BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Selasa, 26 Mei 2015

BAB 20-SETIA PADA DIA

BAB 20
SETIA PADA DIA
“ Suatu saat nanti akan kaurasai sepi rinduku ini….”

     “Azmi, uncle dengar hujan lebat sangat tu. Tak usahlah balik malam ni. Biar Lisa siapkan bilik tetamu tu untuk kamu bermalam..” suara abah tiba-tiba kedengaran ketika kami sedang membalek-balek album zaman sekolah yang kebetulan tidak jauh dari ruang rehat itu. TV pun telah lama kami matikan memandangan hujan lebat dan kilat pulak kerap memancar di luar. Segera kami berdua memandang abah yang sudah pun menghampiri kami.
     “Tak apalah uncle. Hujan teduh nanti bolehlah saya balik..” tolak Azmi sesopannya pelawaan abah.
     “Tak apalah. Esokkan kamu kerja. Boleh juga tidur awal. Kalau dibuatnya hujan hingga ke subuh tak juga teduh, mengantuk kamu nanti..” balas abah lagi, masih mencuba untuk mempelawa Azmi bermalam di rumah.
     Hanya saja aku termangu.
Tidak sama sekali menyangka abah akan mempelawanya bermalam di rumah sedang aku sendiri tidak terfikir akan hal ini. Kalaulah Najihah tahu Azmi sudah diberi lampu hijau bermalam di rumah, apalah agaknya yang dia labelkan hubungan kami ini.
“Baiklah uncle.. terima kasih..”
Suara Azmi menghentikan resahku. Abah tersenyum sebelum kembali naik ke tingkat atas bersama secawan minuman panas. Mungkin abah tadi singgah ke dapur dan nampak kami yang masih lagi melepak di ruang rehat itu.
Aku dan Azmi berpandangan.
“Kau okay ‘Eisy?” soalnya kepadaku perlahan.
Aku sekadar menggaris senyum.
Mungkin kerana aku yang tidak bersuara sebelum ini yang menyebabkan dia teragak-agak untuk menyahut pelawaan abah.
Ah, apa salahnya untuk malam ini saja!
Aku memujuk hatiku sendiri.
“Kalau kau sudi..” balasku, bersama ayat yang kubiarkan dia membuat kesimpulan.
Dia mengangguk.
“Kau bawa uniform? Kalau ada, bolehlah kau bertolak dari rumah. Kalau tak, esok aku kejutkan kau awal..”
Dia diam berfikir.
“Rasanya ada. Cuma tak gosok lagi…”
“baguslah..”
“Sayang tolong gosok, nak?” soalnya nakal.
Aku merengus kasar.
Sengaja betul dia ni.
Suka benar ambil kesempatan untuk membuli aku sebenarnya.
“Ambil lah dulu. Aku nak kemas bekas kita ni..”jawabku, mengalah.
Diakan tetamu.
Apa salahnya?
Dia kemudian terus berdiri untuk menuju ke luar. Aku sempat berpesan sekiranya ribut di luar rumah, lebih baik esok saja dia mengambil pakaiannya sebelum aku berlalu ke dapur mengemas bekas minum kami. Aku mengambil kesempatan mencuci dan mengemas sekaligus sebelum aku keluar semula menuju ke ruang rehat.
Azmi masih di luar.
Aku kemudian memilih untuk menunggunya di muka pintu. Kulihat dia masih berusaha menuju ke keretanya yang tidak jauh diparkir bersebelahan dengan keretaku. Nasib baiklah juga dia masih boleh berteduh di garaj itu. kalau makin melebat hujan, memang dia kena tempias jugak.
Kilat memancar tiba-tiba membuatkan aku terkejut. Spontan saja responku berlari menuju ke ruang rehat dan duduk terus di sofa. Rasa takut menular ke jiwa. Memang tidak boleh aku bertahan kalau situasi itu terjadi. Memang sudah dari kecil lagi aku ini jenis yang takut dengan suasana begitu.
“Lajunya lari?” tegur Azmi yang sudah berdiri di sebelahku. Dia meletakkan baju seragamnya di atas meja.
Aku menjeling.
“Kau takut eih?” soalnya nakal.
Aku mengangguk.
“Nak takut apa? Itukan lumrah alam..”
Aku mengetap bibir.
“Kau tu jiwa kental. Bolehlah kata begitu..” jawabku, sedikit berjauh hati. Tidak suka dengan katanya itu seolah-olah aku ini menafikan kejadian alam yang sememangnya sudah biasa dilalui di dalam kehidupan ini.
Dia berani mencuit tanganku.
Nakal saja tawanya terdengar.
“Nak merajuk konon. Tak cantik pun ‘Eisy..”
Aku menjelingnya.
“Jangan lebih-lebih yaa.. kalau abah nampak, sah-sah kena nikah kita nanti..” tegurku seraya mencubit lengannya.
Azmi ketawa kecil.
“Dahlah, kunci pintu utama tu. Semua kunci mesti pasang.. cepat!” arahku sebelum aku menantinya di depan pintu bilik tetamu yang tidak jauh dari ruang tamu kami. Aku membuka pintu dan membiarkan lampu terpasang. Aku menghidupkan suis penghawa dingin dan meletakkan semula alat kawalannya tidak jauh dari meja lampu tidur. Aku sudah berkira-kira hendak keluar dan tanpa kuduga, berselisih dengannya di pintu itu.
Aku dan Azmi saling berpandangan.
Tanpa kata.
Tanpa bicara.
Dekat dan menerbitkan debar rasa.
Aku menunduk.
Mula merasakan tidak selesa dengan keadaan ini. Aku melangkah ke kanan, dia ke kanan. Aku memilih untuk ke kiri, dia ke kiri.sengaja dia menghalang setiap sudut langkahku yang ingin berlalu dari situ.
Aku kemudian mengeluh.
“Jangan nakal boleh tak?” tegurku dan seraya mencubit perutnya.
Dia mengaduh sakit.
“Nak usik pun tak boleh..”dia mengadu kepadaku dalam sakitnya. Dia masih menggosok-gosok badannya yang menjadi mangsaku itu.
“Nak usik pun ada batas okay…”
“Kita kahwinlah,.. please..”
“Mengada-ngada betul!”
Dia ketawa nakal.
Kemudian dia memberiku ruang untuk pergi dari situ tapi masih lagi mengusik dan sengaja menghalang jalanku.
“Eeii, dahlah. Pergi tidur!” arahku geram.
Mengalah dengan kenakalannya yang tidak sudah-sudah itu. Aku amat bimbang sekali dengan usikannya itu. aku takut seandainya datang rasa yang lain. Aku bimbang akan hadirkan kerinduan dan sesuatu yang aku belum mahu fikirkan dulu.
Aku hampir menutup pintu.
“Sayang, tolong yaa gosokkan baju tu..”
Aku mengangguk dan terus menutup pintu. Malas sudah rasaku hendak layan kenakalannya. Lebih baik aku selesaikan dulu segala yang dia pesankan sebelum masuk tidur. Nanti kalaulah abah turun sekali lagi dan kami masih lagi belum tidur, mungkin abah akan fikir lain.

Susahlah kalau semua orang dalam rumah beranggapan Azmi ini istimewa benar padaku!

0 ulasan: