BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Selasa, 26 Mei 2015

BAB 19-SETIA PADA DIA

BAB 19
SETIA PADA DIA
“Suatu saat nanti akan kaurasai sepi rinduku ini….”

Jam dinding menunjukkan ke pukul 8 malam. Azmi sudah mengkhabarkan kepadaku yang dia akan sampai sekejap saja lagi. Bergegas benar aku dibuatnya. Takut nanti, kalau dia sudah sampai di luar tambahan lagi abah yang menyambutnya, aku pulak yang bakal diberi ceramah percuma lantaran abah yang tidak suka kami membuat tetamu tertunggu-tunggu. Usai memandang diri untuk terakhir kali di cermin dan berpuas hati, aku terus berpaling menuju ke pintu bilik tidurku seraya membetulkan sedikit tudung yang aku kenakan. Kira okaylah tu kan kenakan jubah dan tudung express berwarna cream.
Aku menuruni anak tangga sedikit pantas dan menuju terus ke pintu utama. Kebetulan kereta Azmi baru saja memasuki perkarangan rumah.
Aku bersyukur di dalam hati.
Kalau tidak, memang kenalah aku apabila Azmi pulang nanti. Aku menanti dia keluar dari kereta dengan rasa yang berbaur. Dengan kenangan lama yang mengusik hati dan bersilih ganti dengan realiti.
Aku memujuk hati sendiri.
Pastilah ketentuan sebegini Allah sedang persiapkan hikmahnya, monologku sendiri.
“Assalammualaikum..” sapa Azmi yang sudah menghampiriku.
Aku tersenyum dan menjawab salamnya. Dia membalas senyuman sama namun kali ini berbeza pada pandanganku keindahannya atau aku yang berperang dengan perasaan sendiri?
Ah.. memori lama menggamit lagi!
“Masuklah..” jemputku sedang dia yang masih berdiri di ambang pintu sudah bersiap-siap menanggalkan kasut. Aku beriringan dengannya menuju terus ke ruang makan kerana aku juga serba-salah kalau-kalau membuatkan abah, mama dan Soleha menanti lama waktu untuk makan malam bersama malam ini.
“ Dah lama semua tunggu ‘Eisy?” bisik Azmi sedang kami sudah dekat ke ruang makan.
Wajahnya terbayang jelas rasa bersalah.
Aku menggeleng, demi menyedapkan hatinya. Aku masih ingat pesan abah untuk sentiasa mengutamakan tetamu yang datang dan juga menjaga hati tetamu. Demi bertemu abah dan mama, Azmi terus menghulur tangan untuk bersalaman. Sempat kuterlihat abah menepuk-nepuk bahu Azmi sebelum abah mengajaknya duduk bersebelahan kerusi yang kebiasaannya menjadi pilihanku duduk di meja makan itu. spontan saja aku menyendukkan semua menu makan malam ke pinggan Azmi tanpa dipinta.
Entah, masihkah aku dihantui bayangan lama?
Soleha di depanku tersenyum nakal namun hanya aku hadiahkan dengan jelingan saja. Dia memang suka sangat menyakat aku yang kadang jadi tidak selesa saat dekat dengan Azmi.
Abah mengisyaratkan semua untuk menadah tangan. Doa mula dibaca seketika lalu diaminkan. Kami memulakan makan dengan suasana yang tenang, seperti selalu. Bezanya, Azmi turut sama.
“Sedap.. mana satu yang sayang masak?” bisik Azmi di sisi, juga tetap ada sikap mengusiknya. Sesekali kerlingan mama mengusik hatiku namun aku tunjuk muka tenang sedang dalam hati, berperang sejuta rasa.
“Biasa saja. Mama yang masak..” balasku, juga berbisik.
Dia mengangguk.
“Tambahlah Azmi…” luah abah tiba-tiba, membuka suasana meriah di meja makan. Mungkin abah perasan kami berdua yang hanya bersembang tapi sekadar bebisik-bisik saja.
“ A’aah betul tu. Peluang makan besar ni..”tambah mama pulak.
Abah tertawa kecil.
“Mana taknya. Semua anak dara auntie kamu ni ikut campur..”sambung abah dalam tawanya yang masih tersisa.
“Hmmm.. patutlah meriah makanan malam ni..” sahut Azmi lagi. Nadanya kedengaran nakal dan bersahaja sambil dia sempat menjeling aku di sebelahnya.
Aku mencebik.
“Istimewa..”jawabku, antara dengar dan tidak.
Azmi tersenyum.
“Aku hargai. Terima kasih..”balasnya, juga berbisik. Seolah-olah di situ bagai hanya ada aku dan dia sedangkan ada 3 pasang mata melihat kemesraan kami yang laksana malu-malu itu pula. Aku tersentuh dengan kata-kata itu. terasa dihargai meskipun tidak banyak usahaku dalam misi menyediakan makan malam itu.
Mama yang menyifatkan sebagai misi penyediaan makan malam untuk malam ini.
“Lepas ni nanti, auntie suruh adik hidang minuman panas pulak. Bolehlah untuk sembang-sembang nanti..” mama bersuara.
“Tak apalah maa.. Lisa rasa adik nak masuk tidur awal..” jawabku sopan, menolak sebenarnya.lagipun Azmi itu tetamuku dan akulah yang lebih utama melayan tetamuku.
Azmi sekadar mengangguk.
“Tak tambah lagi?” soalku.
Dia menggeleng.
Please..” rayuku manja, sengaja mengusiknya walau sebenarnya di awal tadi sudah agak banyak nasi yang kusediakn ke dalam pinggannya tadi.
Hendak tak hendak saja Azmi mengangguk apabila sudah singgah nasi itu ke pinggannya.
Abah berdehem.
Aku tersenyum manja.
Aku faham maksud abah. Pastilah abah memberi isyarat menegur tingkahku yang mengusik Azmi itu.
Azmi sekadar menggaris senyuman, menenangkan abah kononnya.
“Demi sayang ni..” bisiknya perlahan.
Aku kaku tiba-tiba.
Teringat ‘dia’ juga selalu gunakan ungkapan yang sama setiap kali kami makan bersama dulu.mati terus niatku untuk mengusik Azmi. Abah dan mama sudah berlalu, diikuti Soleha. Tidak perasan dengan perubahanku yang tiba-tiba.
Hanya tinggal aku berdua bersama Azmi.
Sorry. Tak ada niat nak usik. Kalau dah kenyang, aku kemaslah..” ucapku seraya berdiri untuk mengemas bekas yang ada.
“ ‘Eisy, temankanlah aku..” pujuknya.
Dia perasan dengan perubahan wajah ‘Eisy yang tiba-tiba saja berubah moodnya.
“ aku sengaja usiklah..” balasku.
“Tak apa.. dua tiga kali suap saja lagi pun..” pujuknya seraya menarik lenganku agar aku kembali duduk di sebelahnya. Hendak tak hendak, aku kembali duduk di sebelahnya.
“ Yang mana yang kau masak ni?”
Aku mengangkat bahu.
“ Aku manalah pandai masak..” balasku bersahaja.
Keningnya terangkat. Tanda tidak percaya dengan jawapanku itu.
“Yalah.. mama yang masak ni. Aku tolong saja pun…”
Azmi menegur air setelah makanan yang kutambah tadi habis. Abah dan mama sempat melintas tidak jauh dari kami namun tidak berkata apa-apa kerana mereka seakan berebut-rebut menuju ke ruang rehat.
Oh ya!
Konsert kilauan emas rupanya!
“ Cucilah tangan dulu di dapur. Aku kemas ni dulu. Tunggu dimana-mana. Kalau kau nak join mereka, terpulang. Nanti aku menyusul.. okay..”
Azmi menggumam.
“ Aku teman kau kemaskanlah..”
“tak apalah. Susikan ada… nanti abah marah..”
Azmi mengalah akhirnya dia menuju ke dapur tanpa menungguku. Dia kembali semula beberapa detik kemudian dan berselisih dengan aku di pintu dapur.
“ Siapkan milo sejuk ya sayang..” bisiknya seraya mengenyitkan mata.
Aku menyikunya.
Azmi ketawa.
“ Alaa.. pleaselah..” dia meminta kepadaku dengan nada manja-manja.
“Yalah-yalah..” aku mengalah akhirnya.
Aku kemudian terus berlalu membawa bekas makan malam kami dan menuju terus ke singki.
“Tak apa Lisa. Susi aja bersihkan..” halang pembantuku ketika aku sudah berkira-kira mahu menyuci pinggan pula. Aku pantas mematikan niat seraya tersenyum. Aku membasuh tanganku dan terus saja ke mengambil cawan bersaiz besar di rak dan berkira-kira mahu membancuh milo seperti yang dipinta Azmi. Sesudah itu, aku membantu Susi mengemas segala bekas kami makan yang sudah siap dibasuhnya ke dalam rak walaupun berulang kali dia menghalang. Sempat juga dia mengingatkan aku yang aku masih punya tetamu di hadapan. Mungkin dia bimbang kalau-kalau abah akan menegur aku agaknya kerana meninggalkan Azmi di depan.
Hendak tak hendak saja aku melayan tegurannya kerana aku kasihan dia yang sudah banyak membuat kerja lebih hari ini kerana mama sebenarnya tadi tidak sengaja mengarahkan Susi untuk mengganti tanah pasu bunga rosnya yang ada 15 biji itu. pastilah dia letih kerana setelah itu dia bergegas membantu kami memasak di dapur walaupun padaku memadai sudah kalau hanya aku dan Soleha yang membantu mama.
Beberapa minit berlalu, lengkap dengan kek coklet sejuk yang cair di atas piring, aku kemudian keluar dari arah dapur dan ingin kembali menemui Azmi pula setelah kuyakin segalanya sudah kemas di dapur. Aku sempat menyuruh Susi masuk tidur kerana aku pasti kerja yang lain juga sudah siap.
Aku menggumam sepanjang menuju ke ruang rehat.
Sunyi sepi pulak suasananya. Hanya tinggal tv saja yang masih bersuara. Kupandang, Azmi sudah terlena di sofa bersaiz besar tidak jauh dari meja kaca mama. Dengan perlahan aku meletakkan minuman dan keknya di atas meja.
Aku menggeleng-geleng.
Mungkin dia banyak kerja pagi tadi. Hairannya, dia masih juga mahu singgah makan di sini sedangkan lebih baiklah kalau dia habis saja bekerja untuk berehat saja di rumah. Mama dan abah pulak bagai tahu-tahu saja memberi ruang Azmi untuk berehat. Mungkin sebab itu agaknya abah dan mama memilih untuk menyambung menonton tv di bilik tidur mereka di tingkat atas pulak. Soleha pulak memang sah-sah sudah lena dibuai mimpi indah sebab seingatku dia memang berniat untuk masuk tidur awal malam ini kerana esok dia ada kuliah seawall jam 7.30 pagi. itu pun kerana mereka diarahkan untuk mengganti kelas yang banyak kali dibatalkan atas majlis-majlis tertentu.
Aku mencuba membangunkan Azmi. Bimbang minumannya menjadi tidak sedap kalau-kalau ais hancur, maka dengan perlahan aku menghampiri Azmi. Aku tersenyum melihat kepolosan wajahnya yang nampak letih. Aku menepuk perlahan kakinya dengan harapan dia akan sedar. Berulang kali aku lakukan sehinggalah akhirnya dia bergerak mengiring ke arahku. Dia sempat bersuara perlahan sebelum dia memisat-misat matanya yang tadi masih lagi pejam.
“Dahlah beh.. bangunlah. Minum tu dulu..” pintaku seraya menarik lengannya pulak. Untung saja malam ini dia memakai baju berlengan panjang.
Kalau abah nampak, sah-sah kena kahwin malam ini.
Geli hati pulak terkenang imaginasi loyar buruk aku.
“Makan lagi?” soalnya yang sudah duduk di sebelahku.
Aku mengangguk.
“Milo dan kek saja pun..”balasku, seraya duduk menghadap tv dan memeluk bantal kecil. Sengaja aku duduk bersila pula dan membiarkan dia tidak jauh di depanku yang sudah mula mengambil milo di atas meja.
“Kau tak minum sama?” soalnya.
Aku menggeleng.
“Manis..”
Dia terus minum saja tanpa memberi sebarang komen atas jawapanku. Konsert kilauan emas itu yang menarik minatku.
“Banyak kerja tadi?” tanyaku bila tiba-tiba berubah iklan pulak konsert itu.
Dia meletakkan cawan semula dan bersandar.
“Banyak.. penat sangat bahu ni. Kena kemas senjata tadi..”jawabnya sambil memicit-micit bahu kirinya.
Aku tertawa kecil.
“Patutlah dah macam body builder..”usikku.
Dia menjeling.
“Patutnya sayang concernlah. Tolong urutkan kan lebih baik..”
Aku pantas mencubit lengannya.
“Nak abah marah?”ugutku, berpura-pura garang.
Dia ketawa sambil mengurut lengannya yang menjadi mangsaku itu.
“Kita kahwinlah ‘Eisy..” ajaknya selamba mengusikku yang sudah menarik muka geram.
“amboi.. sekadar nak picit bahu pun nak ajak kahwin..”balasku, menyahut usikkannya.
Dia ketawa bersahaja.
“Taklah. Aku jaga kaulah sampai nanti..”
Aku tergelak kecil menutup rasa hati. Entah mengapa kata-kata Azmi walaupun sekadar usikan itu menyentuh hati wanitaku. Azmi seakan-akan sengaja menguji aku sama ada aku masih atau tidak menaruh harapan pada ‘dia’ atau tidak.
Bukan mudah untuk gugat rasa yang masih aku simpan untuk ‘dia’ walau aku akui aku ingin mencuba berhenti berharap.
“Kau ingat senang perkara kahwin ni?”
Dia tersengih.
“Kita layan angan-angan malam ni.. jom..” ajaknya yang sudah pun bersila di menghadapku pula.
Aku diketuk rasa segan kerana jarang sekali aku duduk bertentangan dengan Azmi yang bagiku makin hari makin indah penampilannya.
“Maksud kau?”
“Impian kahwin. Kita sharelah.. kau nak apa, berapa, bagaimana..”
“Kenapa? Nanti kau curi idea aku..”
Azmi ketawa.
“Alaa.. kenapa pulak nak curi..” balasnya tidak berpuas hati.
“Manalah tahu jodoh kau dulu sampai berbanding aku. Idea akukan semuanya best-best belaka..” jawabku.
“Kalau ditakdirkan kau yang jadi pasangan aku?” soalnya, dengan tiba-tiba menduga.
Aku menggumam.
Tidak sangka sama sekali dia akan bertanyakanku soalan sebegini.tambahan lagi, sudah lama aku tidak memikirkan hal ini lantaran aku tidak mahu lagi mengingat kisah lama.
“Nanti kau akan tahu jugaa..” jawabku.
“Sekurang-kurangnya, bolehlah aku bersedia..” sambungnya lagi kemudian dia tidak lagi duduk bertentangan denganku. Dia kembali menghirup minumannya dan tidak lagi bertanya apa-apa. Nadanya seakan sudah berputus asa untuk mengajak berbual. Mungkin kerana aku yang tidak mengikut rentak topic yang ingin dia jadikan bahan cerita malam ini.
“Dah lah beh.. nak merajuk bagai..”aku memujuknya. Dia hanya diam dan bahkan tidak menoleh pulak kepadaku.
Aku menghela nafas.
“beh...” panggilku manja.
Dia masih tidak berkata apapun. Hanya dia berpaling memandang tv pulak seolah-olah aku tidak pernah bersuara dan tidak wujud di sebelahnya.
Hish!
Aku kemudian duduk mendekat di sebelahnya. Aku memeluk manja lengannya. Kalau abah tahu, habislah kena kahwin ni!
“please beh…” rayuku manja-manja berharap dia memberi respon.
Takkanlah caraku ini dia langsung tak makan pujukkan?
“’Eisy..” suaranya kedengaran perlahan. Pandangannya jatuh tepat ke anak mata. Segera aku melepaskan lengannya dan membetulkan duduk.
Aku menunduk terasa segan dengan tiba-tiba.
Dia menarik tangan kiriku pula dan menggenggam erat.dia menyentuh jari manisku.
“Tak bolehkah kita cuba hati kita ‘Eisy untuk saling membahagiakan?” tanyanya, perlahan.
Hatiku diketuk rasa berbeza.
“Tak bolehkah kita biarkan hari-hari kita seperti orang lain?”
Aku menggigit bibir.
Jawapan apa yang kuada untuknya? Tidak suka betul aku apabila dia suka mengajak aku berbicara hati ke hati begini.
Aku menarik tanganku dan membalas pandangannya.
“Beh.. sayanglah dengan persahabatan kita..” aku memula bicara.
Dia tergelak kecil.
“Itu aku tahu. Aku Cuma tak mahu kau terus hidup dalam kenangan lama kau ‘Eisy. Susah sangatkah kau nak cuba hidup baru?”
Aku mengetap bibir kuat.
Susah sangat?
Memang susah!
Tapi hanya hatiku saja yang bersuara kerana aku yang rasa pedihnya. Bukan dia. Kalau dia pernah terluka, rasa sakit dan puncanya tidak sama. Mungkin benar aku yang terlalu setia tapi dia tidak ada hak mempertikaikan rasa yang aku ada.
“ Dahlah beh. Kau sengaja sangatlah kan nak aku bercerita heart to heart..”
“Tu lah gunanya kawankan..”
Aku mengangguk.
“Dan fungsi kawan pun untuk memahami kawan..”
Azmi sekadar memandang.
Aku mengetap bibir dan sekadar membuang pandangan.
Aku mohon agar dia tidak lagi menanyakan mengapa aku suka membiarkan jiwaku sepi hari demi hari. Kalau aku mahu, aku yang sendiri akan kembali sinari hati ini.
“Thanks.. dari dulu sampai nanti, kau tetap memahami dan kau tetap aku perlukan, Mi..”
Azmi menggaris senyum.
Entah apa yang dia tafsirkan maksudku itu.
“Okaylah. Kita tutuplah topic hati ke hati. Mendatar pula suasana kita..” Azmi membuat kesimpulan akhirnya.
Aku mengangguk.
“Aku nak ajak kau tengok album lama kita masa zaman sekolah dulu. Aku nak gelak sakan malam ni..” cadangku dengan tiba-tiba kerana kebetulan saja aku ternampak album lama itu.
Keningnya berkerut.
“Kau nak gelakkan akulah tu kan..”
Aku sekadar mengangkat bahu dengan senyuman nakal yang bersahaja. Yakin benarku dia memahami maksudku apabila menyentuh tentang hal itu.

Ada kisah antara kami berdua yang menjadikan kami serapat begini!

0 ulasan: