BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Jumaat, 22 Julai 2011

Bab 27- Epilog Cinta Isabella

Bab 27
Epilog cinta Isabella
Bawaku pulang ke ruang rindumu
            “ Oh, abang…, masuklah..” Afif mempelawa sopan kepada abangnya Arif untuk masuk ke rumah bujangnya. Sebenarnya, dia memang terkejut dengan kedatangan Arif malam-malam begini tanpa memberitahunya terlebih dahulu. Entah apa hajatnya datang pun dia tidak dapat meneka.
            “ Duduklah..” pelawa Afif sekali lagi saat dia melihat abangnya seperti kekok berada di rumahnya.
            Mereka seperti orang asing!                                                                       
            “ Abang tak nak basa-basi lagi..” Arif bersuara tegas.
            Afif termangu.
            “ Terus terang dengan abang kenapa kau tinggalkan Isabella dulu?” suara Arif kedengaran tegang meskipun dia berusaha mengawal suara.
            Afif menghela nafas.
Dia memang sudah menjangkakan suatu hari nanti abangnya akan mengungkit semula peristiwa itu. Namun begitu, dia tidak menyangka detik itu seawal ini.
            “ Abang dah bacakan nota yang Afif selitkan di rumah abang..”
            Arif mengangguk.
Dia tidak mahu menyembunyikan apa-apapun daripada adiknya. Biarlah masalah antara mereka selesai.
“ Kerana wasiat itu, Afif rasa tak layak mengahwini Isabella..”
“ Tapi tak patut kau lukakan hatinya..”
“ Kenapa? Abang tak buat Isabella bahagia selama ini?” tanya Afif terlalu lancang.
Arif bagai dipukul dengan halilintar dengan pertanyaan itu. Kalau dulu, ya.. dia memang tidak berniat mahu membuat Isabella bahagia kerana isterinya itu terlalu tiba-tiba saja hadir dalam hidupnya.
“ Abang tambah lukanya lagi?”
Arif tidak berkutik.
“ Jawablah bang!” paksa Afif sambil menggoncang bahu abangnya. Dia ingin tahu bagaimana kisah hidup Isabella setelah dia meninggalkan tunangannya itu untuk dikahwini dengan abangnya.
“ Dia dah jadi tanggungjawab abang sekarang…” Arif bersuara hambar. Dia terduduk lemah mengakui hakikat itu.
Afif meraup mukanya.
Dia amat tidak menyangka Arif sebenarnya belum menerima Isabella sepenuhnya. Dia menyesal meninggalkan Isabella untuk abangnya hanya kerana amanat datuknya yang kepingin Arif memperisterikan Isabella. Dia waktu itu rasa kerdil, seolah-olah tidak layak mendampingi gadis kelahiran negara Scotland itu.
Tapi hari ini dia kecewa besar dengan abangnya.
“ Abang seksa Isabella selama ni?”
Arif menggeleng.
“ Tak pernah Afif!” marah Arif kerana merasa tertuduh dengan maksud Afif itu.
“ Habis itu, kenapa abang tiba-tiba datang menanyakan hal lama ini?”
Arif semakin murka dengan kata-kata adiknya yang seolah-olah menganggap ringan dengan apa yang terjadi ini.
“ Kenapa kau langsung tak kisah?” marah Arif.
“ Kau suka tengok Isabella menangis, terseksa dengan sikap bodoh kau ni?” sambung Arif lagi dengan garang.
Afif ketawa sinis.
“ Abang tak diterima agaknya dalam hidup Isabella?”
Buuk!
Tumbukan Arif tepat singgah ke wajah adik kembarnya. Dia terasa hina dengan tomahan itu. Muka adiknya lebam dan bibirnya berdarah. Afif tidak mengalah, dia membalas tumbukan abangnya supaya dia juga dapat merasakan sakitnya dipukul. Arif tidak sempat mengelak lalu dia jatuh tersungkur di tepi meja kaca itu.
Bibirnya juga berdarah.
“ What do you thing you are doing!!!” suara Isabella kedengaran nyaring di rumah itu.
Arif dan Afif memandang Isabella di muka pintu. Lebih-lebih lagi Arif kerana tidak menduga langsung Isabella tiba-tiba saja ada datang di rumah itu.
Kenapa agaknya dia kemari?
Arif berusaha bangun.
“ Don’t act like childish!” marahnya namun dia bergegas juga menghampiri suaminya.
Arif menelan liur saat Isabella menyentuh bibirnya yang luka. Kuat betul tumbukan Afif mengena ke mukanya itu.
            Afif terkaku di situ.
            Gadis yang pernah singgah di dalam hidupnya itu kini muncul di depan mata.
            “ Bella, I’m sorry..” Afif cuba menyentuh bahu Isabella yang sedang berusaha memapah Arif untuk bangun. Tersedar akan keberanian Afif menyentuh bahu isterinya, sekali lagi Arif menolak kasar tubuh adiknya.
            “ Please stop!” suaraku sudah mula kedengaran meninggi. Aku sama sekali tidak menyangka suamiku itu akan bertengkar di dalam hidupnya. Aku mengarahkan Arif untuk duduk di sofa rumah itu sedang aku masih kaku berdiri di sisinya.
            Afif di depanku masih terdiam.
            Suasana antara kami menjadi bisu. Sesekali pandanganku singgah kepada insan yang pernah melukakan sekeping hatiku.
            “ So.. can someone tells me what was happening here?”  tanyaku sinis sambil berpeluk tubuh. Silih berganti aku memandang pemuda kembar itu. Bukan aku tidak kasihan melihat keadaan suamiku itu tetapi aku ingin tahu tujuannya datang kemari. Kalau bukan mummy yang bercerita tentang keadaan suamiku yang tergesa-gesa pergi tadi, aku tidak akan menjejakinya hingga ke sini.
            Aku bimbang sesuatu terjadi kepada suamiku itu, makanya aku meminta Pak Syuib menghantar aku ke sini.
            “ Ask Arif.. He knows more than me..” Afif bersuara pula.
            Arif sudah mula berdiri lagi.
Lagaknya seperti mahu terus bergaduh. Aku terpaksa berdiri di hadapannya semula agar dia tidak meneruskan niatnya itu.
            “ Abang.. please tell me.. kenapa?” soalku perlahan, memandang tepat ke dalam anak matanya yang bersinar garang itu.
            Hati Afif tersayat mendengar suara itu seperti memujuk abangnya. Suara manja itu pernah menjadi santapan hawa telinganya. Suara itu juga pernah menghiasi hari-harinya.
            Sejujurnya, dia terkilan.
            “ Bella..” suara Arif terdengar hambar.
            Dengan sabar, aku menanti dia meneruskan kata.
            “ Abang nampak.. you cried…”
            Aku tersentak.
            Arif nampakkah aku begitu tadi?
            “ But.. kenapa you datang sini?” soalku tidak berpuas hati.
Apa kena-mengenanya dengan masalah aku menangis dan tujuannya datang ke sini?
“ Sebab, setiap kali nama Afif disebut I can see sadness in your eyes..”
Aku terdiam langsung.
“ So, I came here to know the reason he left you before…”
Afif terkejut dengan kenyataan abangnya itu. Sama sekali dia tidak menyangka Arif akan berterus-terang.
Tidakkah dia berfikir bahawa kenyataan itu nanti akan semakin membuat hati Isabella terluka?
“ Okay.. so, tell me why Afif?” tanyaku.
Inilah yang selama ini membelenggu fikiranku dan juga hidupku. Soalan inilah menjadi ‘hantu’ dalam tiap waktuku.
Afif nampak terkejut dengan soalanku itu. Aku hingga ke saat ini, masih ingin tahu alasannya meninggalkanku dulu sehingga akhirnya aku terjerat lagi dengan ikatan bersama abangnya pula.
“ Well… if you’ve hear all the truth, wouldn’t you change your mind later?” soal Afif seperti sedang mengharapkan sesuatu buruk terjadi.
Aku berdebar pulak dengan pertanyaan itu.
Berat benarkah sebabnya?
Aku mengangguk kemudian apabila dua pasang mata itu menikamku. Biarlah hari ini aku tahu segala-galanya.
“ Awak ceritalah semuanya… saya sudah lama bersedia…”
Arif kelihatan risau di wajahnya namun aku hanya tersenyum tawar. Aku penat hidup dalam teka-teki kelompok dua beradik kembar ini.
“ Well…” Afif seperti masih ingin meleret-leret dan membuang waktuku. Aku semakin tidak sabar ingin tahu.
“ Please don’t waste my precious time.. You’ve done it before to me but not anymore now..” aku sempat menyindirnya lagi kerana itulah yang aku rasakan saat ini.
Arif mengenggam tangan kananku seperti sedang meniupkan semangat dan seperti memujuk untuk bersabar.
“ Kerana wasiat..”

0 ulasan: