematikan hasrat untuk membasahkan tekak, malah memilih untuk kembali ke bilik tidur pula. Dia duduk di birai katil.
Afif perlu dicari!
Dia perlu tahu dia sepatutnya tidak berkorban sejauh ini!
Tapi.. tegarkah dia menyerahkan Isabella yang sudah dinikahinya?
Arif termangu lagi.
Dalam keremangan waktu itu, dia menatap lipatan kertas yang sudah dibacanya. Antara sedar dan tidak, saat dia melipat kecil kertas itu, dia ternampak hasil tulisan Afif.

Pandangan orang tua, tak pernah salah. 
Aku perlu laksanakan..
Abang Arif, jaga Isabella sebab Afif tak mampu tunaikan. Afif bangga ada girlfriend cantik macam Bella tapi belum bersedia jadikan dia isteri. Afif terdesak kerana ayah paksa.. please, once you read this.. protect Bella like Edward does..

Arif hampir ketawa dengan pesan yang ditulis oleh adiknya itu. Dalam keadaan yang rumitnya meruncing berkaitan dengan masa depan itu pun, Afif masih sempat menyelitkan kisah puntinak glamour yang pernah mereka saksikan di wayang itu.
Kisah Twilight.
Cinta yang aneh tapi itulah yang menjadi skop penceritaan kisah yang romantik itu. Walaupun dia bukan jenis yang romantik dan jiwa-jiwa tapi dia kagum dengan perasaan cinta Edward kepada Bella. Kisah cinta dari dua alam yang berbeza, banyak halangan tapi Edward sanggup mempertahankan Bella daripada bahaya. Namun, bagaimana dengan dia? Bagaimana dia menjaga Isabella yang sudah menjadi isterinya itu? Bukankah mereka dari alam yang sama, yang sebenarnya saling memerlukan antara satu dengan yang lain?
Belumkah Isabella berpatah arang dengannya?
Arif menghempaskan tubuhnya di atas katil yang empuk itu. Matanya meliar memandang siling biliknya. Dia terbayang-bayang senyum Isabella di situ. Dia terhidu-hidu wanginya helaian rambut perang isterinya.
Tujuannya ke kampung sudah terjawab.
Afif tidak bersedia menerima Isabella kerana Arif lebih layak.
Sebagai lelaki punya harga diri, itu satu tanggungjawab yang besar bagi Arif. Seharusnya dia berfikiran dewasa dan bukannya berdendam dengan jalan yang dipilih oleh Afif walaupun sebenarnya dia terkilan kerana Afif rela menconteng arang ke muka keluarga daripada berbincang dengannya. Tapi, bila difikirkan semula, sanggupkah dia jadi pengantin terjun waktu itu?
Arif mendengus.
Apa-apapun, dia memang jadi pengantin waktu itu.
Dan saat itu, dia terbayang dengan wajah Isabella yang cantik dengan mengenakan gaun perkahwinan yang cantik.
Tiba-tiba saja dia memasang angan sebegitu. Dia tekad, selepas keluarganya balik umrah nanti, dia mahu membuat majlis persandingan walaupun sudah beberapa bulan dia menikahi Isabella. Dia mahu tunjukkan kepada semua orang termasuk murid yang dicemburui Isabella tanpa usul-periksa itu bahawa dia adalah suami orang dan dia redha menikahi Isabella kerana itu adalah tanggungjawab buatnya. 
Lagipun, Isabella cantik baginya.
Sebagai lelaki, bukankah itu satu kebanggaan memiliki isteri cantik seperti Isabella?

1 ulasan:

blinkalltheday berkata...

bagus arif...sian bella tggu awak!