Bab 26
Epilog cinta Isabella
Bawaku pulang ke ruang rindumu
Arif rasa terpukul melihat isterinya, Isabella itu menangis teresak di ruang bacaan itu. Itu yang dia saksikan ketika mengintai Isabella di balik pintu yang sengaja direnggangkannya. Baginya, bukan hanya Isabella yang bagai disentap saat sesiapa saja yang menyebut nama adiknya itu tetapi dia juga merasakannya. Tambahan lagi Afif meninggalkan memori luka dalam lipatan kisah hidup Isabella. Apatah lagi, Afif itu adiknya. Bagaimana mungkin dia dapat memujuk Isabella untuk melupakan Afif sedangkan adiknya itu selalu muncul di depan mata?
Air yang dicincang tidak akan putus!
Itu adalah hakikat.
Manusia biasa sepertinya, mana mungkin mampu merubah takdir. Walaupun Afif kembali kali ini bersama pengganti, namun Isabella dan dirinya tidak buta untuk menilai maksud kepulangan Afif itu.
Tanpa berfikir panjang, Arif segera mengambil kunci keretanya. Dia mahu pergi ke rumah sewa Afif untuk bersemuka dengannya.
Dia mahu masalah yang membelenggu dirinya diselesaikan dengan cara dewasa dan seharusnya Isabella tidak tahu akan hal ini. Biarlah hal ini menjadi rahsia. Dia tidak mahu Isabella menanggung beban seorang diri. Apa yang Isabella rasakan, dia turut jua merasa.
Afif harus tahu erti luka hati isterinya.
Dia harus belajar menghargai orang lain!
0 ulasan:
Catat Ulasan