BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Khamis, 18 Ogos 2011

Bab 19- Sayang sudahlah..


Bab 19
Sayang sudahlah
Jangan ada airmata lagi…
Sejak detik aku rasmi menjadi tunangan orang sekali lagi, aku terasa hubunganku dengan Cikgu Zarul semakin dingin. Lama kami tidak bertentang mata dan aku pun tidak berani menjejakkan kaki ke rumahnya meskipun ibunya berulang kali mengajakku datang untuk membincangkan majlis perkahwinanku.
Jujur saja, aku benar-benar terdera.
Jasadku berdampingan dengan Syahmi tetapi hatiku bukan untuknya. Kalaulah terusan begini, aku ingin mencintai Syafiq saja dan membiarkan perasaan yang pernah hadir untuk cikgu Zarul terkubur selamanya di hatiku.
Aku tidak ingin memekarkannya kerana aku yakin, aku tidak mampu bersamanya. Takdir yang mahukan aku begitu.
“ Ibu cadangkan pilih tema biru..” Syahmi bersuara di sebelahku ketika aku beriringan dengannya memasuki butik busana pengantin.
Aku sekadar mendengar saja kerana aku langsung tidak berminat untuk meneruskan majlis ini.
Bagaimana mungkin aku menerima kehadirannya sedangkan hatiku pada abangnya?
“ Saya ikut apa yang awak nak..” balasku selamba.
Syahmi merenungku dengan pandangan tajam dan aku sudah terbiasa dengan reaksi itu. Sudah dua minggu berturut-turut aku menghabiskan waktu bersamanya. Bersamanya untuk melancarkan perancangan majlis kami ini.
“ Boleh tak jangan act like childish?”
Aku mematikan langkah. Aku terasa terhina dengan tegurannya itu. Sudahlah aku membuang-buang waktu untuk menguruskan majlis kahwin paksa ini, apa lagi yang dia mahu?
“ Im sure you know that im not into this wedding..” balasku sinis.
Dia berpeluk tubuh.
“ Excuse me lady.. Saya dah puas bazirkan waktu untuk temani awak memilih apa yang sesuai untuk majlis nanti tapi awak langsung tak beri saya kerjasama. Saya sibuk dan banyak perkara yang perlu diselesaikan sebelum majlis tu..” luahnya dalam suara tertahan, meskipun wajahnya nampak tegang.
Mungkin dia tidak mahu pekerja di situ tahu kami sedang bertengkar. Tanpa mempedulikan kata-katanya yang selalu mengundang kemarahanku itu, aku terus saja memasuki butik itu dan melihat satu persatu baju yang ada di situ.
“ Awak yang paksa saya begini,.. so, saya akan tinggalkan awak bersama abang Zarul. Dia akan tolong saya sebab size saya dan abang tak jauh beza..” bisiknya di sebelahku membuatkan aku pantas menoleh kepadanya.
Aku terpaku.
Cikgu Zarul benar-benar ada di sebelahnya dan aku sendiri tidak tahu bila dia ada di situ.
Aku membuang pandangan.
“ Saya pergi office dulu..” ucap Syahmi dan meninggalkan aku termangu sendiri di situ. Tanpa menunggu masa yang lama, aku mengubah situasi kekok itu dengan berpura mencari baju yang sesuai.
Jujur saya, wajah itu memberi debar di hatiku. Inilah kali pertama kami bertentang mata semula setelah peristiwa itu. Dengan bersahaja cikgu Zarul berdiri di sebelahku. Degup jantung terasa ingin berhenti namun aku harus bertahan.
“ Pilihlah..” bisiknya di sebelahku.
Pergerakkan tanganku terhenti jadinya. Hatiku diketuk perasaan berbaur. Kenapa wajah itu nampak tenang selalu seolah-olah dia tidak merasakan gelora di hatiku?
Cikgu.. bolehkah aku mengaku aku rindu?
Aku memandang ke arahnya.
Wajah itu nampak mempesona. Anak matanya seperti ingin berbicara tapi sayang, aku tidak mengerti maksudnya.
“ Saya nak pilih warna ungu..”
Cikgu Zarul mengangguk.
Tangannya bergerak memilih sesuatu untukku.
“ Apa kata Hani cuba yang ini?” cadangnya bersama senyuman. Aku di sisi makan hati.
Tidakkah cikgu tahu apa yang ada di hatiku?
Aku mengangguk jua lantaran tidak mahu membuang waktu-waktunya. Beberapa minit kemudian aku keluar bersama sepasang baju pengantin pilihan cikgu Zarul. Matanya tidak berkelip memandangku. Aku jadi malu direnung begitu.
Ya Allah.. sedarkanlah aku bahawa dia bukan milikku.
Aku membuang pandangan saat perasan cikgu Zarul mendekatiku.
“ Hani.. awak cantik sangat…” pujinya, seolah aku dan dia berkongsi satu rasa yang sama.
Aku menunduk dan menggigit bibir.
“ Bakal isteri encik memang cantik..” sampuk pembantu butik itu.
Cikgu Zarul ketawa tapi aku sempat menjelingnya.
“ Beli yang ini saja.. okey?” pujuknya dengan nada suara yang manja-manja.
Aku tidak tahan dengan keadaan itu sebenarnya namun mungkin inilah peluang aku merasai kegembiraan saat bersamanya, maka aku ingin masuk jua ke arah suasana itu.
“ Boleh… tapi, bayarlah untuk saya..” usikku.
Mengejutkan sekali, cikgu Zarul langsung tidak menolak. Bersahaja dia ke kaunter membuat pembayaran sedangkan aku masih lagi belum menukar pakaian itu semula kepada pakaian asalku. Melihat akan kesungguhannya, aku terus masuk ke bilik persalinan. Setelah menukarnya, aku keluar semula dan mendekatinya.
“ Jomlah kita beli barang hantaran..” ajaknya seraya menarik tangan kananku.
Aku tersentak benar dengan perilakunya namun aku tidak jua menolak. Lupakah cikgu Zarul bahawa aku ini tunangan adiknya?
Anehnya, aku semakin mengeratkan genggaman tangannya. Aku bahagia begitu meskipun aku tahu, saat itu hanya sementara. Bermula dari ruangan baju, berpindah ke alat solek, bertukar ke arah kasut dan beg tangan, semuanya dibayar oleh cikgu Zarul.
“ Kenapa semua cikgu yang bayar?” soalku tidak berpuas hati bila kami sampai ke ruangan barangan kemas.
Dia senang tersenyum saja.
“ Cepatlah pilih.. Hani nak yang mana.. saya akan bayar juga..” jawabnya, semakin membuatkan aku inginkan dirinya.
“ Jangan salahkan saya kalau saya pilih yang mahal nanti..” ugutku.
Dia sekadar mengangkat bahu. Membuatkan aku geram dengan sikapnya yang selamba benar itu. Lantaran terasa tercabar dengan kata-katanya, aku dengan selamba saja memilih satu set barangan kemas bernilai $3000 semuanya.
Melihat dia seperti terdiam saja, aku pantas tertawa manja.
“ Eleh.. tadi cakap besar..” perliku.
Cikgu Zarul menjeling.
“ Macamana ni, saya suka yang ni..” rengekku dengan manja.
Keningnya terangkat.
“ Terpaksalah jugak…” balasnya.
Aku mati kata.
“ Kalau tak.. nanti merajuk lagi..” usiknya dan berlalu meninggalkan aku sendiri.
Aku menggigit bibir.
Kenapa dera saya begini, cikgu?
“ Dah.. jomlah kita singgah makan..” ajaknya, menarik tanganku menuruti langkahnya.
Aku memang tidak ada pilihan lain kerana hatiku suka begitu. Cikgu Zarul pula seperti memberikan harapan kepadaku untuk menyemarakkan semula rasa yang pernah mekar dulu buatnya.
Langkah kami mati di sebuah kafe ternama. Selepas membuat pesanan, suasana antara kami berubah kelam.
Kali ini, aku dan dia saling berbalas pandangan.
“ Saya rindu Hani..”
Aku menelan liur.
Luahan itu mencalar hatiku.
Aku menunduk.
“ Hani nak kita bicara hati ke hati?” soalnya pula, membawa suasana gusar dan hambar.
Terlambat sudah, cikgu.
“ Hani..” panggil cikgu Zarul.
Aku membalas pandangan matanya, yang sarat dengan rindu dan cinta.
“ Saya masih cintakan Hani..”
Aku terasa jiwaku ini seperti terus-terusan diseksa.
“ Cikgu, saya ni tunang orang..” balasku, menafikan kata hatiku sendiri.
“ Saya tahu..”
Aku melarikan pandangan.
“ Masih sempat kita betulkan segalanya..” balasnya sambil meraih tanganku.
Aku menggigit bibir dengan kuat.
“ Cinta… kalau bukan milik kita, sekalipun pernah lekat di hati pasti akan punah jua. Takdir TUHAN bukan boleh dijangka. Setiap kali kita merancang, pasti setelah itu TUHAN tentukan. Biarlah saya terima apa yang TUHAN janjikan untuk saya sekalipun saya harus tenggelam di lautan kecewa..” jawabku, kali ini dengan airmata yang lama tertahan sejak dia menyentuh kembali perasaanku.
Tanganku kutarik perlahan.
“ Kalau kita tak berusaha merubah kepada yang lebih baik, apa maknanya hidup? Hani ingatlah, yang pergi tak akan pernah kembali. Dah berkali-kali kita dengar, setiap jiwa yang hidup pasti akan mati kerana itulah janji TUHAN. Namun, kenapa tangisi sesuatu yang tidak akan kembali lagi? Mungkin takdir TUHAN menemukan Hani dan saya lagi. Puas sudah saya lihat Hani berendam air mata..” balasnya dengan perlahan.
Aku mengetap bibir.
“ Sayang sudahlah.. Jangan ada airmata lagi…”
          Aku seperti terpujuk dengan kata-kata itu tapi sayang, dia insan biasa yang tak mungkin dapat merubah ketentuan yang sudah terbentang untukku dan untuknya.

2 ulasan:

cactaceous opuntia berkata...

erk..adoi..cikgu zarul ke adik die yg bertunang ngn hani...adei...cikgu zarul kan?kan?

adela berkata...

hani... i hate the way u twist the story.. arrgghhh!!! anyway, job well done dear!