BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Ahad, 14 Ogos 2011

Bab 13- Sayang sudahlah


Bab 13
Sayang sudahlah
Jangan ada airmata lagi…

            “ Hani, saya rasa.. saya patut gerak dulu..” Mizaa di sebelahku bersuara perlahan. Tanpa jawapan dan sempat menghalangnya berlalu, Mizaa terus saja meninggalkan aku dalam situasi yang membuatkan aku terpaksa berhadapan dengan Cikgu Zarul bersendirian lagi.
Aku mengetap bibir.
Dengan selamba saja Cikgu Zarul menarik kerusi dan melabuhkan punggungnya setentangan denganku. Senyumannya seperti selalu, mengusik ketenanganku saja. Lama juga aku tenggelam dalam suasana bisu hinggakan kadang-kadang pandangan mataku bertembung juga dengannya.
“ Hani masih marah?” tanya Cikgu Zarul dengan tiba-tiba.
Aku tersentak dengan pertanyaan yang ringkas itu.
“ Nak marah kenapa?” balasku dengan perlahan namun cuba melarikan pandangan dari anak mata yang semakin menikam kuat hatiku.
Cikgu Zarul ketawa bersahaja.
“ Hani.. Hani… awak ni manis..”
Aku menjeling manja tanpa sengaja.
Sayangnya, bicara Cikgu Zarul mati jadinya.
“ Err.. Hani..” panggilnya lagi.
Aku menggumam.
“ Boleh beri saya nombor handphone?”
Aku memandang tepat kepada Cikgu Zarul sebelum membuang pandangan ke arah yang lain. Sesekali aku tersedar beberapa mata siswa-siswi yang lain mengerling kami berdua. Kerana itulah, aku rasa kurang senang setiap kali aku terserempak dengan Cikgu Zarul yang akhirnya membuatkan aku terpaksa berhadapan dengannya secara solo.
“ Boleh tak cik adik?” usiknya pula, menarik perhatianku semula.
Aku ketawa kecil.
“ Cikgu.. hmm.. nantilah ya..” balasku seraya berdiri dan menyangkut beg kuliahku semula ke bahuku.
Cikgu Zarul juga pantas berdiri. Tanpa meminta izin berlalu, aku meninggalkan cikgu Zarul di belakang dengan jelingan manja. Jangan kata aku tenang dan biasa-biasa saja ketika berhadapanan dengan cikgu muda itu. Jangan sangka aku tidak resah saat bersua dengannya. Jangan kata aku ternanti-nanti kemunculannya untuk bertemu denganku. Tak terkata debar, tak terungkap degupan, tak terbayang resah yang bermain di hati kecilku itu.
Tanpa kuduga, tanganku ditarik lalu langkahku mati. Pautan itu bagai merentap tangkai hati, menjalar ke seluruh nadiku. Meskipun aku tidak memandang si gerangan, aku tetap yakin yang melakukan begitu pastilah Cikgu Zarul itu.
Aku mematikan langkah lantaran tidak ingin genggamannya erat di jemariku. Aku menunduk saat Cikgu Zarul menapak di hadapanku. Nasibnya memang baik kerana tidak ada siswa mahupun siswi yang ada di lorong laluan itu.
Tawanya kedengaran bersahaja. Tindak-tanduknya saja aku tidak dapat menduga. Selamba saja dia meraih tangan kananku.
Aku menggigit bibir.
Cikgu Zarul meletakkan sekeping nota kecil di atas tapak tanganku. Sebelum berlalu, dia sempat tersenyum mempesona dan mengenyit mata nakalnya. Meninggalkan aku terpinga-pinga dengan tingkah Cikgu Zarul yang seperti sedang ingin menggoda saja lagaknya. Mataku senang melihat langkah guru muda itu meninggalkan aku sendiri hinggalah dirinya hilang dari pandangan mataku.
Aku terus saja membelok ke kanan untuk kembali ke asrama untuk berehat kerana kuliah untuk hari ini hanya satu saja. Aku melenggok bersama senyuman kerana sekeping nota itu membuatkan senyuman tergaris di bibirku.
Aku memulas tombol pintu bilik dan terus menuju ke katil bujang setelah meletakkan beg kuliahku di meja belajar. Nota yang diberikan Cikgu Zarul kurenung. Berkali-kali kubaca, nombor yang diberinya masih belum melekat di kepala.
Aku tersenyum sendiri hingga bergolek ke kanan ke kiri. Memang gila lagaknya!
“ Hoi cik adik… angau semacam nampak!” sergah Mizaa yang baru keluar dari bilik air.
Aku tersentak benar dengan sergahan Mizaa itu lantas terus memperbetulkan duduk. Aku sempat menghadiahkannya dengan jelingan meskipun tawanya menyakitkan hatiku.
“ Kau bercinta eh?”
Aku terkejut dengan kenyataan itu. Lantaran itulah, aku membaling bantal kecilku kepada Mizaa.
Tawa Mizaa menjengkelkan hatiku.
“ Dia cikgu kita, okey..” marahku kepadanya.
Mizaa tersengih.
“ Bila masa pula saya maksudkan Cikgu Zarul?”
Aku terdiam.
Alamak… malunya.
“ Betul lah kan… Cikgu Zarul dalam kepala awak dua puluh empat jam…” sambungnya lagi, meneruskan usikan yang nampaknya aku terjerat sendiri dengan perangkap digunakan Mizaa untuk mengenakanku.
Aku menarik muncung.
“ Nak buat macamana? Dah dia selalu hadir depan mata…” jawabku tanpa selindung.
Mizaa ketawa.
“ Hani, awak tak hairan dengan Cikgu Zarul tu?” soal Mizaa kepadaku. Kali ini nadanya kedengaran serius.
“ Hairan?”
Mizaa mengangguk.
“ Yelah.. dalam banyak-banyak siswa dan siswi di sini, awak saja yang jadi targetnya, kan?”
Aku diam berfikir. Kata-kata Mizaa ada juga benarnya.
“ Kalau setakat perkara kecil terjadi sewaktu hari pertama kita menjejakkan kaki ke sini dulu, tak masuk akal lah..” luahnya lagi.
Aku termangu. Seolah-olah baru tersedar dengan kenyataan yang disimpulkan Mizaa kepadaku. Kali ini, aku juga tertanya-tanya sepertinya.
Kenapa Cikgu Zarul memilih aku?

0 ulasan: