BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Rabu, 17 Ogos 2011

Bab 17- Sayang sudahlah..


Bab 17
Sayang sudahlah
Jangan ada airmata lagi…

Penghawa dingin yang semakin mengeluarkan angin sejuk membuatkan aku tersedar dari lena yang panjang. Selama ini, aku tidak pernah merasa sebegini dingin. Kali ini kedinginannya berbeza sekali. Tambahan lagi aku terasa seperti sedang dibakar. Membahang seluruh tubuhku rasanya. Kepala semakin berat dan sukar untukku bangun seperti selalu. Sayup-sayup aku terdengar suara seseorang seakan sedang memanggil-manggil namaku.
“ Hani..”
Aku berusaha keras untuk bangun dan membetulkan diri. Mataku masih terasa sakit dan aku sempat mengaduh saat ingin membuka mata.
“ Kenapa dengan Hani, ibu?” soalku dengan perlahan.
Kepalaku sakit teramat sangat dan payah untukku bertahan. Suasana sekeliling bukan seperti di ruang kamarku dan nyata amat berbeza benar.
“ Demam panas..” balas ibu bersahaja.
Aku terdiam.
“ Hani.. beritahu ibu, apa yang dah terjadi semalam?” soal ibu serius sambil memandang tepat ke arahku.
Aku sekadar memandang ibu.
 Bagaimana mungkin aku menceritakan kisah yang melukakan hatiku dan puncanya dari diriku sendiri.
Kudengar ibu mengeluh.
“ Ada seseorang ingin bertemu dengan Hani di luar..” khabar ibu kepadaku.
Aku tersentak.
Siapa agaknya?
Persoalanku terjawab apabila insan yang dimaksudkan ibu menguak pintu yang sedia tertutup.
Aku menelan liur.
Zarul Syahmi.
Ibu pula dengan selamba meninggalkan aku berdua dengannya. Membuatkan aku semakin lemas dengan keadaan yang aku lalui sekarang. Sesungguhnya, saat ini aku tidak ingin menerima sebarang pelawat termasuk adik cikgu Zarul.
Aku membuang pandang saat pandanganku bertembung dengan Syahmi.
“ Dah okey?” tanyanya.
Suara itu membuatkan fikiranku melayang mengingat dia. Sayangnya.. itu bukan dirinya.
Aku mengangguk.
“ Jangan kata ini kesan semalam..”
Aku tidak berkutik.
Terlalu biadap sekali tutur bicaranya meskipun itu memang hakikat yang sebenarnya.
“ Boleh tak terus-terang?” soalku dengan penuh rasa protes.
Aku mengharap benar saat ini dia terus pergi.
Tawanya mengundang rasa jelik di hatiku.
“ Keluarga saya akan menghantar rombong meminang..”
Aku terpaku.
Ucapan itu membunuh rasa di hatiku.
“ Untuk siapa?” soalku meskipun kedengaran bodoh dan memalukan namun aku tetap ingin tahu.
“ Takkan untuk orang yang pernah awak lukai..”
Jawapan itu terlalu bersahaja tetapi menambah luka di hatiku.
“ Tak mungkin awak..”
Dia ketawa.
“ Kenapa tak?”
“ Kita tak kenal..”
“ Kalau kenal, awak terima?”
Aku terdiam.
“ Mungkin saya akan fikirkannya..” balasku dengan berani.
Dia ketawa sinis.
“ Kenapa tak fikir sewaktu abang saya melamar dulu?” tanyanya membuatkan aku mati kata membalas bicaranya.
Lama kami diam sehingga aku terpaksa menyuarakan hasrat hati.
“ Saya yakin saya berhak menolak..”
Syahmi segera berdiri.
“ Kita tunggu dan lihat..”
Aku memandangnya dengan perasaan marah yang membara.
“ Jangan buat kerja bodoh!”
Keningnya sengaja diangkat, menambah sakit di hatiku.
“ Keadaan yang memaksa saya melakukan.. dan awak, perlu bersedia!”
Aku tidak mampu melawan kata-katanya kerana dia terus saja menghilang di balik pintu yang sudah tertutup. Kemudian ibu pula masuk dengan wajah yang penuh curiga. Aku terasa semakin tertekan jadinya.
Tidakkah lelaki itu hipokrit?
Tanpa sebab dan alasan, kenapa dia ingin menyeksa batinku?
“ Hani betul-betul nak bertunang?”
Aku termangu.
Nyata sekali, Syahmi memaksudkan kata-katanya. Bagaimana mungkin aku ingin menerimanya?
Tidakkah itu gila?
Sedangkan Cikgu Zarul aku pernah tolak, bagaimana mungkin aku sanggup bersatu dengannya dan hidup satu keluarga dengannya?
Abah pula menyusul masuk, kali ini wajah abah nampak tegang.
“ Hani bersedia atau tidak, rombong keluarga Zarul itu abah akan terima…”
Aku terasa ingin menjerit saat itu juga.
Kenapa semua orang ingin menyeksa perasaanku?
“ Abah, Hani ada hak menolak abah..” balasku, memohon pengertian abah.
Bukankah ini berkaitan dengan masa depanku.
Sayangnya abah tidak menjawab. Tanpa segan silu, saat itu juga aku menangis di hadapan ibu dan abah. Biarlah mereka merasa pilu di hatiku ini kalau itu dapat mengubah keputusan abah.

3 ulasan:

blinkalltheday berkata...

knp hani kena kawen dgn syahmi plk?alaaa,xnak la..nak dgn cikgu zarul..cikgu zarul pegi mane?tetibe plk adik die yg masuk meminang?atau cikgu zarul ni sakit,dan xdapat edup lama???xsuke2,sian hani..ape nasib die kawen dgn syahmi nti???hani cepat sambung,xtenang jiwa ni!!

adela berkata...

klu sy x misinterpret, rombongan itu bw 2 mksd, utk adik atau abg... dn tiada jwpn yg pasti smada yg dtg meminang hani adlh utk siapa... hurmmm. gud job of twisting, writer!! hehehe....

cactaceous opuntia berkata...

ha..btol2..syahmi sje nk buat gmpak kn...tlg la ckp ye...aih..pyh bona...da la dua2 pn nama zarul..bila ayh hani ckp nk terima pinangan keluarga zarul, xtw zarul yg mne pulak...kalau ikut logik kate si syahmi syg gila kt abg doe smpi berdendam ngn hani xkn la syahmi tu nk pinang si hani kn...aaaaa!!!tidak2