BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Ahad, 14 Ogos 2011

Bab 14- Sayang sudahlah


Hari ini, sudah masuk setahun aku meneruskan pengajian. Alhamdulilah, keputusan dua semester awal begitu memuaskan hatiku. Meskipun kami sibuk dengan bermacam-macam aktiviti untuk meraih mata tertinggi bagi subjek kokurikulum, aku dan Mizaa mendapat tempat teratas juga dalam peperiksaan semester lepas.
“ Tengah fikir apa tu, cik adik?”
Aku yang sedari tadi terleka merenung tasik di taman yang permai itu berpaling. Awalnya, aku terpesona benar dengan keindahan tasik dan ketenangan yang dikongsikannya bersama jiwaku yang dulu tertekan kerana berhadapan dengan kertas peperiksaan yang menyesakkan otak untuk berfikir. Ketika memandang air yang tenang, serangga kecil berterbangan dan kicauan semula jadi itulah, aku selesa berjalan berduaan di hujung minggu bersama buah hatiku.
“ Tak adalah fikir apa pun..” balasku bersama senyuman. Suasana hening antara kami, sesekali ditemani angin petang yang menderu perlahan. Kadang-kadang, daun-daun kecil yang sudah kering berguguran di setiap lorong yang kami lalui.
Syafiq ketawa kecil.
“ So, macamana?” soal Syafiq terlalu berterus-terang dan tidak menunggu.
Aku mengetap bibir.
“ Awak.. tak rasa kita terlalu cepat?” soalku kepadanya. Langkahku dan langkahnya masih seiringan, menikmati senja yang gelisah. Gelisah kerana aku takut aku tersilap membuat keputusan menerimanya sebagai tunanganku. Jujur saja aku katakan, usahanya yang bersungguh-sungguh untuk menawan hatiku di masa lalu yang membuatkan aku menerimanya sebagai insan sebahagian daripada hidupku. Sejauh ini, dia sudah menjadi kekuatanku dan pembakar semangat untuk meneruskan segala-galanya.
“ Mungkin jodoh kita sudah sampai, kan?” soalnya bermain kata.
Aku tersenyum.
“ Yelah tu.. macam nak beli jiwa saja..” perliku lalu tertawa manja.
Hari ini, dialah heroku. Bertakhta di hatiku kerana dia selalu saja mempertahanku dari segalanya. Merungkai segala keresahanku dan jiwa yang tidak tenteramku kerana usikan Cikgu Zarul yang selalu membuat aku keliru sendiri.
“ Mizaa okey?” soal Syafiq.
Aku tersentak dengan pertanyaan itu.
“ Dengan hubungan kita?”
Syafiq mengangguk.
“ Mestilah..” balasku dengan yakin.
Aku tahu Mizaa akan menyokongku dengan apa jua keputusan yang aku rasakan akan mendatangkan kebahagiaan kepada diriku. Meskipun sebelum ini Mizaa pernah memprotes di awal aku membicarakan tentang hasrat Syafiq untuk memilih aku untuk meneruskan hubungan yang lebih jauh, kerana baginya aku harus memberi peluang kepada Cikgu Zarul terlebih dahulu lantaran caranya yang selalu membuatkan aku keliru. Aku takut kepada Cikgu Zarul sebenarnya.
Kenapa dia menyatakan hasrat di saat Syafiq dulu ingin mengingat tali pertunangan denganku?
Aku tidak suka diikat dengan hubungan yang sudahnya aku tidak tahu kemana akhirnya hubungan yang dibina. Aku hormat pada keputusan Syafiq dan aku yakin dia bersungguh-sungguh menginginkanku kerana dia terus merisik statusku kepada abah dan ibu terlebih dahulu sebelum aku sendiri yang membuat keputusan. Aku senang dengan lelaki yang mengutamakan keluargaku dulu sebelum dia ingin tahu apa kata hatiku.
Caranya membuatkan aku rasa penting dalam hidupnya.
Kalau Cikgu Zarul bersungguh, kenapa dia tidak begitu?
“ Bila boleh hantar rombongan?” soal Syafiq, mematikan ingatanku yang melayang memikirkan Cikgu Zarul. Entah kenapa, setiap kali aku meluangkan masa bersama Syafiq, fikiranku tidak pernah lari memikirkan Cikgu Zarul. Hinggakan di satu ketika aku pernah terfikir, selama ini aku bercinta dengan Syafiq tetapi kenapa banyangan Cikgu Zarul yang ada?
“ Hani…”
Aku tersentak.
Seolah baru sedar dengan pertanyaan Syafiq yang terbiar tanpa jawapan.
“ Terpulanglah pada keluarga awak..” balasku.
“ Betul ni?” soal Syafiq dengan teruja.
Aku mengangguk.
Dia terjerit bahagia. Dengan pantas saja aku memukul lengannya agar dia segera menjaga tingkahnya kerana banyak mata memandang ke arah kami saat itu. Dalam sisa tawanya yang kedengaran bahagia itu dia masih ingin meneruskan kata, “ thanks sayang…”
Aku mencebik.
“ Yelah tu..” balasku.
Syafiq tersengih.
“ Saya janji akan jaga awak..”
Aku sekadar mengangguk kerana sudah terbiasa mendengar janji-janjinya.
“ Saya akan buat awak bahagia..”
Aku mengangguk lagi.
“ Saya akan jadikan awak merasa dihargai selalu dan…”
Aku menoleh kepadanya kerana ayatnya itu seolah tergantung.
“… dan, saya akan beritahu Cikgu Zarul bahawa awak akan jadi kepunyaan saya..”
Mendengar luahan itu aku terus mati kata. Segeraku membuang pandangan kerana tidak sanggup melihat betapa gembiranya wajah insan di sisiku itu. Mungkin dia bersedia untuk mengkhabarkan berita itu kepada Cikgu Zarul tetapi tidak aku. Memang Syafiq harus memberitahu Cikgu Zarul kerana mereka memang rapat.
Tapi aku…
Aku takut bakal bersoal jawab dengan Cikgu Zarul dengan keputusanku ini!

1 ulasan:

cactaceous opuntia berkata...

adoi..ni kisah potong qeue r ni ye...rsenye zarul bukan xbersungguh...agknye die takut hani xnk terima mgkn sbb terlalu awal...aish