BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Khamis, 11 Ogos 2011

Bab 11- Sayang sudahlah


Bab 11
Sayang sudahlah
Jangan ada airmata lagi…

            Sakit hatiku bertambah-tambah apabila Mizaa semakin galak mentertawakan aku. Dia bukannya mahu simpati tetapi ketawa sampai nak bergegar bilik jadinya.
            “ Kesiannya, Hani…”
            Aku mencebik.
Itu sekadar usikan saja dan bukannya dia bermaksud yang sebenarnya. Jangankan Mizaa, aku yang terasa betul-betul bodoh sepanjang terperangkap di dalam hutan pun rasa nak tumbuk saja muka Cikgu Zarul itu. Memandangkan dia adalah pensyarah dan sememangnya buli-membuli itu adalah ‘tradisi’ hidup di zaman maktab, aku terimalah juga.
            “ Dahlah, aku mandi dulu..” ujarku dan terus berlalu menuju ke bilik air bersama tuala mandi.
            “ Hani, cerita awak masih tertangguh…”
            Aku sekadar tersenyum sendiri di dalam bilik mandi itu. Setiap gerak yang kulakukan terbayang perilakunya. Di benak aku tertanya-tanya, benarkah dia seorang pensyarah atau sekadar salah seorang senior yang sengaja hendak membuli budak baru.
            Aku tersentak apabila pintu bilik air diketuk keras.
            “ Kenapa?” soalku dengan keras.
            Mizaa ketawa dulu sebelum menjawab pertanyaanku itu.
            Aku menggapai tuala dan terus membalutinya ke tubuh. Hasrat untuk berlama-lama di dalam bilik air terbantut kerana selama ini Mizaa tidak pernah menganggu aku ketika mandi.
            Dia tersengih saat aku ternampak dirinya yang sudah mula duduk di birai katilku.
            “ Kenapa?” soalku sambil mengeringkan rambutku yang masih basah.
            Dia tersengih nakal dan semakin membuatkan aku tertanya-tanya.
            “ Cik Hani, Cik Hani..” ada suara terdengar dari bawah asrama perempuan itu. Yang peliknya, namaku yang disebut berulang-ulang kali.
            Aku mendekati Mizaa.
            “ Siapa?” soalku sambil berbisik.
            “ Biasalah, geng pensyarah baru itu..”
            Aku tersentak.
            “ Dia nak apa lagi?” soalku meluat dan berlalu menuju ke almari pakaianku.
            “ Hani, pergilah tanya apa mereka nak..”
            Aku menjeling Mizaa.
Malas benar aku hendak melayan karenah mereka yang semakin membuat aku terasa seperti diperbodohkan itu. Tak malu lagi terjerit-jerit depan asrama pulak.
“ Hani..”
Aku menggigit bibir geram.
Hendak tak hendak, aku terpaksa juga turun ke bawah. Aku mencapai tudung, jaket untuk menutup tubuhku yang sudah siap berbaju tidur sebelum turun ke bawah menemui senior itu.
Dengan teragak-agak aku mendekati senior itu.
“ Assalammualaikum, Hani..”
Aku menelan liur.
“ Cikgu Zarul nak jumpa sekejap di kafe depan..”
Aku rasa semakin tidak senang.
“ Tapi, saya tak kemas..” balasku, cuba menolak.
Tapi sayang, senior itu mempamer wajah serius dan tawar-menawar nampaknya ditolak. Tanpa alasan kukuh untuk menolak, aku terpaksa jua mengikut langkah senior itu meskipun di hatiku semakin gundah. Baju yang kupakai, tak sesuai langsung. Asalnya, aku memang tidak mahu berjumpa tapi aku didesak.
Aku ditinggalkan kemudian setelah ternampak sesusuk tubuh yang sedang membelakangi kami. dengan teragak-agak aku menghampirinya. Dalam hati berbagai rasa namun satu rasa yang aku tak akan lupa.
Rasa dipermainkan!
Aku berdehem.
Lelaki itu berpaling sebelum dia melemparkan senyuman yang paling menggetarkan kalbuku.
Aku menunduk.
“ Maaf sebab ganggu Hani…”
Aku tidak berkutik.
Resah semakin menggila.
“ Hani..”
Suaranya kedengaran seperti sedang ingin memukau.
“ Keluar macam ni saja?” soalnya tapi kedengaran seperti mengusik.
Aku sempat memandang sebelum menghadiahkannya jelingan. Aku tahu maksud pertanyaannya itu kerana melihat pada penampilanku itu, pastilah kurang sesuai untuk bertemu. Aku hanya memakai baju tidur meskipun dilapisi jaket.
“ Saya ada pilihan lain?” soalku perlahan tapi aku yakin dia mengerti bahawa aku sedang menyindirnya.
Dia tersenyum kelat.
Aku berpeluk tubuh.
“ Kenapa cikgu panggil saya?” tanyaku.
Dia merenungku sesaat.
“ Ada hal?” balasnya bersahaja.
Aku menghela nafas.
“ Tak.. tapi tak manis..” jawabku.
Dia ketawa kecil. Kedengaran mempesona di pendengaranku.
“ Saya cuma nak minta maaf sebab ‘usik’ Hani di awal pertemuan kita..” sambungnya seperti memujuk.
Aku hanyut dengan nada suaranya yang seperti membuai-buai perasaan itu. Tersedar dari khayalan, aku membalas pandangannya.
“ Kalau memang itu sudah satu tradisi di sini, saya anggap itu sebagai sebahagian dari aktiviti orientasi..” balasku.
Cikgu Zarul tersengih.
“ Best?” soalnya mengajak bicara, seperti ingin memperlengah waktu.
Aku sekadar mengangkat bahu.
“ Kalau rasa takut sangat itu, best yaa?” soalku dengan niat memperlinya.
Cikgu Zarul ketawa. Mempamer barisan giginya yang indah. Aku membuang pandangan.
“ Jomlah kita duduk dulu di sana…” pelawanya, menunjuk ke satu tempat di kafe itu. Mungkin nampak janggal aku dan dia berdiri di situ dan tambahan lagi, banyak mata siswa-siswi yang lain melirik kami.
Aku menggeleng.
“ Maaf cikgu…” aku menolak dengan sopan.
Keningnya terangkat.
“ Lagipun, hari dah malam.. dan pakaian saya ni tak sesuai..” sambungku, memohon pengertiannya.
Dia kudengar menghela nafas berat.
“ Mungkin lain kali agaknya?”
Aku mengangkat bahu. Sayangnya, renungan mata itu menanti jawapan pasti pula.
Aku akhirnya mengalah.
“ Insya Allah, lain kali..”
Dia tersenyum, senyuman yang benar-benar ikhlas.
“ Terima kasih, Hani..”
Aku mengangguk dan terus berpaling sebagai isyarat untuk berlalu. Dalam langkah, aku menghitung debar kerana aku sedar setiap pergerakkanku di dalam perhatian sepasang mata itu. Meski hati kian resah dan meronta-ronta untuk menoleh jua tapi aku paksakan hati untuk bertahan hinggalah di satu sudut, aku terpaksa jua berpaling semula sebelum masuk ke pintu utama asrama siswi itu.
Kenyitan mata nakalnya membuatkan aku tersentak.
Sudahnya, aku termangu jua di situ!

3 ulasan:

blinkalltheday berkata...

wah,suke2 hani..sambung lagi!!!

cactaceous opuntia berkata...

adoi..dr awal mmg da suke la ni ye

aqilah berkata...

best cite ni..........nak lagi.........