BAB 16
SETIA PADA DIA
“ Suatu saat nanti akan kaurasai sepi rinduku ini….”
Permulaan hariku pagi itu dimulai dengan ketukan pintu
bilik yang bertalu-talu. Mataku yang masih lagi mengantuk terasa berat benar
untuk terbuka. Tambahan lagi rasa penat masih ada setelah pulang dari Sabah
semalam. Hendak bangun melihat gerangan siapa yang mengetuk pagi-pagi itu aku
terasa amat malas benar. Aku sekadar menggeliat sebagai tanda aku sedang
memberi respon terhadap bunyi ketukan itu. tidak lama kemudian bunyi ketukan
itu berhenti. Aku merasa lega dan terus berniat menyambung tidur. Selimut terus
kutarik hingga ke bahu dan bantal lengan kupeluk erat. Aku mengubah posisi
tidur dari mengiring ke kanan jadi ke kiri.
Betul-betul melegakan menyambung tidur di
hari ini dalam suasana yang sunyi dan sepi. Tidak lama kemudian, aku terasa
badanku seperti digoyang-goyang. Spontan aku memaksa diri membuka mata untuk
melihat orang yang menggangu tidur pagiku.
Soleha rupanya!
“ Kenapa ni?” tanyaku dengan suara yang
perlahan, masih lagi mamai. Aku sedikit rasa terganggu dengan kehadiran adikku
di pagi itu. Aku cuba untuk bersandar dan cuba memberikan perhatian kepadanya.
“ Kak Lisa tak pergi kerja hari ni?”
Aku memisat-misat mataku untuk dapat
melihat dengan jelas lagi sebelum aku memandang jam di dinding. Jarumnya
menunjukkan ke angka 8 pagi.
“ Cuti seminggu.. Lupa pula Kak Lisa pesan
semalam..” jawabku akhirnya sebelum aku sudah berkira-kira mahu turun dari
katil dan ingin berlalu ke bilik air.
“ Tunggu kak Lisa di bawah.. Sarapan
sama..” pesanku kepada Soleha sebelum aku menapak masuk ke bilik air untuk
membasuh muka dan memberus gigi. Setelah beberapa minit, aku keluar kemudian
dan ingin menuju ke muka pintu untuk menuju ke tingkat bawah kerana janjiku untuk
makan bersama Soleha di pagi ini. Aku menuruni anak tangga dengan muka yang
sudah segar-bugar. Sayangnya, sunyi pulak suasana di tingkat bawah pagi itu.
Kemana pulak perginya abah dan mama ni?
Aku menarik kerusi di meja makan setelah
kulihat Soleha sudah pun menyediakan sarapanku. Dia menyuakan kepadaku segelas
susu berperisa coklat yang dingin, kegemaranku.
“ Abah dan mama tak ada?”
Soleha mengangguk.
“ Pergi kemana?”
Dia mengangkat bahu.
Dia hanya menikmati sarapan tanpa memperdulikan aku yang
masih lagi tertanya-tanya kemana tujuan abah dan mama yang bagiku begitu jarang
sekali menghilang di waktu pagi. mungkin juga mereka pergi ke pasar pulak untuk
membeli lauk-pauk yang segar-segar belak. Soleha pulak tidak membantu. Dia
memang begitu. Jarang sekali bercerita ketika makan melainkan ia terlalu
penting untuk disahut.
Akhirnya, aku mengeluh sendiri dan menikmati makan
pagi tanpa bicara kerana sebetulnya abah tidak menggalakkan kami bercerita
ketika menghadapi rezeki melainkan ada hal utama saja.
“ Sorry kak Lisa, tengah makan tadi..”
Aku mengangguk saja kerana aku pun bukannya terasa
dengan respon soleha. Hanya sekadar rasa ingin tahu yang terlalu itu
mengangguku saat ini.
“ Kak.. boleh minta tolong tak?”
“Apa?”
Dia menggumam.
Aku terus memfokuskan pandangan. Pastilah hajatnya ini
besar sebab dia bila sudah mula menggumam itu bermaksud dia mahukan pertolongan
yang mesti ditolong tanpa kata tidak.
“ Temankan adik shopping..” ajaknya dengan muka
keanak-anakkan yang menyentuh hatiku.
Aku memuncungkan muka.
“ Ingat serius sangat..” balasku seraya mengambil
gelas untukku minum isi air di dalamnya.
Soleha hanya tersengih.
“ Boleh tak?”
Aku mengangguk.
“Termasuk akak belanja semua barang adik nanti..”
Aku melopong namun Soleha hanya ketawa.
“ Nak beli apa?”
“ Banyak benda termasuk yang utama barang kuliah
lah..”
Aku tidak memberi sebarang ulasan.
“ Lagipun, habis cuti sems ni nanti, kuliah pastilah
susah. Dah nak tahun akhir dah ni..” sambungnya dan sedikit kerisauan tergambar
di wajahnya. Aku tahu Soleha memang jenis yang bila belajar, dia akan
bersungguh-sungguh. Cuma, dia perlu dapatkan sesuatu yang memberi keselesaan
buat dirinya supaya dia mempunyai semangat untuk terus berjuang menimba ilmu.
Itu alasan yang selalu diberikannya kepadaku pada ketika dulu aku menegur
dengan keganjilan caranya menghadapi dunia universiti.
“ Mama dan abah tahu tak kita nak keluar ni?”
Dia mengangguk.
Aku menarik muka.
Aku memang sudah dapat agak dia memang sudah pasang
niat dari semalam. Cuma dia belum tahu yang aku bercuti. Aku sengaja mengambil cuti
selepas seminar pendek itu kerana aku mahu berehat seketika dari kesibukan
kerja yang kadang membebankan aku. Cuma, aku terlupa untuk memaklumkan kepada
mereka semua yang aku bercuti.
Aku kemudian bangkit dari situ dan ingin berlalu
semula ke tingkat atas untuk mandi dan bersiap-siap menemaninya. Meskipun hari
masih lagi awal, aku sengaja mahu berlama-lama di bilik mandi nanti.
“ By the way, pergi bersiap. Kita gerak jam
9.30 nanti..” pesanku ketika menaiki anak tangga yang pertama. Sempat kulihat
Soleha mengangguk sebelum aku meneruskan langkah menaiki anak tangga menuju ke
bilik. Sebaik saja sampai di bilik, aku terus mencapai tuala yang bersidai
sebelum langkahku menjadi mati saat terdengar bunyi nada deringan telefon yang
lain dari biasa. Aku terus tercari-cari bunyi itu sebelum aku terkenang dengan
telefon bimbit yang satu lagi, pemberian dari Dzul itu. nadanya berulang-ulang
kali berbunyi menandakan itu bunyi pesanan.
Sebenarnya, aku suka menetapkan mode telefon ke silent mode
kerana aku tidak suka mendengar bunyi bising. Sebab itulah aku hairan dengan
bunyi deringan telefon waktu itu.
Aku menepuk dahi dan seraya mencapai telefon bimbit
itu di dalam beg tanganku sekaligus mematikan niatku untuk mandi pulak. Aku
melihat di screen ada banyak pesanan dan juga panggilan tidak berjawab. Ada
nombor asing dan walau apapun aku tetap yakin itu adalah Dzul. Aku membuka
pesanannya dari Aplikasi Whatsapp satu persatu.
Aku tersenyum kecil membacanya kerana dia merungut
dengan ‘kehilangan’ku yang langsung tidak memberi respon terhadap semua teks
yang dikirimnya. Aku benar-benar terlupa akan kewujudan Dzul itu padaku. Dia
membuat kesimpulan yang aku itu terlalu rindu dengan rumahku pulak.
Sudah setentunya aku rindu!
Tidak lama kemudian, telefon itu bernada. Aku terkejut
dengan keadaan itu. aku mengurut-ngurut dada sebelum aku mengambil keputusan
untuk menjawab panggilan itu.
Salamnya yang pertama kujawab sebelum suara di corong
telefon itu mengundang rasa bersalah di hatiku. Suaranya kedengaran bukan
seperti yang selalu kudengar kerana aku rasa dia selsema.
“ Tak sihat?”
Dia menggumam.
Manja saja di pendengaranku.
“ Perubahan cuaca agaknya. Lagipun di sini, udara lain
dari tempat kita..”
Aku tergelak kecil dengan kenyataan balasnya.
“ Nak buat macamana, kan…”
Dia menghela nafas berat.
“ Kemana hilang? Sejak balik semalam tak respon pun..”
ucapnya kepadaku dengan nada yang seolah olah berjauh hati dengan caraku itu.
“ Maaf.. sebab semalam spend time dengan family..”
jawabku bersungguh-sungguh.
Dia tidak menjawab.
“ Lagipun, banyak lagi belum saya buat sejak balik
semalam. Barang pun belum kemas lagi. Penatlah..” tambahku lagi berharap
kenyataanku itu akan mengubah persepsinya terhadap apa yang aku lakukan padanya
ini.
“ Belum boleh jadikan saya antara yang utama?”
Aku tersentak dengan pertanyaan yang terlalu
berterus-terang itu. Dzul ini kadang menakutkan aku. Jujur saja, aku belum
bersedia untuk membawa dia ke arah situasi penilaian sama ada dia berhak untuk
masuk ke dalam hidupku atau dia sekadar kubiarkan singgah dan jika dia ingin
berlalu, aku tidak ingin menghalang.
“ hmmmm..”
Aku menggigit bibir mendengar responnya. Aku tidak
tahu bagaimana mahu merangkai ayat yang baik untuk membalas pertanyaan itu
kerana aku tidak mahu membuatkan dia terasa hati dengan jawapanku nanti.
“ kenapa tak tidur lagi? Di sana kan masih tengah
malam..”soalku, cuba untuk mengalih topik perbualan ke arah yang lebih selamat,
tidak menyentuh ke dasar hatiku atau hatinya.
“ bimbang sebab awak tak balas..”
Aku tergelak.
“ Mengada-ngada ja kan..” jawabku manja-manja.
Tawa Dzul kudengar dihujung talian. Dia mula bercerita
tentang hari pertamanya di Dubai itu. Katanya, dia penat setelah berjam-jam
lamanya perjalanan ke sana dengan menaiki kapal terbang.
“ Best lagi kalau ada isteri di sisi. Boleh jugak
tolong urutkan yang sengal dan penat ni..” tambahnya lagi dalam nada mengusik
dan nakal saja di pendengaranku.
“ Kalau dah sampai seru, apa lagi..”
Dia ketawa.
“ Ni baru belajar nak memikat lagi lah ni.. Dah lama
dah tak try skill…”
Aku tergelak kecil.
“ So far belum success?” tanyaku, bersahaja walaupun
aku tahu dia maksudkan aku.
“ Tak..” balasnya buat-buat sedih saja nada suaranya.
“ Tak apa. Jangan putus asa..” nasihatku, yang
kononnya memang prihatin benar sedang aku hanya berniat mahu mengusiknya. Dia
membebel pula di situ. Aku hanya senyum di sini kerana bagiku amat jarang
sekali mendengar lelaki membebel. Aku pula, suka sekali mendengar kerana bagiku
Dzul memang lain. Di awal pertemuan, dia sudah mula mengusik dengan nakalnya.
Kadang ada ketika, dia diam dan hanya memandang tapi tidak ingin bersuara.
Jujur, aku takut bila direnung, dipandang dan yang seumpamanya kerana aku malu
dan tidak selesa. Susah juga untuk aku fahami apa maksudnya. Kadang lucu juga
dengan dia yang teragak-agak untuk menyatakan sesuatu.
Dia bimbang dengan responku agaknya?
“ Nanti lagi saya call awak..” pesan Dzul di talian,
sebelum dia memberi pesanan lain yang nakal dan bersahaja.
“ dahlah… kumpul harta tu. Nanti dapatlah puteri
raja..”
Dia tergelak.
“ Saya nak pergi ni. Nak temankan adik..” khabarku
kepadanya. Kemudian aku ingin segera mematikan perbualan kerana sedar tak sedar
jam sudah ke pukul 9.20 pagi. pastilah nanti kalau Soleha tahu dia akan
membebel panjang kepadaku. Sudahlah aku ini bila bersiap akan mengambil masa
yang lama. Tambahan lagi mandi pun aku belum. Mustahil benar untuk siap dalam
masa 10 minit.
Nampaknya, terlajak masa lah ni untuk menemani Soleha
pagi ini. Semuanya, gara-gara Dzul. Salah aku jugalah sebab terlupa untuk
bertanya khabar dengannya. Aku juga rasai resah kalau dibuat begitu.
Cuma aku ini, short term memory loss!
0 ulasan:
Catat Ulasan