BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Ahad, 24 Mei 2015

BAB 17-SETIA PADA DIA

BAB 17
SETIA PADA DIA
“ Suatu saat nanti akan kaurasai sepi rinduku ini….”

Pagi itu aku lihat Soleha sudah menarik muka saat dia masih menanti di ruang makan. Rasa bersalah memang 1001 sudah menjengah masuk ke ruang hatiku. Dengan teragak-agak aku mendekati adikku itu namun sedayanya mempamer riak tenang seperti orang tidak bersalah.
     “ Ni yang malas nak minta kakak teman ni..” Soleha mula bersuara.
Aku tersentak seraya langkahku mati.aku menarik sengihan panjang dan segera memeluk bahunya.
“ So sorry sayang..” pujukku dengan manja meskipun aku tahu reaksiku itu akan membuatkan rajuknya semakin panjang dan bertambah meluat.
Aku tergelak sakan.
“ Lisaa.. kenapa pagi-pagi dah buat perangai ni?” soal mama yang tiba-tiba muncul dari pintu dapur. Aku segera menyambut mee yang dibawa mama dan meletakkannya di meja makan tanpa menjawab teguran mama. Mungkin abah dan mama tadi pergi ke pasar untuk membeli barangan dapur kerana kuperasan sudah lama mama dan abah tidak mengisi semula barangan dapur.
Aku kemudian duduk di sebelah adikku yang masih lagi menunjukkan muka masamnya.
“ Depan rezeki ni, dik..” tegur abah pula yang kemudiannya muncul dari ruang tamu bersama surat khabarnya. Dia kemudian meletakkan surat khabar itu di sisi meja telefon sebelum ikut serta duduk bersama kami untuk menjamu makan pagi sekali lagi dengan oleh-oleh yang mereka belikan untuk kami.Menyedari akan hakikat abah dan mama bagai menanti dari responku, akhirnya aku mengalah dan kemudian memohon maaf.
“ Yalah, Lisa nanti tak buat lagi.. sebagai tanda ikhlas, Kak Lisa belanja hari ini… okay?” pintaku kemudian kepada Solehah.
Pasti dia bertepuk tangan.
“ Yess!! Ni yang adik tunggu dari tadi..” balasnya dengan ceria lantas kemudian mentertawakanku di sebelah yang terkulat-kulat dengan reaksinya itu.
Spontan abah dan mama ikut sama ketawa kecil.
“okaayyy, dalam hal ni Lisa yang mangsaa…” ujarku kemudian dengan suara merajuk pula.
Solehah makin menguatkan tawanya.
“ Tak comel lah Kak Lisa buat muka begitu…”Solehah mengusikku pulak.
Aku hanya diam dan berpura-pura sibuk menyeduk mee ke dalam pinggan. Masih diam walaupun tanganku kemudiannya memilih untuk menuang Nescafe sejuk ke dalam gelas. Untung juga pagi ini dapat menikmati makan pagi dua kali. Boleh jimat tak minum kedai bila shopping nanti. Lagipun sudah jadi kebiasaan aku dan Soleha mesti jugak singgah kedai makan selepas shopping sekadar membasahkan tekak. Harap-harap nanti tidaklah sebab makin penuh perut pagi ini dengan limpahan rezeki lebih.
Mama dan abah masih menunggu reaksiku.
“Apa?” soalku kemudian, menjadi hairan dengan kemudian dengan keganjilan mereka hari ini. Tidak pernah-pernah mengusik aku berlebihan hari-hari sebelum ini. Takkanlah disebabkan Azmi sering datang ke rumah menjadi petanda aku sudah move on. Azmi sudah lama hadir dalam hidupku. Tak ada bezanya sama sekali.
Aiiik, kenapa tiba-tiba Azmi pula yang terlintas di fikiranku?
Keadaan itu kembali senyap saat abah sudah memberikan isyarat untuk kami menadah tangan untuk membaca doa makan. Abah memang begitu berat soal begini kerana padanya, penting untuk kami sama-sama mencari kebahagiaan dari keberkatan yang kami sendiri pohonkan. Selesai mengaminkan, kami masing-masing menikmati juadah pagi tanpa sebarang bicara sehinggalah aku termangu sendiri dengan reaksi mereka.
Seolah-olah mereka sedang menanti aku mengatakan sesuatu.

Aku atau mereka, ada yang tidak kena agaknya?

0 ulasan: