BAB 24
SETIA PADA DIA
“ Suatu saat nanti akan kaurasai sepi rinduku ini….”
Azmi tersentak saat talian tiba-tiba
dimatikan. Dia rasa bersalah kerana tidak menyangka ‘Eisy akan berjauh hati
dengan tegurannya. Sebenarnya dia bimbang dengan keselamatan gadis itu. dia
takut di balik kegelapan malam bersama gerimis kuat itu akan mengundang musibah
kepadanya. Memikirkan akan hal itu, Azmi bergegas menukar pakaian dan menuju ke
bilik sebelah. Dia tinggal serumah dengan kawan-kawan kerjanya berhampiran
dengan markas. Bersungguh-sungguh dia mengejutkan kawannya agar segera bangun
dan menghantar kepada ‘Eisy.
‘Eisy ni pun satu juga. Kenapalah dia tidak
terfikir untuk siapkan saja tugasan selebihnya dan di rumah dan menghantar saja
esok di awal pagi. lagi memudahkan dirinya daripada dia terperangkap di tengah
malam begini. Bukan dia tidak mahu menolong ‘Eisy Cuma hatinya kuat berdegup
kerana bimbang dengan keadaan ‘Eisy yang sudah menaruh rajuk kepadanya.
Azmi mengetuk pintu dan mendekati kawannya
yang lena tidur. Cuaca hujan sebegini pastilah boleh membuai rasa dan mimpi.
“Takkan tengah malam ni kau nak aku
hantar..” rungut Azhar yang masih lagi mamai.
“Yalah. Kasihan sayang aku tu..” jawab Azmi
seraya menarik tangan Azhar untuk membawanya keluar dari situ. Hendak tak
hendak Azhar menurut jua kerana dia tahu Azmi seorang kawan yang baik perlu
ditolong. Berulangkali juga Azmi meminta Azhar memandu dengan cepat namun Azhar
tetap memintanya bersabar. Dia sekadar ingin mengusik Azmi yang sudah resah
benar itu kerana tidak pernah dia melihat Azmi sebegini bimbang.
“Special sangat dia ni pada kau, Mi?” soal
Azhar ketika membelok ke jalan yang dimaksudkan Azmi.
“Lebih dari segalanya, Har..”
Azhar mati kata. Tidak mampu lagi
meneruskan bicara apabila Azmi begitu serius. Selama ini jarang benar Azmi
bercerita tentang perempuan apatah lagi mengambil berat. Hairanlah juga mengapa
dengan tiba-tiba, mala mini Azmi begitu jelas kerisauannya akan seseorang.
Istimewa benarkah gadis itu padanya?
Mengerti akan perasaan Azmi, Azhar mencuba sedayanya
yang mungkin mempercepatkan pemanduan walaupun hujan masih lebat. Lewat
beberapa minit, kereta ‘Eisy sudah kelihatan.
Azmi sudah mahu membuka pintu kereta.
“Kau tak guna payung ni?” soal Azhar yang sudah mahu
mencapai payung di tempat duduk belakang.
Azmi menolak.
“Thanks buddy. Aku hutang kau nanti
yaa..”ucap Azmi yang sudah berkira-kira mahu keluar.
“Eih tak apalah. Tu gunanya kawan..”
Azmi mengangguk dan dia segera keluar dari
perut kereta walaupun tanpa hujan masih belum reda. Walaupun harus basah,
keselamatan si dia lagi utama.
Eisy lagi penting dari dirinya. Apalah
sangat hujan yang ada kerana dia sudah terbiasa dengan cuaca yang lasak
sebegini.
Kalau sesuatu yang tidak kena pada ‘Eisy,
dia juga yang akan menyesal seumur hidup. kawan jenis apalah dia kalau meminta
bantuan sedikit, dia menolak dan keberatan?
0 ulasan:
Catat Ulasan